Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

01 February 2019

Fasa Kejutan Seterusnya....

Undangan Majlis Kebesaran Negeri  bagi pembuka tirai persembahan bagi tahun 2019


Ketika persiapan pasukan sedang rancak dilakukan, undangan bagi persembahan besar diterima oleh pihak sekolah bagi menjayakan persembahan pembukaan dan perasmian penutup Majlis Tilawah Al Quran & Hafazan Peringkat Negeri Perak 2019. Ketika itu pasukan masih dalam persiapan dan pemilihan percussionist. Kehilangan semua percussionist tahun 2018 sememangnya menakutkan dan diluar jangkaan. Bak kata pepatah lama... kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya... Ruyung tak pecah, sagu pun tak dapat, yang SouFa dapat adalah kesediaan & penampilan istimewa 3 orang percussionist alumni... 


Setelah menimbang dan berbincang undangan persembahan diterima dalam tempoh persiapan singkat iaitu kurang seminggu sebelum persembahan. Syukur dengan kemunculan istimewa 3 percussionist alumni yang akan mengiringi persembahan Soutul Faizin berdasarkan cadangan coach diterima dan persembahan diteruskan... Alhamdulillah segalanya berjalan lancar...


Terima kasih Azizul Adha ( SouFa 2016 ), Lutfi Amin ( SouFa 2014 ) dan Amir Amsyar ( SouFa 2018 )






























No comments:

Post a Comment