Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

20 March 2018

FNSS 2018 & SOUTUL FAIZIN

Selama bertapak lebih 20 tahun, Soutul Faizin sentiasa mengimpikan untuk bersaing dengan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun syarat pertandingan itu menjadi penghalang untuk Soutul Faizin bersama-sama memeriahkan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah. Syarat penyertaan FNSS hanya membenarkan Sekolah-Sekolah KPM sahaja yang menyertainya.
Kebiasaan setiap tahun SouFa akan menyertainya bagi membolehkan ahli-ahli SF menimba pengalaman dan mengumpul sijil kokurikulum. SouFa hanya beraksi setakat final Daerah Kinta Utara dengan berkeputusan Naib Johan sepanjang zaman 😆

Alhamdulillah lembaran 2018 memberi petanda awal bahawa mungkin SouFa boleh mencuba nasib dengan langkahan lebih kehadapan. Syukur apabila syarat yang menghantui SouFa selama bertahun-tahun telah berubah!!!! Penyertaan terbuka untuk semua sekolah💖💖💖 Alhamdulillah...

Beberapa strategi telah disusun oeh Coach... belajar, mengkaji, mendampingi, melihat potensi dan menyusun beberapa keperluan bagi memantapkan pasukan. Coach didokongi oleh barisan alumni SouFa yang sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan peluang terbaik ini untuk melakukan kejutan. Segala yang dirancang dan disusun telah mula menampakkan hasil dan memberi impak yang menarik.

Lagu-lagu ciptaan telah diperdengarkan dan diimprovisasi dari masa ke semasa dan hasilnya alhamdulillah gabungan alumni dan bantuan jurulatih2 khas membuahkan hasil. Buat sekian kalinya Soutul Faizin Johan FNSS Daerah Kinta Utara 2018... Alhamdulillah ala kulli hal... banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk menggapai bintang.