Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

25 August 2018

Warkah Ukhuwah

Lagu : Shuhaidah Hassan & Sharifah Naweerah

Lirik : Shuhaidah Hassan, Sharifah Naweerah & 211minds 

Pelantun : Soutul Faizin 2018


...........


CAHAYA ATAS CAHAYA

RASULULLAH PERNAH BERSABDA 

DICEMBURUI ANBIYA & SYUHADA 

BERUKHUWWAH HANYA KERANANYA 

HANYA DEMI CINTA DAN REDHA


.............


MENTARI BERBISIK

REDUP BAYU MENGALUN ASYIK

CAMAR GEMERSIK

SARWA BUANA SENYUM MERISIK

GORESAN ALAM YANG MAHA RAFI’ ... 

HMM...


.............


TERPALIT DI BUMI

LUMPUR HASAD TIDAK BERTEPI 

BEDA DISERGAH

KEEGOAN MEMBUAI RASA 

KETAMAKAN CINTA DUNIA... 

AAA...


.............


ANGKUHMU MELUNTUR WARNA KEIMANAN 

MEMBUNCAH KALBU LEMAS DIHANYUT KEPURAAN 

SANGGA HIDUP GOYAH DEK ALPA YANG MENGGUGAH 

ANDAI TERSUNGKUR MANA KAN KAU REBAH


.............


MANIS FIRMANNYA MENGUTUS CITRA 

SEMUA INSAN BERSAUDARA

AMPUH BANGSA SEIA SEKATA 

UMMAH BERHARGA NUSA MERDEKA


.............


BERGANDINGAN MEMACU PRAKARSA 

YANG KERUH DIJERNIHKAN SEMULA 

GENERASI PERKASA TERBELA 

BERBIAS REDHANYA


.............


JALINKAN IKATAN 

SILATURAHIM MAKMURKAN 

RAI PERBEZAAN 

REALISASI PERSEFAHAMAN 

SANTUNI MAKNA PERSAUDARAAN


.............


UMPAMA SERAWAN JALA

BENANG DIRAJUT SEMPURNA

HIKMAT SANG NELAYAN KALA MERENTASI SAMUDERA 

UKHUWAH BAWA BAHAGIA

TELUS MENENUN MAWADDAH DI SUKMA

LERAI DUKA NESTAPA

DIPAYUNGI RAHMAT ESA


.............


KALAM DINUKIL SETULUS HATI 

WADAH NUBARI TANDA PEDULI 

BERLAPANG DADA SALING MAAFI 

BURAM DI JIWA BERSINAR KEMBALI


.............


CARILAH HIKMAH DALAM UKHUWWAH 

BERSAUDARALAH KERANA ALLAH 

CINTA SYURGA TAUTAN MAHABBAH 

JALINAN AKIDAH










24 August 2018

Soutul Faizin Juara Festival Nasyid Gema Kontemporari Peringkat Negeri Perak 2018

Warkah Ukhuwah datangnya dari Selatan Tanahair.. Dicipta oleh Sharifah Naweerah & Shuhaidah Hassan yang datangnya dari Bandaraya Bersejarah. Kebiasaan kolaborasi dengan ikon munsyid Melaka ni dengan Soutul Faizin setakat lirik dan pandangan dari kacamata seorang pendengar wanita. Namun bagi saingan Gema Kontemporari 2018, Coach telah membawa satu lagi dimensi kolaborasi dengan mempertaruhkan Warkah Ukhuwah hasil dari air tangan mereka dan digabungjalin dengan idea coach & anak-anak SouFa.

Alhamdulillah... apabila kali pertama lagu diperdengarkan, keterujaan itu bermula seawal rangkap pertama, masing-masing membayangkan sesuatu akan menggegar di pentas saingan nanti. Latihan demi latihan, perbincangan bersilih ganti dan komiten anak-anak SouFa yang tidak berbelah bagi walaupun perlu membahagikan masa dengan pelajaran dan persediaan peperiksaan akhir tahun. Segala perancangan dan percaturan berjalan dengan amat baik, kesihatan juga ditahap terbaik dan mood persaingan bertambah memuncak oleh kerana "vibes" FNSS masih lagi berlegar dikalangan ahli-ahli SouFa yang mula mencuba banyak dimensi baru untuk kelainan dalam persembahan.

Terima kasih buat jentera alumni yang datang bersilih ganti memberi sokongan, bantuan dan sentiasa mengikuti perkembangan sehinggalah ke hari pertandingan. Alhamdulillah nikmat ukhuwah ini yang sebenarnya dirasakan. Senior dan junior bersatu demi melihat kelangsungan Soutul Faizin terus relevan hingga kini. Natijah dari usaha dan komitmen semua Soutul Faizin berjaya mempertahankan kejuaraan Gema Kontemporari 2018 musim ke 2.. Alhamdulillah ala kulli hal... Terima kasih semua atas sokongan dan pengalaman yang ditimba.....



































16 August 2018

Pemilihan ahli baru Soutul Faizin untuk Pertandingan Gema Kontemporari & Pasukan Soutul Faizin 2019

Bahang FNSS belum lagi selesai kini SouFa bersiap sedia pula untuk bersaing di Gema Kontemporari 2018. Walau berstatus top 3 FNSS Kebangsaan itu bukan bermakna SouFa memandang pertandingan ini sebelah mata tetapi pasukan perlukan komitmen yang lebih oleh kerana status mempertahankan kejuaraan GK2017 yang lalu. Sedikit sebanyak tekanan dirasai dan bahang GK2018 semestinya dinantikan oleh kerana penganjurannya sangat dibanggakan dan bersifat memperkasakan nasyid sekolah ke arah yang lebih baik, berketerampilan dan menyajikan saingan dengan insentif-insentif pelbagai kategori untuk dipertandingkan.


Seperti biasa, bila tiba musim pemilihan, pelbagai ragam, gaya dan usaha yang akan kita lihat di Sekolah Izzuddin Shah ini. Rata-rata yang berminat akan mendaftar diri dan bersungguh-sungguh menampilkan kelebihan dan kelebihan suara masing-masing. Bukan setakat itu sahaja, diperingkat pra pemilihan peserta yang datang bukan datang bersahaja, tetapi ada yang telah menubuhkan fan club masing-masing menyokong rakan-rakan yang hadir ke ujibakat ini.


Ujibakat SouFa tidak semudah yang disangka. Melalui pelbagai peringkat saingan sebelum stage 15 finalis diuji bagi mengisi kekosongan yang ada. diperingkat saringan awal, mereka akan dinilai oleh ahli-ahli SouFa yang bertindak mengurus dan mengatur sesi ini. Kemudiannya yang terpilih akan disaring lagi keperingkat kedua, ketiga dan keatas. Peringkat terakhir barulah barisan jurulatih dan alumni akan hadir dan menentukan siapa yang terpilih.


Setelah melepasi peringkat-peringkat yang ditetapkan, admin ucapkan syabas dan tahniah buat Abdul Wazif ( Tingkatan 2 ) & Mohd Edzham ( Tingkatan 4 ) yang telah diserap masuk menganggotai pasukan Soutul Faizin. Mereka dipilih kerana kelebihan dan keunikan vokal masing-masing diantara finalis2 yang rata2nya terbaik. Namun pemilihan paling baik untuk pasukan perlu dibuat untuk kelangsungan pasukan dan ucapan terima kasih buat warga SiS yang sudi  hadir ke ujibakat ini. Tahniah buat semua kerana berminat, berusaha dan bersaing hingga ke peringkat akhir. Jangan putus asa dan cuba lagi dipemilihan akan datang insyaallah.

Wazif


 
Edzham

Panel Penilai

Panel Penilai



Latihan bermula...

Percussionist cilik sekali lagi diberi peranan

Peserta-peserta yang hadir sesi ujibakat

mengambil masa beberapa hari sebelum wajah baru SouFa ditentukan

setiap tingkatan punyai wakil-wakil tersendiri


Lagu baru datang dari jauh....


selain latihan, kesempatan yang terluang mereka akan enyiapkan kerja2 sekolah


Peringkat demi peringkat



Latihan demi latihan


Warkah Ukhuwah ciptaan Kak Sharifah Nawirah


tukar lokasi latihan untuk mood berlainan


Saringan awal




memberi pilihan kepada peserta uji bakat memilih lagu

Proses pemilihan fasa awal


Saringan yang bukan mudah, masing-masing punyai kelebihan


Ada yang bawa fan club masing-masing tanda sokongan paduđź‘‹đź‘‹


sementara menunggu giliran sampai


Suasana yang sangat happening, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menyertai uji bakat


Pemilihan berhari2 mengikut tingkatan sebelum muktamad yang terpilih keperingkat seterusnya


diberi peluang bersedia sebelum beraksi