Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

10 September 2009

Are you SMAPK?: Nasyid Belia Kebangsaan 2009 - Suatu Laporan

Are you SMAPK?: Nasyid Belia Kebangsaan 2009 - Suatu Laporan

Di Balik Tabir.... 211minds


Cetusan Karya 211minds mula berkembang di Pertandingan Nasyid Terbuka Antara IPTA & IPTS Peringkat Negeri Pahang... dari minat dan suka mencuba kepelbagaian dalam irama nasyid 211minds mula mengorak langkah bila peluang terhidang didepan mata apabila pasukan Nasyid Ar Raudhah memberi peluang kpd 211minds mengilhamkan sebuah lagu yang berbentuk balada dan bertemakan persahabatan..

Almaklumlah bila peluang datang menjengah pelbagai perasaan mula timbul.. boleh ke.. mampu ke.. best ke... sedap ke.. nak ditampilkan utk pertandingan atr IPTA dan IPTS.. Persoalan demi persoalan menyelubungi diri bila team Ar Raudhah akan mengambil bahagian tetapi tiada kelengkapan asas utk perkusi... perbincangan demi perbincangan berlangsung dengan semua ahli dan akhirnya kata sepakat diambil untuk turut serta dalam pertandingan tersebut walau bagaimana cara sekalipun..

mengimbau bagaimana susahnya nak membentuk kumpulan dan mencari kelengkapan utk perkusi mmg sangat nostalgia.. ahli2 bekerjasama kesana kemari mencari alat perkusi utk disewa atau dipinjamkan yang mana pada ketika itu di sekitar Negeri Pahang aura nasyid belum lagi menjadi ikutan... ke sekolah berhampiran, ke tempat2 yg dirasakan alat perkusi ada terus dicari dan akhirnya diperolehi melalui Jabatan Belia dan Budaya Ngri Pahang di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang...

Hanya berbekalkan 2 buah kompang ditambah dgn shaker telur yg dibeli sendiri akhirnya hasrat untuk ar Raudhah beraksi semakin menghampiri.. Dari kesusahan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua ahli maka lahirlah lagu "Persahabatan" ini... Lagu ini adalah perkongsian idea atr 211minds dan Mohd Faidz salah seorang ahli yang berasal dari Negeri Sembilan...Latihan demi latihan diteruskan dari rumah sewa sehinggalah waktu2 terluang dikampus diisi dengan latihan dan perbincangan... Biarlah susah macamanapun keadaannya ketika itu, ia tidak mematahkan semangat ahli2 yang sentiasa diingati dengan pelbagai karakter maka lahirlah ilham rasa 211minds memperdengarkan jiwanya kepada umum... terimalah..
video





03 September 2009

Bunga Kejayaan Bakal Mengharum....



Setinggi tahniah diucapkan kepada kump Nida az Zakirin (Pelapis Soutul Faizin) kerana berjaya menyambung rentetan kejayaan SF dengan menjuarai Pertandingan Nasyid Atr Sekolah2 Agama Peringkat Negeri Perak.. Kejayaan yg dicapai ini merupakan titik tolak perjalanan SF2010 tahun hadapan..

Dari segi lagu dan kawalan vokal Nida menunjukkan kematangan untuk beraksi diperingkat yang lebih tinggi lagi... Namun begitu banyak lagi kelemahan2 yg ketara dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya... Kelemahan dari segi mental perlu dibendung bagi memperkasakan kualiti yang ade pada SF. Pertandingan yang disertai ini perlu diambil perhatian dan post mortem perlu dilakukan...

Sinar 2010 semakin cerah jika perkara2 ini mampu diambil perhatian, diperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti terutama dari segi kelancaran, pembawaan lagu, karakter di pentas saingan, komitmen dan usaha yang berterusan.. segala perancangan pasti menjadi kenyataan andai kita tidak alpa dan terlalu selesa dengan apa yang dikecapi kini.

Cabaran buat Nida (thn dpn upgrade jadi SF)...
  • mempertahankan kejuaraan yang dimiliki
  • memperkasakan pencapaian dalam pelajaran
  • memperbaiki segala kekurangan
  • menghalusi segala teknik2 terbaru yang disampaikan
  • sentiasa ada percambahan minda, idea dan kreativiti
  • sasaran strategi kepada Nasyid Belia dan PPDa
  • sentiasa menjaga nama baik Soutul Faizin, Sekolah dan Negeri Perak..
  • penampilan mesti up to date dan tidak statik..
  • memelihara identiti yg sf bina selama ini
Semoga apa yang direncanakan nanti mampu diadaptasi dan di terjemahkan menjadi realiti. Semangat dan tekad perlu disemat bagi memperkemaskini kualiti yang sedia ada menjadi agenda utama menginspirasikan irama kontemporari ke tahap yang lebih tinggi.
Ilal Ghayatul Quswa

10 August 2009

Perjuangan Diteruskan

Didoakan kepada semua gang SF tidak kira jua dimana anda berada, semoga beroleh kejayaan dalam apa jua yg diceburi... bagi mereka yang kini di alam pembelajaran teruskan usaha bagi memajukan diri dan mempertingkatkan kualiti kita dari masa ke semasa..

kepada gang yg kini melangkah ke alam pekerjaan, tahniah diucapkan. Semoga lembaran baru yang di buka ini membuka minda kita semua untuk terus memperbaiki segala kekurangan dan bertekad membuktikan siapa kita yang sebenar... Berkualiti... berpotensi...

kepada gang yang telah berkerjaya teruskan usaha mendominasi segala potensi diri untuk keluarga, masyarakat, negara dan yang paling utama agama kita. kejayaan yang dicapai hari ini tidak mungkin dinikmati jika kita sentiasa statik... perubahan demi perubahan kita alami dan kita terokai bagi mengaplikasikan ilmu yang selama ini ditimba serta kita tidak akan berhenti mencarinya...

Ilmu Biarlah Tinggi, Hati Biarlah Rendah

16 July 2009

KENALI GANG SOUTUL FAIZIN 2009

Satu tekad suara melangkah waja


Ezam

Mursyid

Fadhly

Afif

Izmul

Fikri

Khusairy

Anas

Arif

Mukhlis

Naufal

Anuar

Ridzuan

Wafi

Yusof


soutulfaizin@yahoo.com.my

26 June 2009

SEKITAR PERTANDINGAN NASYID ANTI DADAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Soutul Faizin? arghhh deme lagi...
hmmm Kinta Utara Soutul Faizin ke?
Sape Wakil Kinta Utara yek?
Ishh Soutul Faizin ke?

SF datang lagi... dengan satu misi... terbuku di hati... menyerap misi


Kemunculan SF kebiasaannya di nanti atau mengundang gundah di hati lawan.. kehadiran SF kadangkala dianggap psiko oleh pihak lawan... kemunculannya menjadikan team lawan gusar dan hilang keyakinan ataupun kehadirannya menjadi pemangkin untuk saingan yg lebih kompetetif. itulah hakikat yang berlaku dari dulu sehingga kini dan penampilan SF kebiasaannya dijadikan contoh atau ikutan lawan pada kemunculan selepas itu.

Teringat bagaimana revolusi nasyid kontemporari di bangunkan oleh SF, bentuk lagu, gaya, style persembahan, runut melodi terkini dan gagasan yg digerakkan SF semuanya menjadi perhatian dan ikutan kepada team2 lain... paling bermakna kehadiran SF dimana2 pertandingan menjadi topik perbincangan dan setiap ahli SF pasti ada peminat tersendiri yang ingin memulakan persahabatan.

Tahun silih berganti, team SF juga diwarnai dengan ahli2 yang datang dan pergi memikul tanggungjawab menggugah kredibiliti. Tahun 2009 menjadi medan mempamerkan kesungguhan memperbaiki pencapaian lalu.. Sejarah menjelaskan bahawa SF tidak pernah ketandusan pelapis dan tidak akan pernah sekali-kali mudah menyerah sebelum pertandingan atau persaingan bermula. Keterampilan SF di setiap venue pasti ada sesuatu yang segar ditampilkan tidak kira dari segi pembawaan lagu, teknik terbaru dan kekuatan SF menampilkan lagu2 terbaru hak cipta tersendiri.

Tahun 2009 telah dan sedang dilalui, satu persatu halangan dan cabaran mampu ditangani sehinggalah kini Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Negeri Perak menjadi medan membuktikan bahawa langkahan ke SMK Burhanuddin Helmi bukan sekadar menonjolkan diri tetapi memikul kredibiliti juri Kinta yang memilih SF bukan suatu kesilapan! Tanggungjawab SF membawa Kinta Utara ke tahap istimewa dan yang paling utama membawa nama Izzuddin Shah kembali mendominasi.

Alhamdulillah semangat dan usaha yang dilakukan membuahkan hasil satu persatu kejayaan yang diraih sehinggalah pertandingan kali ini yang menjadi sasaran membalas misi 2008 yang agak suram. Segala usaha diimplementasikan sepanjang cabaran dan usaha yang dilakukan membuahkan hasil.

Tahniah buat team Soutul Faizin 2009! Selain merangkul KEJUARAAN NEGERI PERAK 2009 Soutul Faizin juga merangkul anugerah SOLO TERBAIK NEGERI PERAK melalui solo SF 2009.... Tahniah buat Ezam!


Mat Kool, Afif dan Anuar telah bersedia menggalas tugasan kali ini... apa jua cabaran yang datang, mereka telah bersedia sepenuhnya...


SF Crew sentiasa bersama SF walau dimana SF berada... kekuatan SF juga bukan terletak dr faktor2 yg dinyatakan tetapi sokongan crew, exSoutul Faizin, pihak sekolah dan warga SIS yang sentiasa mendoakan kejayaan SF


Wajah2 Soutul Faizin 2010! Nantikan kemunculan kami tahun hadapan


Telah bersedia menampilkan sesuatu yang menggemparkan di pentas pertandingan kali ini.


Biar letih sekalipun, senyuman tetap dilemparkan buat semua.. itulah kelebihan warga Izzuddin Shah


Dengan Piala Kejuaraan yang terlepas dari genggaman tahun 2008 kini kembali ke tangan Soutul Faizin


Keceriaan menggambarkan kepuasan sebenar setelah muncul juara... Pengorbanan yang tidak sia2 dan amat berbaloi!


Inilah hasil kerjasama, usaha, pembelajaran dan semangat tidak berputus asa yang diperolehi ketika pert peringkat negeri


"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..."


Nantikan penampilan kami di Peringkat Kebangsaan... Beberapa kelemahan yg dikenal pasti diperingkat negeri kali ini akan diperbaiki dan dibuat penambahbaikan.


"Satu hati bebaskan kejumudan, ayuh kita sahut cabaran"
"Genggam erat cita-cita harapan, warnakan keterampilan"

TAHNIAH BUAT SOUTUL FAIZIN 2009

24 June 2009

PERTANDINGAN NASYID MAULIDUR RASUL ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH PERAK

Alhamdulillah penyertaan kali pertama bg tahun 2009 menampakkan kemajuan kpd team SF. Disinilah segala apa yg dipelajari dan pengalaman suam tahun 2008 diimplementasikan bg membuang karat2 yang ada. Team kali nampaknya lebih cepat belajar dari pengalaman lepas. Seperti yang di duga mereka tampil bersemangat dan mampu mengikis tanggapan penonton bahawa sf akan tampil seperti kebiasaan.... namun mereka mengajar penonton erti irama nasyid kontemporari sebenar...

Tahniah Soutul Faizin 2009 kerana Muncul JUARA
kedua : Soutul Imtiyaz
ketiga : Endwar


Kejayaan ini pemangkin untuk kami melangkah lebih jauh lagi untuk 2009

Ustazah Aliyah merupakan salah seorang dr Guru penasihat SF2009 selain dari Cikgu Asiah dan Cikgu Asfardon

Bergambar di luar dewan pertandingan... Dewan satu Universiti Teknologi Petronas Seri Iskandar

Ini baru permulaan, panjang lagi liku2 perjalanan 2009 untuk diharungi. Segala suka duka bersama menjadikan SF membentuk ikatan yg utuh sesama mereka.

Wajah2 ceria SF crew, kejayaan SF merupakan Kejayaan mereka juga, tanpa crew perjalanan persembahan SF tidak akan menjadi mudah.. Terima Kasih daun keladi....

23 June 2009

RENTETAN PERJALANAN SF 2009

Suasana ketika pertandingan Peringkat Daerah Kinta Utara

Semasa menunggu giliran untuk membuat persembahan
Persembahan penuh tenaga dan komitmen yang ampuh
Berdiri bukan sebarang berdiri, sambil berdiri membawa misi, Sf datang dengan inspirasi, mencorak irama menjengah seni...
Anuar selaku org kuat SF tampil menerima tanggungjawab mengharumkan nama Kinta Utara di Peringkat Negeri PerakAkan kami buktikan pengiktirafan Daerah Kinta ini adalah sesuatu yang berbaloi untuk Kinta Utara

SF tetap maintain cool, walau dimana jua berada, Johan Daerah bukanlah satu kepuasan tetapi SF mengejar kepuasan menampilkan irama n idea yang baru utk peminat nasyid khasnya.

Yang macho berdiri dari kiri
Khushairi a.k.a Mat, Fadhli a.k.a Pele, Anuar, Izmul, Ezam, Arif a.k.a adik, Yusof a.k.a Tegar dan Ridhuan a.k.a Lubis

Yang tampan duduk dari kiri
Fikri, Afif, Anas a.k.a K.U, Mukhlis, Wafi, Naufal n Mursyid a.k.a mucid


Show SF sentiasa superb dengan sokongan SF crew, terima ksih daun keladi, ada show bleh tolong lagi...
Kenangan manis seperti ini akan sentiasa terpahat di memori, Simply Fantastic

Senyum seindah suria, yang membawa cahaya, kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum....
Nantikan penampilan SF di Peringkat Negeri Perak...

22 June 2009

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2009


Kejayaan Pertama Tahun 2009

Bersama Guru Penasihat Soutul Faizin 2009 (Ustazah Aliyah)

Kejayaan ini bukan menjamin kelangsungan untuk terus gah, sebaliknya menjadi penanda aras kekuatan bagi menyusun strategi yang lebih berkesan.

Soutul Faizin tidak melepaskan peluang bergambar bersama Farihin Abd Fatah juri Pertandingan Nasyid Hari Belia Peringkat Kebangsaan 2009 di MITC Melaka

Kejuaraan yang terlepas pada tahun 2008 kini dirampas semula.. Kekecewaan musim lalu mengajar erti ketabahan dan kesabaran untuk berubah. SF2009 kini membuktikannya bahawa kejayaan yang diraih adalah bersandarkan usaha dan keyakinan untuk terus melangkah

Terima kasih buat semua krew SF09 yang tidak jemu2 membantu dan berkhidmat untuk SF. Korang mmg best dan sporting... Ucapan Terima kasih juga dipanjangkan kpd Ust Husni kerana sudi turun padang memantau persiapan SF 2009... tak lupa juga kepada komposer berbakat lagi kreatif Ust Sham Sifu Soutun Naajihin SKSS dan Wife sudi menjengah melihat perkembangan SF2009...

Penghargaan juga buat sponsor utama SF setiap tahun Saudara Khairul Ezwan (abg K.e), Ust Azwani Alias, Isteri tercinta (Norhasmida), Teraju Utama (Mohd Faizul Saibun & Meor Huzaini) atas sumbangan material, kepakaran, idea dan tenaga... tanpa komitmen semua, pasti sukar SF melangkah sehingga ke tahap ini. Jutaan terima kasih juga buat ALUMNISISTA yang sentiasa menyokong perjalanan SF dari dulu, kini dan selamanya.