Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

14 January 2018

Permulaan Penuh Gaya Soutul Faizin 2018


Pasukan 2017 meninggalkan kesan yang agak mendalam oleh kerana majoriti menyertai Soutul Faizin bermula seawal menengah rendah. Tamat sesi persekolahan 2017 ianya meninggalkan tandatanya calon-calon wajah baru pasukan 2018 untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah sesi uji bakat terus menerus dilakukan.. saringan demi saringan dijalankan sehinggalah pasukan kejurulatihan sepakat menamakan 10 ahli Soutul Faizin sesi 2018.


Tahun 2018 sudah pasti memerlukan usaha dan komitmen yang padu untuk membentuk pasukan baru. Berbangga dengan komitmen muka baru dan barisan jurulatih yang tidak jemu dan terus membangunkan Soutul Faizin 2018. Sedikit demi sedikit mereka kian serasi dan terus berkembang menonjolkan potensi diri... Alhamdulillah itulah yang diharapkan.


Jurulatih memulakan langkah dan strategi untuk cuba mengikis bayang-bayang team sebelumnya membentuk pasukan wajah baru dan cara baru. Asuhan vokal, keperluan fizikal dan pembelajaran demi pembelajaran dipraktikkan sehinggalah mereka mula menunjukkan keyakinan dan potensi untuk menangani cabaran 2018... Alhamdulillah ianya sangat mengembirakan dan mengujakan...











































09 January 2018

Menyusur Puncak 2018

2017 ditinggalkan begitu pantas akibat perjalanan dan aktiviti yang semakin padat. Pejam celik tahun 2018 sudah dipertengahan jalannya. Memori 2017 masih indah masih dikenang masih dicanang, namun tanggungjawab besar sudah pasti tahun 2018. Generasi 2017 merupakan generasi paling lama bersama seawal mereka di tingkatan 1 bersama keluarga ini sehinggalah masing-masing telah menamatkan pengajian di SiS dengan cemerlang. Kesemuanya telah menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar d an meninggalkan keluarga ini dalam suasana baru iaitu pembentukan semula Soutul Faizin bagi meneruskan legasinya. Cabaran demi cabaran perlu ditatang dan strategi demi strategi perlu diatur untuk kesinambungan. Terima kasih Ammar, Azizul Hanif dan Muiz... keberadaan kalian bersama pasukan pasti dirindui.

Seawal minggu kedua persekolahan sesi pemilihan anggota baru bermula diperingkat puluhan pelajar yang hadir ke sesi ujibakat dikendalikan oleh Soutul Faizin yang tinggal sehinggalah ke sesi pemilihan 10 orang terbaik yang dikendalikan oleh jurulatih dan penasihat-penasihatnya. Alhamdulillah ianya berjalan lancar. 10 finalis yang telah disaring telah menunjukkan kemampuan luar biasa mereka yang menyebabkan proses pemilihan berlanjutan 2 kali saringan bagi memenuhi kehendak jurulatih. Akhirnya ia telah dimuktamadkan secara sepakat...

Berikut adalah finalis-finalis yang menyebabkan kem kejurulatihan terpaksa membuat pilihan yang tepat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan...

Mereka lagenda...









































Tahniah Wajah Baru Soutul Faizin 2018