Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

29 March 2019

Friendly SouFa & Munsyid Perak


Hubungan SouFa tidak setakat di pentas nyanyian sahaja, tetapi ianya lebih daripada itu. Selain masing-masing mempersiapkan pasukan masing-masing untuk saingan seterusnya, cuti sekolah adalah masa yang tepat untuk mengumpulkan gang nasyid Perak berkumpul, beriadhah dan berukhuwah.

Satu aktiviti alternatif yang sangat baik untuk semua munsyid berkumpul. Bukan sahaja melihat kehebatan mereka menyanyi tetapi waktu cuti sekolah memperlihatkan kemahiran masing-masing menggelecek bola dan bertarung secara sihat. Tahniah IM Azri Naim yang memulakan langkah mengumpulkan anak-anak nasyid Perak dalam satu dimensi yang sangat menarik untuk diperkatakan.

Masing-masing memberi sokongan dan dokongan antara satu dengan yang lain. Masing-masing boleh berkongsi idea dan minat. Masing-masing dapat memperlihatkan bakat dan kelebihan. Atas nama Negeri Perak mereka bersatu dan saling membantu untuk menaikkan kualiti dan martabat nasyid sekolah Negeri Perak. Tidak kira mana-mana kumpulan yang akan mewakili Perak nanti, sokongan padu pasti diberikan...









25 March 2019

Soutul Faizin di Rancangan Nightingale IIUM TV

Tahun 2019 menjanjikan kesibukan dan jadual yang padat buat ahli-ahli Soutul Faizin. Selain fokus untuk pertandingan, undangan-undangan persembahan juga rancak diterima selagi mana tidak bercanggah dengan jadual persekolahan. Alhamdulillah kali ini tanpa dijangka rezeki  Soutul Faizin diundang bagi menjayakan Rancangan Nightingale IIUM TV di UIAM Gombak.

Terima kasih penerbit dan krew IIUM Nightingale yang memberikan layanan dan bantuan tip to kepada Soutul Faizin sepanjang berada di IIUM. Cukup untuk kami berkongsi pengalaman dan aktiviti SouFa dari dulu hingga kini. Penghargaan yang tidak terhingga oleh kerana SouFa diberi penghormatan sebagai tetamu jemputan. Alhamdulillah terima kasih atas sokongan dan kepercayaan๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™





















19 March 2019

Belasungkawa Allahyarham Abang Mohd Haffizz Zakria


Berita paling mengejut dan menyedihkan berlaku pada tarikh ini. Kem Soutul Faizin dikejutan dengan pemergian Coach Abg Haffizz Zakaria untuk selamanya. Tiada apa yang dapat kami nayatakan melainkan memanjatkan doa semoga almarhum ditempatkan dikalangan  insan soleh yang bertaqwa.

Abu Hurairah dalam HR. Muslim dimana Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang mati, seluruh amalnya akan terputus kecuali 3 hal: sedekah jariyah, ilmu yang manfaat, dan anak sholeh yang mendoakannya."

Kami percaya alamarhum seorang insan yang sangat baik hati dan berjasa buat keluarganya. Beliau sangat rapat dengat Coach kami dan berkongsi suka dukanya sejak mengenali coach seawal tahun 2009 lagi. 

Coach menyatakan Abg Haffizz Zakaria merupakan antara figura nasyid yang disegani dan rajin menabur bakti kepada yang memerlukan. Beliau lebih banyak mencurahkan idea dan kraetivitinya di negeri kelahirannya iaitu Negeri Pahang tidak mengira sekolah rendah mahupun menengah. Kali pertama Soutul Faizin berkolaborasi bersama almarhum pada tahun 2016 apabila beliau secara sukarela ingin membantu SouFa dengan menyiapkan muzik minus one.

Alhamdulillah sentuhannya membawa tuah apabila kali pertama dipertandingkan secara minus one SouFa muncul Johan Daerah Kinta Utara dan berpeluang beraksi di Peringkat Negeri Perak. Alhamdulillah... Selain itu almarhum sering berkunjung ke Ipoh dan menginap dirumah coach kami bercerita, berkongsi dan membantu apa yang beliau mampu. Beliau juga sudah sebati dengan alumni SouFa dan kami sering bersama. Kali terakhir bersama beliau adalah di Negeri Perlis yang mana Soutul Faizin membuat penampilan sulung di FNSS Peringkat Kebangsaan 2018.

Banyak lagi kisah beliau bersama coach dan team Soutul Faizin. Marilah bersama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan kesejahteraan beliau disana. AlFatihah....






Ketika FNSS Kebangsaan di Negeri Perlis dan pertemuan kami yang terakhir.


Pesanan ringkas terakhir dari beliau kepada Coach ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ










Doakan kesejahteraan buat almarhum disana dan didoakan semoga ahli keluarganya diberi kesabaran dan dipermudahkan semua urusan....

Festival Nasyid Sekolah Sekolah Kinta Utara 2019 Bermula


Bermula misi dan visi mempertahankan kejuaraan... Sesuatu yang sangat berat dan penuh komitmen untuk diperjuangkan. Pesan Coach 2019 SouFa mesti keluar dari zon selesa dan mencipta kelainan dan tarikan paling ampuh. Persediaan kedua-dua lagu yang sangat teliti menampakkan betapa pengurusan SouFa komited untuk mempersembahkan sesuatu yang menjadi ingatan dan kenangan.

Ahli-ahli SouFa juga tidak lari dari tekanan dan halangan, namun kemahuan mereka membuktikan usaha mereka kali ini perlu ketahap yang dibanggakan dan alhamdulillah mereka mempamerkan alunan dan persembahan yang pasti jadi ingatan... Segala yang diatur berjalan baik dan keutamaan menjaga kesihatan sentiasa diperingatkan supaya tidak menjejaskan persembahan... 


Soutul Faizin berjaya dengan misi mempertahankan kejuaraan dan hampir membolot semua kategori yang dipertandingkan. Mereka datang dengan keazaman dan keterampilan..seawal sampai ke lokasi pertandingan mereka mula menjadi perhatian dan perbualan...pemerhati dari daerah-daerah lain juga hadir untuk melihat dan membuat penilaian.... angkara Anta Permana di Motif Viral mereka diayan seperti artis jemputan... ha ha Apapun terima kasih buat semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk SouFa menggapai impian. Terima kasih sekali lagi buat semua alumni SouFa yang hadir memberi sokongan dan rakan-rakan.


Tahniah buat semua pemenang dan peserta yang bertanding dan mempamerkan peningkatan mutu dan kualiti nasyid Daerah Kinta Utara semakin konsisten dan menjadi tarikan. Tahniah Ainul Yaqin & Soutul Ummah serta rakan-rakan munsyid Daerah Kinta Utara.



















































Klik untuk video Pertandingan Akhir Peringkat daerah Kinta Utara 

๐Ÿ‘‡

Lagu 1

Al Quran Pembawa Rahmat Untuk Umat


Lagu 2

Sumayyah