Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

29 October 2015

SATU MALAYSIA BANTERAS DADAH
Lagu & Lirik 211minds

Semailah keindahan dalam jiwa insan
Quran dan As Sunnah jadikan pedoman
Jangan kau sengajakan diri kau lemparkan
Tiada tujuan dan kebinasaan

Aaa  aaa aaa
Ayuh… renungkan… fikirkan… masa depan
Hidup… di dunia… jadilah… insan budiman

Hidup cemerlang tanpa dadah
Seiring mendukung wadah
Membasmi jadi ibadah
Teladan khaira ummah

Tingkatkan kesedaran membina ketahanan
Jaringan pengetahuan dijanakan
Ilmu dan amalan teras modal insan
Pacu harapan gemilang watan

Lahirkan rasa sesama kita
Nilaian murni insan bertaqwa
Bersama 2x cinta negara
Harmoni 2x adiwangsa

Kerana dadah kita terleka
Layari hidup tanpa nakhoda
Digulung ombak gelombang melanda
Tunduk tersadai dihempas gelora

Jangan dekatinya…. Jangan mencubanya
Jangan kau terleka…. Jangan kau tergoda
Hadapi onak bisa durinya

Berpijaklah dibumi Malaysia
Melentur buluh dari rebungnya
Mengangkasa aspirasi bangsa
Belia cemerlang terbilang negara

Jalan dihadapan dua persimpangan
Pilihan insan satu penentuan
Bangkitlah warga harapan realisasi wawasan
Sirami peradaban dengan persaudaraan

Budaya sihat jadi amalan
Stigma dadah kita singkirkan
Memilih rakan awasi pergaulan
Keluarga bahagia jadi idaman

Ayuh… Malaysia
Banteras….Dadah yg durjana
Tangani…. Sehabisnya
Ancaman .. merbahaya

Perhalusi tindakan dan pendidikan
Kealpaan  cara hidup menyatakan
Percaturan mazmumah membimbangkan
Boneka amarah kita singkirkan

Sematkan minda kelas pertama
Jatidiri budaya bangsa
Menghambat wawasan cita mulia
Secalit alpa terpalit lara

Perjuangan tiada noktahnya
Harungi hingga akar umbinya
Tindakan hikmah seribu makna
Melentur buluh dari rebungnya

Gigih dan ikhlas berkorban
Hiasi dengan amalan
Jiwa suci dipagar iman
Nafsu dibenteng ketaqwaan

Bersatu gagah bercerai rebah
Tanggungjawab sebagai khalifah
Wira agama tamadun ummah
Satu Malaysia Banteras Dadah


Aaa  aaa aaa
Ayuh… renungkan… fikirkan… masa depan

Hidup… di dunia… jadilah… insan budiman


















HAKIKAT PUASA
Lagu & Lirik : 211mind & Ust Shamsul AlBugis
Penyanyi : Shoutun Naajihin SKSS Manjung
Johan Negeri Perak 2012

Didunia terbentang jalan
kepada mereka yang bertujuan
Menghala ke jalan tuhan

Bulan mulia bulan Ramadhan
Berpuasa jadi amalan
Rukun Islam kita tunaikan

Puasa itu satu kewajipan
Kemestian mengimani insan
Sempurna syaratnya wajib tunaikan
Ketaqwaan jadi pedoman

Lapar dahaga jadi ujian
Nafsu amarah disingkirkan
Dari terbit fajar diniatkan
Terbenam suria dileraikan

Islam, Baligh, akal sempurna, ibadat ini mampu dilaksana
Islam, Baligh, akal sempurna, ibadat ini mampu dilaksana
Wajib kita… ayuh menunaikannya

Berpuasa mengajar erti kesabaran
Berpuasa mendidik erti  keikhlasan
Berpuasa mengungkap erti kesyukuran
Berpuasa insafi rasa kehambaan

Lailatul qadar yang didambakan
Kepada insan pilihan tuhan
Bulan Ramadhan bulan keampunan
Disinari cahaya kerahmatan

Perkasakan kebajikan di bulan mulia
Kebaikan gandaan pahala

Inilah hakikat berpuasa









Sunnah Perjuangan

SUNNAH PERJUANGAN
LAGU : MOHD SYAMIL ROSLI & ASSOCIATE
LIRIK : MOHD SYAMIL ROSLI & ASSOCIATE, 211MINDS
PENYANYI ASAL : DHIA AN NOUR
DINYANYIKAN SEMULA : NIDA AL FAIZIN 2014 (PELAPIS SOUTUL FAIZIN)

Allah ya Allah

Mukmin sejati mengenal sunnah
Saling melengkapi Nur Kitabullah
Peranan wajib menyebar dakwah
Fisabilililah

Ayuh mujahid kibarkan panji
Ilmu dan amal menjadi paksi
Walau cabaran datang dan pergi
Ia sunnatullah

Perjuangan itu bagai kapal dilautan
Dipukul arus gelombang tak kesudahan
Rela bekorban memikul Sunnah dan al Quran
Sebuah jihad yang tabah dijuangkan

Korus:

Mari menyampaikan dakwah kebenaran
Walau dunia ini yang penuh cabaran
Ayuh runtuhkan dinding kekufuran
Begitulah berjalan di bumi tuhan

Tawaduk menyebarkan Sunnah, al Quran
Ayuh hindarkan diri dari kesesatan
Tugas mukmin mukminat untuk mengingatkan
Neraka jahanam balasan kemungkaran

Utara selatan timur dan barat
Jauh perjalanan tidak kira ringan berat
Hujan terik dan panas sinaran
Demi Allah teruskan perjuangan

Allahu rabbi..4x

Allah Allah Allah Allah
Berjuanglah kibarkanlah panji Islami
Sampaikanlah tegakkanlah Quran dan Sunnah
Mari berjuang mari tegakkan Quran dan Sunnah

(Ulang korus)


Harapkan keredhaan Allah












28 October 2015

IKTIBAR HIJRAH
Lagu & Lirik : 211minds
Sirah Nabawiyyah Bab 28 Tingkatan 1
Hijrah Rasulullah ke Madinah

Semakin tinggi darjat keimanan
Semakin tinggi ujian kehidupan
Berfirman Tuhan didalam Al Quran
Jihad dan sabar tempuh perjuangan

Iktibar hijrah mengungkap panduan
Perubahan menuju kebaikan
Kota Cahaya menjadi pilihan
Peradaban Islam menjadi tuntutan

Hijrah memandu insan bersatu
Hijrah merubah terus melangkah
Hijrah difardhu sebagai tandu
Hijrah menggugah destini dakwah

Bermula taqwim hijrah
Mengatur armada ummah
Keimanan dan ukhuwwah
Berpaksi piagam madinah

Sedari pengorbanan
Ketahanan fikiran
Kasih sayang sesama insan
Menjadi wadah kesatuan

Terus dipacu zaman berzaman
Iktibar insan yang berterusan
Menjana ilmu dan modal insan
Quran dan Sunnah gapai teladan
     
Ya Allah
Keramat hijrah terserlah
Titian marhalah dakwah
Petunjuk ibrah ummah

Ya Tuhan
Kurniakan kejayaan
Iman dan taqwa sandaran
Ambisi kehidupan

Hijrah ………. Satu Perjuangan
Hijrah ………. Satu Pengorbanan
Hijrah ………. Satu Persaudaraan

Hijrah ………. Satu Perpaduan