Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

31 December 2018

Soutul Faizin, Alumni & Rakan Munsyid

Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti... Namun ukhuwah antara kami tidak ada yang patah dan berganti... tetapi disemai dibaja dan disiram dengan penuh kasih sayang dan jatidiri. Alhamdulillah walau ia silih berganti, namun kebersamaan dan kesatuan hati kami tetap dipelihara dari dulu hingga kini. Peranan alumni SouFa begitu kuat sekali impaknya kepada Soutul Faizin. Merekalah penasihat, pengajar, pengkritik, penaja dan pelbagai pe ada pada alumni SouFa.

Ketulusan mereka membantu dan turun padang menjenguk dan mengikuti perkembangan SouFa hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Ramai rakan-rakan munsyid yang sering bertanya berapa perbelanjaan SouFa setiap tahun untuk membina pasukan. Jawapnnya adalah zero... tiada sebarang bayaran atau apa2 dikenakan, insyaallah semuanya demi cinta, minat dan mengisi masa gang alumni datang membantu pasukan. Terima kasih semua atas sumbangan khidmat bakti yang diberi selama hari ini.

Apa sahaja yang berlaku, insyaallah akan diselesaikan secara musyawarah dan perbincangan semua pihak. Komitmen yang diberikan oleh pihak sekolah dan ibu bapa ahli-ahli juga merupakan impak positif yang menjadi bidikan semangat ahli dan krew serta keseluruhan pasukan bergerak secara terancang, berstrategi dan semangat jitu yang tinggi. Alhamdulillah ala kulli hal...haza min Fadhli Rabbi...


























 






























25 December 2018

Soutul Faizin & Persembahan Pentas

Alhamdulillah atas ruang dan peluang yang diberikan kepada Soutul Faizin dari dulu hingga kini. Undangan persembahan ini merupakan salah satu bentuk pembelajaran secara tidak langsung kepada Soutul Faizin dalam menyesuaikan diri, berinteraksi, belajar dan memahami situasi, pemilihan lagu berdasarkan persembahan terkini dan sebagainya.

Ruang dan peluang ini ternyata memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli SouFa menimba pengalaman dan belajar mengurus diri dan jadual aktiviti tanpa mengabaikan keutamaan dalam pelajaran dan mengulangkaji. Selain itu program-program undangan ini juga banyak mengajar ahli-ahli berkenaan musyawwarah, kerjasama, komitmen, kekeluargaan dan kebersamaan didalam membincangkan isu dan solusi bagi setiap perkara yang dihadapi.

Berikut adalah catatan kenangan-kenangan persembahan pentas sepanjang tahun 2018