Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

11 April 2018

Tahniah Ansorullah & Suraiya Al Jausi.... Hadiah untuk Soutul Faizin

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Ansorullah dari SMTDR Pulau Pangkor & Suraiya Al Jausi dari SMA Raja Dr Nazrin Shah yang menjuarai Festival Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2018. Pasukan ini akan membawa cabaran mewakili Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan. 

Berbalik kepada Soutul Faizin, tahniah juga diucapkan atas pencapaian Naib Johan ILMI Peringkat Negeri Perak dengan penampilan wajah-wajah baru yang membawa cabaran. Banyak hikmah yang terkandung darinya... Alhamdulillah

Pengurusan menyimpulkan 2018 merupakan tahun membina semula Soutul Faizin dari asas hingga ke kemuncak cita. Keputusan ILMI Peringkat Negeri menjadi titik tolak pasukan kembali membina semangat, mengatur strategi dan memperbaiki kelemahan. Peluang kepada Soutul Faizin fokus mempersiapkan diri untuk cabaran FNSS Peringkat Negeri Perak selepas ini. Jika ditimbang semula banyak hikmah satu persatu menjadi kekuatan pasukan dibina. Haza min fadhli Rabbi..

Segala yang berlaku setiap satunya punyai cerita dan pengajaran... untuk ILMI... kita tutup buku fokus kepada yang ada ditangan. Tahun 2019 kita kembali dengan keyakinan insyaallah.