Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

06 September 2018

Soutul Faizin dan Khidmat Masyarakat

Alhamdulillah... selain dari nasyid dan persembahan semata-mata, Soutul Faizin juga tidak ketinggalan bersama-sama menjejakkan kaki dalam bidang kemasyarakatan. Dana dari persembahan sedikit sebanyak dikumpul dan dikongsikan. Alhamdulillah walau sedikit, sekurang-kurangnya dapat membantu rakan-rakan SiS yang menyambung pengajian, dalam musibah, tajaan program-program tertentu, melunaskan kesulitan yang dihadapi ahli, alumni dan masyarakat. Terima kasih khasnya buat Cikgu Nurul Izzatul Aida, Cikgu Nurnazihah dan YB MMC Syed Ammar yang menyusun atur program, mencari ruang dan peluang serta memberi pendidikan dan pengalaman kepada ahli-ahli Soutul Faizin belajar, menimba pengalaman dan turun padang secara praktikalnya.. Terima kasih 


Bagi tahun 2018, selain dari program-program yang dinyatakan, pasukan telah sebulat suara memilih Rumah Warga Tua Seri Kenangan Ulu Kinta untuk bersama-sama menyantuni mereka dan menghiburkan warga disana. Alhamdulillah pihak pengurusan dan pentadbiran Seri Kenangan berbesar hati menerima kunjungan dan program yang diatur secara bersama dapat dijayakan oleh anak-anak Soutul Faizin. Selain berprogram, menyantuni warga seri kenangan dengan pelbagai aktiviti, SouFa telah dijemput untuk menghiburkan penghuni Seri Kenangan secara santai melalui nyanyian. Penerimaan mereka sangat mengujakan oleh kerana mereka sangat mesra dan tergambar diwajah mereka rindukan keluarga dan keletah anak-anak. Kita doakan agar mereka diberikan kesihatan dan kebahagiaan dalam bentuk yang lain bagi mengubat kisah bagaimana mereka ditempatkan disana. Nasib kita belum tahu lagi bagaimana pengakhirannya. 


Begitulah penangan program yang diatur ini mudah2an menjadi asbab untuk anak-anak SouFa berjiwa besar, saling menghormati, dan punyai rasa dan tanggungjawab tehadap apa yang berlaku disekeliling. Nilai kekeluargaan da kebersamaan semestinya menjadi fokus utama sebelum mereka membentuk Soutul Faizin. Insyaallah... doakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat, cemerlang sahsiah dan akademik serta berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Amiin..