Hampir sebulan SF berehat bagi memberi peluang ahli-ahli fokus terhadap peperiksaan dan bercuti bersama family. Insyaallah selepas itu mempersiapkan jiwa bagi menghadapi Ramadhan yang dinantikan. Pastinya selepas Eidulfitri nanti SF kembali memulakan rutin latihan seperti biasa.
Beberapa perkara asas akan diberi tumpuan selepas ini. Semoga perancangan dipermudahkan dan ahli-ahli dapat memanfaatkan masa dan peluang yang ada insyaallah.
Jadi posting kali nih mengimbau kembali beberapa persembahan SF sepanjang 2016....
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Kinta Utara 2016
Persembahan Khas Majlis Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016
(A'la Baladi)
Persembahan Khas Majlis Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016
Hujung minggu ni telah selesai fasa 1 sesi ujibakat pelapis Soutul Faizin. Selepas itu Insyaallah akan berlangsung pula sesi finalis untuk Nida Az Zakirin beraksi selepas ini. Bagi sesi hari ini 9 peserta diuji kredibiliti vokal dan abiliti masing-masing bagi memilih keunikan yang ada. Prinsipnya 211minds jarang memilih yang sedap sebagai keutamaan tetapi keunikan vokal adalah pencarian utama.
2 sesi lagi akan menentukan team utama NAZ. Selepas ini akan berlangsung pula sesi pemilihan percussionist NAZ dan sama-sama kita saksikan pukulan bijak akan mendapatkan posisinya.
Soutul Faizin akan berehat seketika untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan dan persiapan IlMi Kebangsaan. Segala undangan persembahan akan diambil alih oleh pasukan Nida sebagai pendedahan dan pengalaman. Berikut adalah beberapa peserta yang telah diuji kemampuan vokalnya.. mampukah mereka menambat hati 211minds dan penasihat vokalnya Ust Azwani... nantikannn...
Syukur yang tidak terhingga dirafa'kan buat Allah SWT yang mengurniakan iman dan ihsan untuk kita meneruskan kehidupan. Syukur juga kami lontarkan atas kurnianNya... mempermudahkan segala urusan dan perancangan kami selama ini. Yang berlalu kita ambil iktibar yang akan datang kita tatang dengan sebaik perancangan. Alhamdulillah...
Festival Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2016 juga telah selesai dengan jayanya. Belum reda kelelahan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak, kami mengharungi cabaran
ILMI pula kali ini. Persiapan yang agak kelam kabut dan kekangan masa yang sangat terhad tidak mematahkan semangat ahli-ahli Soutul Faizin melaluinya. Malahan mereka lebih kuat dan bersemangat untuk menghadapinya. Alhamdulillah semangat inilah yang menguatkan hati-hati kami untuk bersatu memberikan yang terbaik..
Lirik lagu Arab dapat dihafal dalam 2-3 hari manakala lagu ke2 iaitu lagu baru selesai digubah 2 hari sebelum pertandingan bermula. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, dan kami masih lagi mendapat sentuhan lagu masri Imam Muda Azri Naim yang juga tulang belakang kami sepanjang ILMI malahan beliau juga merupakan jurulatih utama Az Zahiddin SMKA Slim River yang menjuarai Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016 baru-baru ini. Syukran yang tidak terhingga...
Pertandingan berlangsung 30 April 2016 dengan angka giliran ke 7 Soutul Faizin tampil mempersembahkan 2 lagu. Segalanya mengikut perancangan dan dipermudahkan walau hati masih merasakan SF kekurangan latihan... Alhamdulillah SF Juara 2016... Terima kasih kepada Ust Shamsul dan cikgu Rofi dari Little Mujahiddeen yang membantu kami setiap tahun tanpa jemu...Insyaallah semoga amal bakti yang dicurah dikurniakan ganjaran. Tidak lupa juga orang kuat SF Cikgu Nur Nazihah & Cikgu Nurul Izzatul Aida yang berusaha berhabisan, Ustazah Aliah yang berduet dengan Ust Hafizurrahman untuk lirik Arab yang punyai pesona bahasanya, Ust Azwani bahagian vokal, Cikgu Hasmida Hamid bahagian persembahan, MMC Syed untuk tugas-tugas khas dan Arif Azfar exSF 2011 yang turun padang membantu pelbagai aspek.... dan semua yang tidak dinyatakan disini namun berusaha membantu dan menyokong SF terima kasih yang tidak terhingga diucapkan...
Berikut adalah warna warni ILMI Peringkat Negeri Perak 2016 untuk tatapan semua..
Sepertimana permintaan daripada rakan-rakan SF, disini kami sertakan bait-bait lirik lagu kedua Soutul Faizin di Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Peringkat Negeri Perak 2016 yang lalu... semoga ianya bermanfaat...
TAJUK LAGU 2 : FIRUS ATMA
Susunan lagu dan lirik oleh: 211minds
Adab Amar Makruf Nahi Mungkar
(Pendidikan Islam
Tingkatan 4)
Di dunia terbentang jalan
Kepada mereka yang bertujuan
Menghala ke jalan tuhan
Sesungguhnya dijelaskan
Keterangan tanda peringatan
Amar makruf wadah kebenaran
Nahi mungkar singkir kebatilan
Unjuran dakwah pancang kemampuan
Diksi berhikmah peringatan
Berpaksikan mimbar keazaman
Santunilah dengan senyuman
Sabar istiqamah mengingatkan
Cerminan nubari hemah teladan
Berseri wadah kehidupan
Bernaung dirimbunan Al Quran
Berteduh sunnah sabda junjungan
Sinaran keindahan
Berilmulah santun diri
Amalkanlah ikhlas nurani
Akhlak mulia diplomasi
terapkanlah didasar hati
Jernihkanlah mentaliti
kebenaran pasti bersemi
Maui’zah hasanah terpancar
tiada bertepi
Indah bicara dihati insan
Muamalah jadikan sandaran
Rasa kehambaan rasa bertuhan
Ilmu dan amal senjata kekuatan
Firus atma terus menyala….. dijiwa
Andai jatuh bangun semula….. berusaha
Firus atma menggugah cita…. wibawa
Pelihara jiwa aman sejahtera…. negara
Amar makruf bersepuh ampuh
taqwa
Jiwa raga ummah yang perkasa
Nahi mungkar melerai bejat nista
Janji pahala dengan asma’ cinta
(Ulang rangkap 5 dan seterusnya)
Berilmulah santun diri
Amalkanlah ikhlas nurani
Akhlak mulia diplomasi
terapkanlah didasar hati
Jernihkanlah mentaliti
kebenaran pasti bersemi
Maui’zah hasanah terpancar
tiada bertepi
Indah bicara dihati insan
Muamalah jadikan sandaran
Rasa kehambaan rasa bertuhan
Ilmu dan amal senjata kekuatan
Firus atma terus menyala….. dijiwa
Andai jatuh bangun semula….. berusaha
Firus atma menggugah cita…. wibawa
Pelihara jiwa aman sejahtera…. Negara
Firus Atma pesona sukma… budaya
Ayuh kita siaga minda….sentiasa
Amar makruf bersepuh ampuh
taqwa
Jiwa raga ummah yang perkasa
Nahi mungkar melerai bejat nista
Janji pahala dengan asma’ cinta
Segalanya diserahkan pada yang Esa
Bijaksana dengan usaha
Itulah kejayaan didamba
Pencapaian Firus Atma
Johan Nasyid Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Negeri Perak 2009
Ketiga Festival Nasyid Kesenian Islam Peringkat Negeri Perak 2013
Ketiga Festival Nasyid Hari Belia Negara Peringkat Negeri Perak 2014
Lirik Terbaik Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah daerah Kinta Utara 2016
Lagu Terbaik Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016
Ketiga Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016
Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Rabbul A'lamin.. Penyertaan julung-julung kali Soutul Faizin di Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016 membuahkan hasil. Setelah lebih 8 tahun tidak menyertai pertandingan anjuran KPM, tahun ini, SF diberikan peluang mewakili Daerah Kinta Utara bagi menyertai pasukan-pasukan hebat yang lain bertanding di Peringkat Negeri Perak.
Peluang yang diberikan tidak disia-siakan... latihan demi latihan.. penambahbaikan dan sarana dalaman diperhalusi untuk SF membuat kemunculan berimpak di pertandingan tersebut. Hasil kesungguhan, kerjasama dan sokongan padu semua pihak SF diberikan bantuan teknikal dan sokongan jurulatih-jurulatih utama PPD Kinta Utara turun padang membantu mempersiapkan pasukan.
Penghargaan khas kami tujukan kepada Ust Shamsul dan Cikgu Rofi yang membuka peluang penambahbaikan susunan muzik kami. Bertapa di Studio Little Mujahiddeen SK Tambun dari malam sehingga 3 pagi menyiapkan susunan lagu SF untuk pertandingan KDSS. Lebih mengujakan apabila individu yang dicadangkan oleh sifu-sifu ini adalah Ust Kamal Adzrin.... tilik punya tilik rupanya gang sekampung (oarang Teluk Intan) dan saingan utama SF sekitar 1996 &1997 exSofwatunnur SMKA Sultan Azlan Shah.Seperti ada magis antara kami... susunan yg dibuat seolah-olah telah dihadam dengan baik Ust Kamal Adzrin... hasilnya wowww alhamdulillah syukran.... Selain itu backup vokal di pagi hari tidak dilupakan... Ust Azwani (Penasihat Vokal SF, Cikgu Hasmida & Ust Shamsul sendiri dipaksa menjadi vokal ujikaji bagi susunan muzik baru itu...alhamdulillah hasil idea Cikgu Mohd Rofi tersebut direalisasikan dengan baik oleh Ust Kamal...Selain Itu Terima kasih juga kepada PPD Kinta Utara Ust Faisal & Pn Nani yang membantu habis-habisan dengan kem bina semangat untuk peserta-peserta, menghantar jurulatih-jurulatih utama untuk memantau dan menambahbaik serta menaja sebahagian kos minus one kami.
Berkat semangat berpasukan dan kekeluargaan kami bertolak ke Kuala Kangsar pada 29 April 2016 dengan KPI untuk memberikan persembahan yang baik dan lancar mengikut perancangan.Team kami menginap di homestay sekitar KUISAS dalam keadaan harmoni dan bersedia untuk pertandingan tersebut.
Malam uji suara sememangnya menguji kesabaran... ha ha ha.. biarlah ianya menjadi simpanan kami sendiri dengan pelbagai dugaan dari urusetia persiapan peringkat negeri. Alhamdulillah akhirnya dapat diselesaikan dengan jayanya. Namun begitu pihak urusetia selepas ini perlu bersedia dan memastikan prasarana pertandingan ditahap terbaik kerana ianya level Peringkat Negeri.
Alhamdulillah hari pertandingan berlangsung dengan jayanya. Soutul Faizin membuka tirai persembahan dengan giliran pertama beraksi tenang dan bersahaja. Syukur segalanya mengikut perancangan dan paling mengejutkan Soutul Faizin muncul pemenang Ketiga dan hadiah khas Lagu Terbaik Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak. Satu pencapaian yang sangat baik bagi permulaan menyertai KDSS ini... Johan : Az Zahiddin SMKA Slim River Naib Johan : SERATAS Ketiga : Soutul Faizin Sek Izzuddin Shah Lagu Terbaik : Soutul Faizin Lirik Terbaik : NurRahman Solo Terbaik : Az Zahiddin Nasyid Sek Rendah Johan- INSOFT SK Kg Jambu N.Johan - Little Mujahiddeen SK Tambun Ke 3 - SK Seri adika Raja Solo Terbaik : SK Kg Jambu Lagu Masri Terbaik : SK Kg Jambu Lagu Kontem Terbaik : SK Tambun Lirik Masri Terbaik : SK Adika Raja Lirik Kontem Terbaik : SK Kg Jambu Tahniah kepada semua peserta yang terlibat... Berikut adalah pencapaian Daerah Kinta Utara yg merangkul Johan Keseluruhan Karnival Dakwah Negeri Perak 2016 Keputusan penuh 1.Tilawah SM P: Johan 2.Syarahan L: Naib Johan 3.Syarahan P:Johan 4.Hafazan SM L: Johan 5.Hafazan SM P:Naib Johan 6.Nasyid SM: Ketiga 7.Tilawah L SR: Johan 8.Hafazan L SR:Ketiga 9.Hafazan P SR:Johan 10Bercerita P:Johan dan Naib johan 11.Nasyid SR:Kedua 12.Lirik terbaik SR 13.Lagu Terbaik SM Good job guys... alhamdulillah...
Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat membantu, menyokong dan sentiasa mengikuti perkembangan kami dari dulu sehingga kini. Berikut adalah sisipan memori indah kami di Kuala Kangsar....
Muka terpaksa... join bas PPD Kinta Utara
Jalan-jalan cari makan sekitar susur sungai Kuala Kangsar... org sini panggil Lembah
Supporters yang ikut 211
Bagus deme nih... bangga dgn baju batik SiS walau dimana mereka berada
Penginapan di sekitar KUISAS...
Alhamdulillah sangat selesa
Lokasi penginapan peserta dan supporters... peserta lari dari asrama nak join... kih kih
Abam Solihin menyediakan cekodok pisang untuk peserta yang akan bertanding....senior teladan..
Supporters merangkap pembantu semua hal.. abam Mael... tqvm..
Seawal 5 pagi Ust Wani dan akak bangun menyediakan sarapan...
Pengalaman ngeri time soundcheck.... mood down dengan coach2 skali xde mood mlm nih
Memperkenalkan tshirt baru supporters... akan keluar tidak lama lagi... tungguuu
Peragaan sebelum soundcheck
Muka buat-buat ceria... ha ha ha
Soutul Faizin bersama peserta Tilawah, Tahfiz, Syarahan Agama kesemuanya produk SiS dengan Cikgu Izzatu Aida... mama sado SF ehhh
Bersama orang kuat PPD Kinta Utara... Ust Faisal dan Puan Nani...
Syukur.... penyertaan julung kali berhasil
Satu pencapaian membanggakan...
Selfie.... wajib!! ha ha ha
Cik Anna peminat setia nasyid yang datang memberikan sokongan... tqvm
Little Mujahiddeen... apapun kome dah buat yang terbaik... Naib Johan & Lagu terbaik...
Bersama Az Zahiddin SMKA Slim River... Johan Nasyid Perak dan Solo Terbaik... good luck untuk Peringkat Kebangsaan...
Kinta Utara... Johan Keseluruhan KDSS Peringkat Negeri Perak... Pencapaian Semua acara Top 3
Pencapaian individu bg 211minds... Lagu Terbaik Sekolah Menengah & Lagu Terbaik Kontemporari Sekolah Rendah... syukran SF dan LM kerana merealisasikannya....
Sape balik lambat kita pekene dulu... SF16 with seniors...