Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

19 May 2016

KEMBARA TAQWA

L a g u  &  L i r i k  :  211minds
S i r a h  B a b  3 . 4  I s r a ’  d a n  M i k r a j
P e l a n t u n  s u a r a  :  A n   N a u f a l ...
(Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai KL)



Allah 5x
(solo)
Dihening malam tiada kedengaran
Gemuruh memanggil Rasul dibangunkan
Dibersih jiwa dipasak iman
Memimpin Junjungan bermula perjalanan
Membuka lembaran kebesaran Tuhan

 Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
 Langit ke 7 diangkat Baginda
 DiMikrajkan pula ke Sidratul Muntaha
                                 Hadziratul Quds Baginda dibawa                               

(solo)
Agungnya kembara luar fikiran
Sempadan taqwa itulah ukuran
Diperlihatkan pula pelbagai gambaran
Tamsil ibarat tingkahnya insan

(solo & backup)   
Tiap perlakuan punyai ganjaran
Terukir manis bagi yang beriman

Allah 5x
Allah wajibkan atas Junjungan
Solat pembeza ummah beriman
Amal bil makruf jadi sandaran
Terukir sisipan rahsia Tuhan

Terpahat iktibar kisah teladan
Rentetan sejarah dan kefardhuan
Wajib beriman taati aturan
Kembara taqwa menggugah amalan
Mahmudah jayakan mazmumah leraikan.






 


 














No comments:

Post a Comment