Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

05 May 2016

MISI MEMPERTAHANKAN KEJUARAAN


Syukur yang tidak terhingga dirafa'kan buat Allah SWT yang mengurniakan iman dan ihsan untuk kita meneruskan kehidupan. Syukur juga kami lontarkan atas kurnianNya... mempermudahkan segala urusan dan perancangan kami selama ini. Yang berlalu kita ambil iktibar yang akan datang kita tatang dengan sebaik perancangan. Alhamdulillah...

Festival Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2016 juga telah selesai dengan jayanya. Belum reda kelelahan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak, kami mengharungi cabaran
ILMI pula kali ini. Persiapan yang agak kelam kabut dan kekangan masa yang sangat terhad tidak mematahkan semangat ahli-ahli Soutul Faizin melaluinya. Malahan mereka lebih kuat dan bersemangat untuk menghadapinya. Alhamdulillah semangat inilah yang menguatkan hati-hati kami untuk bersatu memberikan yang terbaik..

Lirik lagu Arab dapat dihafal dalam 2-3 hari manakala lagu ke2 iaitu lagu baru selesai digubah 2 hari sebelum pertandingan bermula. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan, dan kami masih lagi mendapat sentuhan lagu masri Imam Muda Azri Naim yang juga tulang belakang kami sepanjang ILMI malahan beliau juga merupakan jurulatih utama Az Zahiddin SMKA Slim River yang menjuarai Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016 baru-baru ini. Syukran yang tidak terhingga...

Pertandingan berlangsung 30 April 2016 dengan angka giliran ke 7 Soutul Faizin tampil mempersembahkan 2 lagu. Segalanya mengikut perancangan dan dipermudahkan walau hati masih merasakan SF kekurangan latihan... Alhamdulillah SF Juara 2016... Terima kasih kepada Ust Shamsul dan cikgu Rofi dari Little Mujahiddeen yang membantu kami setiap tahun tanpa jemu...Insyaallah semoga amal bakti yang dicurah dikurniakan ganjaran. Tidak lupa juga orang kuat SF Cikgu Nur Nazihah & Cikgu Nurul Izzatul Aida yang berusaha berhabisan, Ustazah Aliah yang berduet dengan Ust Hafizurrahman untuk lirik Arab yang punyai pesona bahasanya, Ust Azwani bahagian vokal, Cikgu Hasmida Hamid bahagian persembahan, MMC Syed untuk tugas-tugas khas dan Arif Azfar exSF 2011 yang turun padang membantu pelbagai aspek.... dan semua yang tidak dinyatakan disini namun berusaha membantu dan menyokong SF terima kasih yang tidak terhingga diucapkan...

Berikut adalah warna warni ILMI Peringkat Negeri Perak 2016 untuk tatapan semua..


















No comments:

Post a Comment