Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

05 May 2016

Alhamdulillah Sasaran Tercapai



Syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepada Rabbul A'lamin.. Penyertaan julung-julung kali Soutul Faizin di Festival Nasyid Karnival Dakwah Sekolah Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016 membuahkan hasil. Setelah lebih 8 tahun tidak menyertai pertandingan anjuran KPM, tahun ini, SF diberikan peluang mewakili Daerah Kinta Utara bagi menyertai pasukan-pasukan hebat yang lain bertanding di Peringkat Negeri Perak.

Peluang yang diberikan tidak disia-siakan... latihan demi latihan.. penambahbaikan dan sarana dalaman diperhalusi untuk SF membuat kemunculan berimpak di pertandingan tersebut. Hasil kesungguhan, kerjasama dan sokongan padu semua pihak SF diberikan bantuan teknikal dan sokongan jurulatih-jurulatih utama PPD Kinta Utara turun padang membantu mempersiapkan pasukan.

Penghargaan khas kami tujukan kepada Ust Shamsul dan Cikgu Rofi yang membuka peluang penambahbaikan susunan muzik kami. Bertapa di Studio Little Mujahiddeen SK Tambun dari malam sehingga 3 pagi menyiapkan susunan lagu SF untuk pertandingan KDSS. Lebih mengujakan apabila individu yang dicadangkan oleh sifu-sifu ini adalah Ust Kamal Adzrin.... tilik punya tilik rupanya gang sekampung (oarang Teluk Intan) dan saingan utama SF sekitar 1996 &1997 exSofwatunnur SMKA Sultan Azlan Shah.Seperti ada magis antara kami... susunan yg dibuat seolah-olah telah dihadam dengan baik Ust Kamal Adzrin... hasilnya wowww alhamdulillah syukran....

Selain itu backup vokal di pagi hari tidak dilupakan... Ust Azwani (Penasihat Vokal SF, Cikgu Hasmida & Ust Shamsul sendiri dipaksa menjadi vokal ujikaji bagi susunan muzik baru itu...alhamdulillah hasil idea Cikgu Mohd Rofi tersebut direalisasikan dengan baik oleh Ust Kamal...Selain Itu Terima kasih juga kepada PPD Kinta Utara Ust Faisal & Pn Nani yang membantu habis-habisan dengan kem bina semangat untuk peserta-peserta, menghantar jurulatih-jurulatih utama untuk memantau dan menambahbaik serta menaja sebahagian kos minus one kami.

Berkat semangat berpasukan dan kekeluargaan kami bertolak ke Kuala Kangsar pada 29 April 2016 dengan KPI untuk memberikan persembahan yang baik dan lancar mengikut perancangan.Team kami menginap di homestay sekitar KUISAS dalam keadaan harmoni dan bersedia untuk pertandingan tersebut.

Malam uji suara sememangnya menguji kesabaran... ha ha ha.. biarlah ianya menjadi simpanan kami sendiri dengan pelbagai dugaan dari urusetia persiapan peringkat negeri. Alhamdulillah akhirnya dapat diselesaikan dengan jayanya. Namun begitu pihak urusetia selepas ini perlu bersedia dan memastikan prasarana pertandingan ditahap terbaik kerana ianya level Peringkat Negeri.

Alhamdulillah hari pertandingan berlangsung dengan jayanya. Soutul Faizin membuka tirai persembahan dengan giliran pertama beraksi tenang dan bersahaja. Syukur segalanya mengikut perancangan dan paling mengejutkan Soutul Faizin muncul pemenang Ketiga dan hadiah khas Lagu Terbaik Pertandingan Nasyid Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak. Satu pencapaian yang sangat baik bagi permulaan menyertai KDSS ini... 

Johan : Az Zahiddin SMKA Slim River
Naib Johan : SERATAS
Ketiga : Soutul Faizin Sek Izzuddin Shah

Lagu Terbaik : Soutul Faizin
Lirik Terbaik : NurRahman
Solo Terbaik : Az Zahiddin

Nasyid Sek Rendah
Johan- INSOFT SK Kg Jambu
N.Johan - Little Mujahiddeen SK Tambun
Ke 3 - SK Seri adika Raja

Solo Terbaik : SK Kg Jambu
Lagu Masri Terbaik : SK Kg Jambu
Lagu Kontem Terbaik : SK Tambun
Lirik Masri Terbaik : SK Adika Raja
Lirik Kontem Terbaik : SK Kg Jambu

Tahniah kepada semua peserta yang terlibat...

Berikut adalah pencapaian Daerah Kinta Utara  yg merangkul Johan Keseluruhan Karnival Dakwah Negeri Perak 2016

Keputusan penuh 
1.Tilawah SM P: Johan
2.Syarahan L: Naib Johan
3.Syarahan P:Johan
4.Hafazan SM L: Johan
5.Hafazan SM P:Naib Johan
6.Nasyid SM: Ketiga
7.Tilawah L SR: Johan
8.Hafazan L SR:Ketiga
9.Hafazan P SR:Johan
10Bercerita P:Johan dan Naib johan
11.Nasyid SR:Kedua
12.Lirik terbaik SR
13.Lagu Terbaik SM

Good job guys... alhamdulillah...

Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat membantu, menyokong dan sentiasa mengikuti perkembangan kami dari dulu sehingga kini. Berikut adalah sisipan memori indah kami di Kuala Kangsar....


Muka terpaksa... join bas PPD Kinta Utara

Jalan-jalan cari makan sekitar susur sungai Kuala Kangsar... org sini panggil Lembah

Supporters yang ikut 211

Bagus deme nih... bangga dgn baju batik SiS walau dimana mereka berada

Penginapan di sekitar KUISAS... 

Alhamdulillah sangat selesa

Lokasi penginapan peserta dan supporters... peserta lari dari asrama nak join... kih kih

Abam Solihin menyediakan cekodok pisang untuk peserta yang akan bertanding....senior teladan..

Supporters merangkap pembantu semua hal.. abam Mael... tqvm..

Seawal 5 pagi Ust Wani dan akak bangun menyediakan sarapan...

Pengalaman ngeri time soundcheck.... mood down dengan coach2 skali xde mood mlm nih

Memperkenalkan tshirt baru supporters... akan keluar tidak lama lagi... tungguuu

Peragaan sebelum soundcheck

Muka buat-buat ceria... ha ha ha

Soutul Faizin bersama peserta Tilawah, Tahfiz, Syarahan Agama kesemuanya produk SiS dengan Cikgu Izzatu Aida... mama sado SF ehhh

Bersama orang kuat PPD Kinta Utara... Ust Faisal dan Puan Nani...

Syukur.... penyertaan julung kali berhasil

Satu pencapaian membanggakan...

Selfie.... wajib!! ha ha ha

Cik Anna peminat setia nasyid yang datang memberikan sokongan... tqvm

Little Mujahiddeen... apapun kome dah buat yang terbaik... Naib Johan & Lagu terbaik...

Bersama Az Zahiddin SMKA Slim River... Johan Nasyid Perak dan Solo Terbaik... good luck untuk Peringkat Kebangsaan...

Kinta Utara... Johan Keseluruhan KDSS Peringkat Negeri Perak... Pencapaian Semua acara Top 3

Pencapaian individu bg 211minds... Lagu Terbaik Sekolah Menengah & Lagu Terbaik Kontemporari Sekolah Rendah... syukran SF dan LM kerana merealisasikannya....

Sape balik lambat kita pekene dulu... SF16 with seniors...

No comments:

Post a Comment