Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

31 May 2018

Menyusur Puncak 2018

2017 ditinggalkan begitu pantas akibat perjalanan dan aktiviti yang semakin padat. Pejam celik tahun 2018 sudah dipertengahan jalannya. Memori 2017 masih indah masih dikenang masih dicanang, namun tanggungjawab besar sudah pasti tahun 2018. Generasi 2017 merupakan generasi paling lama bersama seawal mereka di tingkatan 1 bersama keluarga ini sehinggalah masing-masing telah menamatkan pengajian di SiS dengan cemerlang. Kesemuanya telah menyelesaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar d an meninggalkan keluarga ini dalam suasana baru iaitu pembentukan semula Soutul Faizin bagi meneruskan legasinya. Cabaran demi cabaran perlu ditatang dan strategi demi strategi perlu diatur untuk kesinambungan. Terima kasih Ammar, Azizul Hanif dan Muiz... keberadaan kalian bersama pasukan pasti dirindui.

Seawal minggu kedua persekolahan sesi pemilihan anggota baru bermula diperingkat puluhan pelajar yang hadir ke sesi ujibakat dikendalikan oleh Soutul Faizin yang tinggal sehinggalah ke sesi pemilihan 10 orang terbaik yang dikendalikan oleh jurulatih dan penasihat-penasihatnya. Alhamdulillah ianya berjalan lancar. 10 finalis yang telah disaring telah menunjukkan kemampuan luar biasa mereka yang menyebabkan proses pemilihan berlanjutan 2 kali saringan bagi memenuhi kehendak jurulatih. Akhirnya ia telah dimuktamadkan secara sepakat...

Berikut adalah finalis-finalis yang menyebabkan kem kejurulatihan terpaksa membuat pilihan yang tepat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan...

Mereka lagenda...









































Tahniah Wajah Baru Soutul Faizin 2018








Sorotan 2017...

Masa berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Awas jika kita terleka atau masih dibuai angan-angan kita akan ketinggalan dalam serba serbinya. Syukur atas Rahmat dari yang Esa, selawat dan salam buat Rasul junjungan. Sempena kehadiran tahun baru ini, marilah kita bersama-sama berazam untuk berhijrah menjadi insan yang lebih baik, insan soleh/solehah yang lebih berkualiti dan berketerampilan berbanding tahun lalu.. Semoga kita tergolong dalam golongan insan yang berjaya mengecapi kejayaan di dunia dan di akhirat... Oleh itu, pada tahun baru ini, marilah sama-sama kita menanam azam yang baik dari tahun lepas supaya kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH selamanya... Barakallah...Amin...

Allah swt.berfirman yang mafhumnya :

"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah ( untuk membela dan menegakkan Islam ) , nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang  banyak dan  rezeki  yang makmur , dan sesiapa yang  keluar dari rumahnya  dengan tujuan untuk berhijrah  kepada Allah dan RasulNya , kemudian ia mati ( dalam perjalanan) , maka sesungguhnya telah tetap  pahala hijrahnya  di sisi Allah. Dan (ingatlah ) Allah Maha  Pengampun lagi Maha Mengasihani ". ( QS an-Nisa ayat 100 ). 
Marilah bersama-sama kita tingkatkan taqwa kita kepada Allah dan kita sedaya upaya cuba memperbaiki diri kita khasnya diri admin dari masa ke semasa kelemahan kita yang lalu untuk diberi penambahbaikan dan nafas baru yang bersesuaian. Kita renungkan sejenak sekiranya kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya kemudian. Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada. Perkara ini yang akan menjadi intipati 2018 untuk kami. Jangan risau dengan kekuatan dan kelebihan orang lain tapi kita perbaiki apa yang kita ada dengan cara kita. Sekiranya kita sentiasa berfikir tentang orang lain kita tidak akan melangkah kemana dan menyebabkan perancangan kita tergendala. Raikan perbezaan dan tonjolkan kualiti perbezaan itu.

Berbalik kepada sorotan tahun 2017 yang lalu bagi Soutul Faizin ia ditutup dengan gemilang dan kenangan yang indah. Namun kegembiraan itu pasti ada kontranya dimana kami pasti merindukan sosok pelantun yang menamatkan persekolahan sesi 2017 dan suntikan kekuatan perlu diberikan untuk membina semula legasi yang berkesinambungan. Tahun 2018 insyaallah pencarian 6 lagi muka baru untuk diketengahkan dan menjadi usrah SouFa 2018. Masih dalam proses pencarian bakat baru. Doakan kami....

Posting 2018 ini admin sisipkan beberapa kenangan penghujung 2017 yang lalu sebagai ingatan... 
















































 
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Kita berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Kita berada di ambang tahun baru 2011. Tahun 2010 akan ditinggalkan dengan seribu kenangan, yang termaktub sudah dalam lipatan sejarah. Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215: https://goo.gl/efW8Ef