Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

22 July 2018

Naib Johan Festival Nasyid Sekolah Sekolah Peringkat Kebangsaan 2018

Alhamdulillah ala kulli hal... Tiada apa yang mampu menggambarkan kepuasan dan kegembiraan kem Negeri Perak di UNIMAP... penyertaan kali pertama di FNSS dengan gelaran Naib Johan & Lirik Lagu Terbaik Kontemporari🥰🥰🥰 Hanya Tuhan sahaja yang mengerti bagaimana perasaan ini menghiasi perjuangan ini.


Segalanya telah terlerai... komitmen, kesungguhan, kemahuan, kesanggupan dan kelelahan anak anak Soutul Faizin dan kem Negeri Perak berbaloi. Hadir ke FNSS dengan matlamat menimba ilmu dan pengalaman oleh kerana FNSS merupakan sesuatu yang baru buat Soutul Faizin terlunas dengan kejayaan yang tidak disangka.. Terima kasih buat semua #soufafamily, ahli keluarga, guru2, barisan kejurulatihan Negeri Perak, PIBG, Penaja2 dan semua yang menyokong dan mendoakan kejayaan ini..


Tahniah kami ucapkan kepada Juara Kumpulan Al Islah dari Negeri Selangor dan pemenang ke 3 kumpulan Khairan dari Negeri Kedah serta semua pemenang-pemenang kategori. Syabas juga buat semua peserta dari negeri-negeri yang sama-sama bersaing. Insyaallah ada rezeki dan peluang kita bertemu pula disaingan seterusnya insyaallah.