Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 February 2017

Selamat Datang Ahli Baru Soufa 2017

Alhamdulillah misi 2 hari pencarian bakat baru selesai dengan jayanya... Pelbagai faktor diambil kira dan dibahaskan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pejuang SF2016 yang lalu... pemilihan ini juga  selain pilihan jurulatih, ia juga mengambil kira pandangan dan saranan rakan2 jurulatih SF yang sentiasa membantu walaupun mereka dari luar Negeri Perak... Terima kasih alumni SF, terima kasih Coach Najmi Faiz, Haffiz Zakaria, Sharifah Nawirah dan Hanatar Hubbuh. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Azwani sebagai penilai akhir yang memberikan pencerahan sangat baik untuk memilih individu bertuah menganggotai keluarga Soutul Faizin 2017.

Tahniah dan syabas kepada yang terpilih... terima kasih juga kepada peserta2 finalis ujibakat akhir yang hadir dan bersungguh-sungguh mempamerkan kelebihan dan keunikan masing-masing... jutaan terima kasih sekali lagi buat semua... Selamat Datang dan beraksi untuk Soutul Faizin 2017....selamat menimba ilmu juga buat finalis yang terpilih untuk menganggotai Nida AzZakirin. Tahniah sekali lagi...

ADAM
(Tingkatan 1)


MEOR
(Tingkatan 1)


AMSYAR
(Tingkatan 4)


LUQMAN
(Tingkatan 3)


SHAHIR
(Tingkatan 3)

Sesi Pencarian Bakat Baru Soutul Faizin 2017


Memulakan langkah 2017.. Soutul Faizin perlu pantas mencari bakat-bakat baru sebagai pengganti dan pelapis bagi mengharungi cabaran tahun 2017. Sepanjang 2 hari berlangsung sesi ujibakat bagi menyerap muka baru menghiasi SouFa 17. Bahagian suara dan perkusi...

Alhamdulillah...saingan ujibakat kali ini antara yang paling susah untuk dikendalikan kerana majority yang hadir dikurniakan bakat yang sangat baik. Namun keputusan perlu dibuat berdasarkan keperluan pasukan. Setelah diteliti, diamati dan ditimbang 5 finalis ujibakat telah dipilih untuk menyertai Soutul Faizin 2017...manakala  finalis yang tidak terpilih secara automatiknya diserap ke skuad pelapis Nida AzZakirin...

Semoga muka baru yang terpilih mampu memberikan komitmen yang tinggi dan mampu memberi saingan kepada ahli-ahli yang sedia ada malah mampu menjadi nilai tambah yang unik untuk Soutul Faizin.


















video