Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 February 2017

Sesi Pencarian Bakat Baru Soutul Faizin 2017


Memulakan langkah 2017.. Soutul Faizin perlu pantas mencari bakat-bakat baru sebagai pengganti dan pelapis bagi mengharungi cabaran tahun 2017. Sepanjang 2 hari berlangsung sesi ujibakat bagi menyerap muka baru menghiasi SouFa 17. Bahagian suara dan perkusi...

Alhamdulillah...saingan ujibakat kali ini antara yang paling susah untuk dikendalikan kerana majority yang hadir dikurniakan bakat yang sangat baik. Namun keputusan perlu dibuat berdasarkan keperluan pasukan. Setelah diteliti, diamati dan ditimbang 5 finalis ujibakat telah dipilih untuk menyertai Soutul Faizin 2017...manakala  finalis yang tidak terpilih secara automatiknya diserap ke skuad pelapis Nida AzZakirin...

Semoga muka baru yang terpilih mampu memberikan komitmen yang tinggi dan mampu memberi saingan kepada ahli-ahli yang sedia ada malah mampu menjadi nilai tambah yang unik untuk Soutul Faizin.



















No comments:

Post a Comment