Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 January 2019

Karya FNSS 2019


Setelah tempoh bertenang melalui fasanya.. tanggungjawab terbesar 2019 adalah misi mempertahankan kejuaraan FNSS Daerah Kinta Utara,  Negeri Perak dan merealisasikan cita-cita menggenggam kejuaraan FNSS Peringkat Kebangsaan. Misi besar yang memerlukan 1001 komitmen dan penambahbaikan agar Soutul Faizin 2019 lebih realistik dan segar dengan idea dan sentuhannya.


Coach 211 mengambil tanggungjawab merekayasa lagu Masri 2019 manakala Coach Arif Azfar didambakan sentuhan kontemporarinya. Irama Masri ditetapkan berbentuk masri asli yang segar luar dari kebiasaan dengan menampilkan pelbagai sisi teknik dan taktik lagu. Irama kontemporari pula setelah persetujuan dicapai, SouFa mencuba sisi baru bertemakan sejarah dan  nasyid kontemporari moden yang memenuhi kehendak terkini dan menepati tagline Soutul Faizin dari dulu iaitu " Irama Kontemporari Menggugah Misi" sebagai momentum untuk pendengar membiasakan diri mendengar dan memberi perhatian kepada karya-karya SouFa. 


Alhamdulillah kedua2 lagu siap mengikut jadualnya. Dipersembahkan kepada pakar-pakar lagu untuk diperdengarkan satu persatu dan ditambahbaik. Bermulalah transformasi penciptaan karya FNSS 2019 dari A hingga Z... Terima kasih kepada  pakar-pakar, alumni dan rakan-rakan terdekat yang banyak memberikan komentar, bantuan, sisipan, cubaan dan komitmen menambahbaik karya Soutul Faizin.


Barisan alumni juga turun padang membantu ketika waktu lapang tau cuti semester. Mereka sedar tahun 2019 barisan percussionist SouFa adalah semua dari muka baru.


Pemandangan rutin setiap kali selesai sesi latihan SouFa. Tempat menghilang haus, berdiskusi, dan masing-masing memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan pasukan... Alhamdulillah syukur punyai mereka...


Latihan bermula dari gazebo, kelas, dewan, astaka dan tepi padang bersilih ganti bagi memberi kelainan suasana dan mood latihan.


Menu wajib berjemaah menghabiskannya bagi mereka-mereka yang kekenyangan... Ringan-ringan istilah manjanya...


Catatan lirik dari Coach satu persatu sehingga selesai lagu... 


Seperti biasa setiap kali lagu baru, pasti kerutan dan pemahaman secara intensif diwajibkan kerana setiap kali latihan, perbezaan demi perbezaan sentiasa berlaku dan mengejutkan...


Apapbila sesi latihan selesai, coach akan memberikan komen dan cadangan untuk diberi perhatian.



Latihan menghafal lirik dan menceritakan sinopsis lirik bagi melihat pemahaman ahli-ahli terhadap lagu dan sentiasa dipantau.


Gambar yang punyai 1001 rasa... sebab apa mereka bergambar seperti itu.. ha ha ha


sesi tamat latihan berakhir dalam situasi seperti ini mengikut menu...


Nampak mudaj tapi payah untuk mengenalpasti hasrat dan kemahuan coach terhadap sesebuah lagu. Namun atas komitmen dan mereka rajin belajar  dan menerima, segalanya melalui proses pembelajaran yang penuh makna... Alhamdulillah...


Dari rumah ke mamak, mengopi pula di MCD .... sambung sampai 2-3 pagi berganti hari...IM Azri Naim antara individu penting yang membantu menyiapkan lagu Masri SF. Sikap profesional yang wajar menjadi contoh kerana beliau juga sebenarnya merupakan pencipta lagu dan lirik untuk kumpulan kesayangannya AzZahidin. Namun beliau tidak pernah lokek dan berkira berkongsi idea dan rasa kepada Soutul Faizin dari dulu lagi. Walau beliau bukan alumni SouFa, hubungan rapat dengan alumni SouFa dan semua mengenalinya menjadikannya sebahagian dari #soufafamily ... 


Masa yang agak lama dan untuk membiasakan diri dengan lagu dan idea serta cubaan demi cubaan dilakukan sebelum coach melihat hasil garapan pasukan dan memberikan cadangannya pula.



Lokasi berhadapan koperasi SiS merupakan lokasi paling favourite bagi sesi latihan SouFa dari dulu hingga kini. Dan untuk pengetahuan semua rakan-rakan SouFa tidak mempunyai bilik latihan mahupun segala kelengkapan seperti tanggapan sesetengah rakan-rakan. Itulah SouFa dari dulu hingga kini. Bersyukur dengan apa yang ada dan mendapat sokongan guru-guru pun sudah memedai untuk SouFa rasa dihargai...



Gandingan yang menjadi... dua-dua pakar Bahasa Inggeris. pakar buat lagu, pakar menguruskan isu dan pakar dalam bab2 mendengar kesumbangan untuk dibetulkan.


19 January 2019

Kerja Keras Bagi Permulaan Tahun 2019

Percaturan dan Perancangan mula rancak di awal tahun 2019. Beberapa strategi yang telah diaturkan oleh Coach perlu dilaksanakan bagi mengimbangi potensi dan bakat anak-anak Soutul Faizin supaya ianya terus gemerlap dan mampu menjadi inspirasi kepada pasukan lain walaupun sedikit. Coach telah mensasarkan lonjakan dan kejutan perlu dibuat bagi meneruskan agenda 2019.


2 percaturan yang perlukan penyusunan banyak perkara bagi menghadapi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah merupakan sasaran uatama oleh kerana tanggungjawab Soutul Faizin mempertahankan gelaran dan Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Agama Negeri Perak ILMI menjadi buruan oleh kerana telah ada pasukan pilihan iaitu penyandang Juara 2018.


Strategi kejutan dari Coach adalah meletakkan Zahrul sebagai percussionist di FNSS dan vokal di ILMI. Ramai yang terkejut dan berteka teki tentang percaturan tersebut. Setelah penerangan diberi dan taktikal Coach difahami barulah pasukan mula nampak apakah strategi dan apakah itu konsistensi. Alhamdulillah Zahrul Afiq menyahut seruan Coach dengan belajar semula basic percussion sehingga berjaya dengan silih berganti Coach percussionist datang mengajar . Terima kasih Nazrif Nordin, Ust Shamsul, Nabihah Faiz, Darwisy Mirza dan Ihsan NR yang sudi membantu dan berkongsi ilmu dan kemahiran masing-masing.


Selain Zahrul 3 orang percussionist cilik diserapkan untuk menimba pengalaman tersebut dan Alhamdulillah masing-masing punyai kecekapan dan sikap ingin belajar yang tinggi. Tahniah gang percussionist & krew... memberi keyakinan bahawa sesuatu yang istimewa akan dibawakan oleh SouFa bagi tahun 2019 insyaallah... Januari-Mac merupakan latihan intensif pasukan dalam menggilap potensi vokalis SouFa. Pelbagai pendedahan dan perkongsian terus menerus diberikan untuk membina keyakinan dan konsistensi pasukan. Alhamdulillah bahagian vokalis tidak mempunyai sebarang masalah oelh kerana rata-ratanya mempunyai pengalaman dari tahun 2018 yang lepas.


















11 January 2019

Kejutan Luar Jangka 2019.. Tahun Menguji Daya Juang

Tahun 2019 seharusnya menjadi tahun paling ceria buat Soutul Faizin.. namun siapalah kita manusia yang hanya mampu merancang, percaturan Allah juga yang lebih baik. Tugas kita sebagai hambanya menerima dengan redha dan tidak berputus asa. Pasukan dikejutkan dengan kehilangan 6 orang individu terpenting sebelum ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tersentaknya SouFa family menerimanya. Meor Aziz dan Adam telah bertukar ke sekolah lain pilihan keluarga masing-masing. Manakala Amir Amsyar. Muhammad dan Hafizuddin telah menamatkan zaman persekolahannya di SIS.


Bukan itu sahaja yang menyentap pasukan, tetapi pertukaran salah seorang Guru Penasihat SouFa juga menyebabkan kem SouFa terdiam seketika. Cikgu Nurul Izzatul Aida telah bertukar ke Sekolah Raja Perempuan Taayah! Bunyinya seperti biasa-biasa dan dekat je dengan SiS tetapi untuk pasukan ia sesuatu yang berbeza apabila tinggal seorang sahaja Guru Penasihat ketika ini. Kepada Meor, Adam, Amsyar, Muhammad, Hafizuddin & Cikgu Izzatul Aida terima kasih kami ucapkan atas komitmen dan sumbangan kalian dari dulu hingga kini. Semoga terus maju jaya di tempat baru masing-masing. Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intailah kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan...


Ujian datang dan pergi, kita perlu kehadapan meneruskan perjalanan walau terkesan dihati. Segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Pasukan terus positif dan tidak menjadikan ianya sebagai pembunuh semangat, tetapi perlu melipatgandakan  usaha dan komitmen untuk bergerak dengan perancangan-perancangan yang telah disusun. Patah tumbuh hilang berganti, 3 permata baru telah ditemui dan mengembalikan semula momentum pasukan. Alhamdulillah...syukur Ya Allah... 


Selamat datang Haikal Hafizi & Mohd Afiq kedua-duanya dari Tingkatan 1 dan Izz Tingkatan 2. Kesemuanya adalah percussionist yang telah terpilih menjadi ahli keluarga baru SouFa 2019. Alhamdulillah bakat-bakat baru ini setanding dengan yang telah pergi.. ia terus menjadi pemacu semangat pasukan berusaha dengan lebih kuat bagi tahun 2019.


Amsyar, Muhammad, Hafizuddin, Meor & Adam... Selamat Maju Jaya ditempat baru. Good Luck


Terima kasih Cikgu Nurul Izzatul Aida. Kenangan bersama sentiasa diingatan kami semua.