Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

19 March 2019

Belasungkawa Allahyarham Abang Mohd Haffizz Zakria


Berita paling mengejut dan menyedihkan berlaku pada tarikh ini. Kem Soutul Faizin dikejutan dengan pemergian Coach Abg Haffizz Zakaria untuk selamanya. Tiada apa yang dapat kami nayatakan melainkan memanjatkan doa semoga almarhum ditempatkan dikalangan  insan soleh yang bertaqwa.

Abu Hurairah dalam HR. Muslim dimana Rasulullah SAW bersabda, "Apabila seseorang mati, seluruh amalnya akan terputus kecuali 3 hal: sedekah jariyah, ilmu yang manfaat, dan anak sholeh yang mendoakannya."

Kami percaya alamarhum seorang insan yang sangat baik hati dan berjasa buat keluarganya. Beliau sangat rapat dengat Coach kami dan berkongsi suka dukanya sejak mengenali coach seawal tahun 2009 lagi. 

Coach menyatakan Abg Haffizz Zakaria merupakan antara figura nasyid yang disegani dan rajin menabur bakti kepada yang memerlukan. Beliau lebih banyak mencurahkan idea dan kraetivitinya di negeri kelahirannya iaitu Negeri Pahang tidak mengira sekolah rendah mahupun menengah. Kali pertama Soutul Faizin berkolaborasi bersama almarhum pada tahun 2016 apabila beliau secara sukarela ingin membantu SouFa dengan menyiapkan muzik minus one.

Alhamdulillah sentuhannya membawa tuah apabila kali pertama dipertandingkan secara minus one SouFa muncul Johan Daerah Kinta Utara dan berpeluang beraksi di Peringkat Negeri Perak. Alhamdulillah... Selain itu almarhum sering berkunjung ke Ipoh dan menginap dirumah coach kami bercerita, berkongsi dan membantu apa yang beliau mampu. Beliau juga sudah sebati dengan alumni SouFa dan kami sering bersama. Kali terakhir bersama beliau adalah di Negeri Perlis yang mana Soutul Faizin membuat penampilan sulung di FNSS Peringkat Kebangsaan 2018.

Banyak lagi kisah beliau bersama coach dan team Soutul Faizin. Marilah bersama2 kita sedekahkan Al Fatihah dan mendoakan kesejahteraan beliau disana. AlFatihah....






Ketika FNSS Kebangsaan di Negeri Perlis dan pertemuan kami yang terakhir.


Pesanan ringkas terakhir dari beliau kepada Coach 😭😭😭










Doakan kesejahteraan buat almarhum disana dan didoakan semoga ahli keluarganya diberi kesabaran dan dipermudahkan semua urusan....

No comments:

Post a Comment