Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

03 September 2009

Bunga Kejayaan Bakal Mengharum....



Setinggi tahniah diucapkan kepada kump Nida az Zakirin (Pelapis Soutul Faizin) kerana berjaya menyambung rentetan kejayaan SF dengan menjuarai Pertandingan Nasyid Atr Sekolah2 Agama Peringkat Negeri Perak.. Kejayaan yg dicapai ini merupakan titik tolak perjalanan SF2010 tahun hadapan..

Dari segi lagu dan kawalan vokal Nida menunjukkan kematangan untuk beraksi diperingkat yang lebih tinggi lagi... Namun begitu banyak lagi kelemahan2 yg ketara dan perlu diambil perhatian yang sewajarnya... Kelemahan dari segi mental perlu dibendung bagi memperkasakan kualiti yang ade pada SF. Pertandingan yang disertai ini perlu diambil perhatian dan post mortem perlu dilakukan...

Sinar 2010 semakin cerah jika perkara2 ini mampu diambil perhatian, diperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti terutama dari segi kelancaran, pembawaan lagu, karakter di pentas saingan, komitmen dan usaha yang berterusan.. segala perancangan pasti menjadi kenyataan andai kita tidak alpa dan terlalu selesa dengan apa yang dikecapi kini.

Cabaran buat Nida (thn dpn upgrade jadi SF)...
  • mempertahankan kejuaraan yang dimiliki
  • memperkasakan pencapaian dalam pelajaran
  • memperbaiki segala kekurangan
  • menghalusi segala teknik2 terbaru yang disampaikan
  • sentiasa ada percambahan minda, idea dan kreativiti
  • sasaran strategi kepada Nasyid Belia dan PPDa
  • sentiasa menjaga nama baik Soutul Faizin, Sekolah dan Negeri Perak..
  • penampilan mesti up to date dan tidak statik..
  • memelihara identiti yg sf bina selama ini
Semoga apa yang direncanakan nanti mampu diadaptasi dan di terjemahkan menjadi realiti. Semangat dan tekad perlu disemat bagi memperkemaskini kualiti yang sedia ada menjadi agenda utama menginspirasikan irama kontemporari ke tahap yang lebih tinggi.
Ilal Ghayatul Quswa

No comments:

Post a Comment