Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 June 2009

SEKITAR PERTANDINGAN NASYID ANTI DADAH PERINGKAT NEGERI PERAK 2009

Soutul Faizin? arghhh deme lagi...
hmmm Kinta Utara Soutul Faizin ke?
Sape Wakil Kinta Utara yek?
Ishh Soutul Faizin ke?

SF datang lagi... dengan satu misi... terbuku di hati... menyerap misi


Kemunculan SF kebiasaannya di nanti atau mengundang gundah di hati lawan.. kehadiran SF kadangkala dianggap psiko oleh pihak lawan... kemunculannya menjadikan team lawan gusar dan hilang keyakinan ataupun kehadirannya menjadi pemangkin untuk saingan yg lebih kompetetif. itulah hakikat yang berlaku dari dulu sehingga kini dan penampilan SF kebiasaannya dijadikan contoh atau ikutan lawan pada kemunculan selepas itu.

Teringat bagaimana revolusi nasyid kontemporari di bangunkan oleh SF, bentuk lagu, gaya, style persembahan, runut melodi terkini dan gagasan yg digerakkan SF semuanya menjadi perhatian dan ikutan kepada team2 lain... paling bermakna kehadiran SF dimana2 pertandingan menjadi topik perbincangan dan setiap ahli SF pasti ada peminat tersendiri yang ingin memulakan persahabatan.

Tahun silih berganti, team SF juga diwarnai dengan ahli2 yang datang dan pergi memikul tanggungjawab menggugah kredibiliti. Tahun 2009 menjadi medan mempamerkan kesungguhan memperbaiki pencapaian lalu.. Sejarah menjelaskan bahawa SF tidak pernah ketandusan pelapis dan tidak akan pernah sekali-kali mudah menyerah sebelum pertandingan atau persaingan bermula. Keterampilan SF di setiap venue pasti ada sesuatu yang segar ditampilkan tidak kira dari segi pembawaan lagu, teknik terbaru dan kekuatan SF menampilkan lagu2 terbaru hak cipta tersendiri.

Tahun 2009 telah dan sedang dilalui, satu persatu halangan dan cabaran mampu ditangani sehinggalah kini Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Negeri Perak menjadi medan membuktikan bahawa langkahan ke SMK Burhanuddin Helmi bukan sekadar menonjolkan diri tetapi memikul kredibiliti juri Kinta yang memilih SF bukan suatu kesilapan! Tanggungjawab SF membawa Kinta Utara ke tahap istimewa dan yang paling utama membawa nama Izzuddin Shah kembali mendominasi.

Alhamdulillah semangat dan usaha yang dilakukan membuahkan hasil satu persatu kejayaan yang diraih sehinggalah pertandingan kali ini yang menjadi sasaran membalas misi 2008 yang agak suram. Segala usaha diimplementasikan sepanjang cabaran dan usaha yang dilakukan membuahkan hasil.

Tahniah buat team Soutul Faizin 2009! Selain merangkul KEJUARAAN NEGERI PERAK 2009 Soutul Faizin juga merangkul anugerah SOLO TERBAIK NEGERI PERAK melalui solo SF 2009.... Tahniah buat Ezam!


Mat Kool, Afif dan Anuar telah bersedia menggalas tugasan kali ini... apa jua cabaran yang datang, mereka telah bersedia sepenuhnya...


SF Crew sentiasa bersama SF walau dimana SF berada... kekuatan SF juga bukan terletak dr faktor2 yg dinyatakan tetapi sokongan crew, exSoutul Faizin, pihak sekolah dan warga SIS yang sentiasa mendoakan kejayaan SF


Wajah2 Soutul Faizin 2010! Nantikan kemunculan kami tahun hadapan


Telah bersedia menampilkan sesuatu yang menggemparkan di pentas pertandingan kali ini.


Biar letih sekalipun, senyuman tetap dilemparkan buat semua.. itulah kelebihan warga Izzuddin Shah


Dengan Piala Kejuaraan yang terlepas dari genggaman tahun 2008 kini kembali ke tangan Soutul Faizin


Keceriaan menggambarkan kepuasan sebenar setelah muncul juara... Pengorbanan yang tidak sia2 dan amat berbaloi!


Inilah hasil kerjasama, usaha, pembelajaran dan semangat tidak berputus asa yang diperolehi ketika pert peringkat negeri


"Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..."


Nantikan penampilan kami di Peringkat Kebangsaan... Beberapa kelemahan yg dikenal pasti diperingkat negeri kali ini akan diperbaiki dan dibuat penambahbaikan.


"Satu hati bebaskan kejumudan, ayuh kita sahut cabaran"
"Genggam erat cita-cita harapan, warnakan keterampilan"

TAHNIAH BUAT SOUTUL FAIZIN 2009

No comments:

Post a Comment