Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

19 February 2019

Strategi vs Solusi

Setelah selesai kemelut percussionist... timbul pula isu vokalis... Alhamdulillah calon vokalis yang ramai memudahkan coach dan team membuat percaturan dan pemilihan. Misinya mesti mencapai sasaran dan kemahuan serta adil untuk semua ahli. 

Festival Nasyid Sekolah Sekolah ada perubahan beberapa syarat!!! Sebenarnya syarat-syarat sebegitu yang ditunggu-tunggu kerana ada syarat-syarat yang memihak kepada kepentingan sesuatu pihak dan ada syarat-syarat yang menggusarkan mana-mana pihak. Jika dahulu Soutul Faizin hanya melihat dan mendengar sahaja berkenaan isu-isu FNSS... namun kini kami telah merasai bahang dan drama FNSS yang selalu diwar warkan oleh banyak pihak. 

Pengurusan SouFa telah sepakat supaya segala isu dan dramatari dalam FNSS ini tidak diambil peduli dan tidak sesekali ia menjadi penyebab yang boleh menjejaskan pasukan. Tahun 2019 adalah tahun Soutul Faizin fokus dan membuktikan kredibiliti bahawa kejayaan tahun 2018 bukanlah disebabkan nasib atau isu tetapi kualiti yang kita tonjolkan sewajarnya menjadi asbab untuk SouFa lebih menyerlah bagi tahun 2019.

FNSS perlukan 5 vokalis dan ILMI memerlukan 7 vokalis. Sebenarnya ia tidak menjadi masalah kepada SouFa namun pertimbangan dan percaturan perlu dilakukan oleh Coach dan pengurusan agar ianya adil dan menatijahkan sesuatu yang positif dari percaturan yang dilakukan. 

FNSS kita telah mempunyai 4 vokalis tetap dari FNSS 2018. Siapakah yang akan mengisi 1 lagi slot vokalis bagi merealisasikan misi dan visi SouFa kali ini. Kita mempunyai Zahrul, Wazif dan Idzham yang masing-masing punyai keunikan tesendiri. Pemilihan perlu dilakukan dan saringan terus dibuat bagi menilai dan memberi nilaitambah kepada vokalis yang sedia ada.. setelah saringan dibuat oleh coach, Wazif telah dipilih mengisi kuota FNSS 2019. Yang tidak terpilih semestinya akan terus diserap ke pasukan ILMI. Alhamdulillah segalanya lancar dan keputusan yang dibuat disepakati oleh semua pihak.

Sekali lagi coach ingin membuat pertimbangan terutamanya kepada Zahrul Afiq oleh kerana beliau merupakan antara senior SouFa yang ada. Memandangkan barisan percussionist masih di menengah rendah, Coach telah menawarkan inisiatif bagi membolehkan Zahrul menyertai pasukan FNSS. Coach mencadangkan kepada beliau sekiranya zahrul ingin menyertai FNSS, beliau perlu bermain percussionist dan sanggup belajar dari basic sehinggalah penamat saingan. Coach memberi pilihan kepada Zahrul untuk memilih percussion apa yang dia mahukan dan sanggup untuk bermula semula.

Tawaran coach disambut positif oleh Zahrul dengan memilih untuk beraksi dengan congga. Alhamdulillah percaturan memberikan semua senior merasai bahang FNSS tercapai. Penghargaan harus diberikan kepada Zahrul oleh kerana sanggup bertukar posisi dari vokal kepada percussionist dan kesungguhan itu jelas terserlah oleh kerana beliau tidak memerlukan masa yang lama untuk mengadaptasi corak dan kemahiran bermain alatan.

Untuk pertama kalinya, kem percussionist SouFa rancak  bergerak dan bergiat untuk membantu barisan percussionist muda yang baru digandingkan mendapatkan sentuhan dan kemahiran masing-masing. Diketuai oleh Nazrif alumni SouFa 2011 silih berganti dengan alumni yang lain seperti Azzizul Hakim, Azizul Adha, Azizul Hanif, Amir Amsyar, coach juga membawa masuk Kak Nabihah Faiz dan Kak Sharifah Naweerah, Darwisy Mirza exSouFa sekejap dan beliau bergiat aktif bersama Sofwatunnur, Saudara Ihsan Mat Isa alumni NurRahman dan semestinya pemantau tetap percussionist SouFa tidak lain dan tidak bukan jurulatih dan pembimbing Soutun Najihin suatu ketika dulu dan Little Mujahidin kini iaitu Ust Shamsul.

Syukur segalanya berjalan seperti yang dirancang dan lancar pada saat dan waktu yang ditetapkan. Seluruh warga pengurusan SouFa mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas jasa dan bakti semua yang membantu. Doakan semoga Soutul Faizin mampu membuktikan sesuatu dan membanggakan semua insyaallah.






















Add caption







No comments:

Post a Comment