Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

22 February 2019

Buat Pertama Kalinya terus ke Pusingan Akhir Peringkat Daerah Kinta Utara 2019

Satu lagi sejarah tercatat apabila PPD Daerah Kinta Utara mengumumkan Soutul Faizin terus ke Pusingan Akhir Peringkat Daerah atas kapasiti Johan Menunggu. Terima kasih atas penghargaan dan peluang yang julung kalinya diperolehi oleh SouFa sepanjang penglibatan dalam arena nasyid sekolah-sekolah. Kebiasaannya melalui 2-3 fasa sebelum ke final.. Rezeki.. alhamdulillah.

Namun ia bukan semudah yang disangka... saingan diperingkat zon lagi SouFa telah diketengahkan untuk menjadi benchmark juri terutama sesi soundcheck dan membantu apa-apa keperluan urusetia dalam menyediakan dan memastikan kelengkapan dan kemudahan kepada peserta-peserta yang bertanding dapat diasediakan dan kualiti audio seperti yang juri perlukan..Tugas SF memulakan sesi soundcheck sambil melihat suasana saingan dan seteru pentas yang baru dan perlu diberi perhatian.


Coach seringkali mengingatkan jangan terlalu selesa dan berpuashati dengan apa yang ada. Perlu 100% komitmen dari semua bagi memastikan kualiti terbaik lebih dari tahun sebelumnya. Belum masanya untuk mendabik dada mahupun bersuka ria tetapi perlu belajar dan menimba pengalaman berkali ganda dari biasa..











No comments:

Post a Comment