Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

11 January 2019

Kejutan Luar Jangka 2019.. Tahun Menguji Daya Juang

Tahun 2019 seharusnya menjadi tahun paling ceria buat Soutul Faizin.. namun siapalah kita manusia yang hanya mampu merancang, percaturan Allah juga yang lebih baik. Tugas kita sebagai hambanya menerima dengan redha dan tidak berputus asa. Pasukan dikejutkan dengan kehilangan 6 orang individu terpenting sebelum ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa tersentaknya SouFa family menerimanya. Meor Aziz dan Adam telah bertukar ke sekolah lain pilihan keluarga masing-masing. Manakala Amir Amsyar. Muhammad dan Hafizuddin telah menamatkan zaman persekolahannya di SIS.


Bukan itu sahaja yang menyentap pasukan, tetapi pertukaran salah seorang Guru Penasihat SouFa juga menyebabkan kem SouFa terdiam seketika. Cikgu Nurul Izzatul Aida telah bertukar ke Sekolah Raja Perempuan Taayah! Bunyinya seperti biasa-biasa dan dekat je dengan SiS tetapi untuk pasukan ia sesuatu yang berbeza apabila tinggal seorang sahaja Guru Penasihat ketika ini. Kepada Meor, Adam, Amsyar, Muhammad, Hafizuddin & Cikgu Izzatul Aida terima kasih kami ucapkan atas komitmen dan sumbangan kalian dari dulu hingga kini. Semoga terus maju jaya di tempat baru masing-masing. Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intailah kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan...


Ujian datang dan pergi, kita perlu kehadapan meneruskan perjalanan walau terkesan dihati. Segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Pasukan terus positif dan tidak menjadikan ianya sebagai pembunuh semangat, tetapi perlu melipatgandakan  usaha dan komitmen untuk bergerak dengan perancangan-perancangan yang telah disusun. Patah tumbuh hilang berganti, 3 permata baru telah ditemui dan mengembalikan semula momentum pasukan. Alhamdulillah...syukur Ya Allah... 


Selamat datang Haikal Hafizi & Mohd Afiq kedua-duanya dari Tingkatan 1 dan Izz Tingkatan 2. Kesemuanya adalah percussionist yang telah terpilih menjadi ahli keluarga baru SouFa 2019. Alhamdulillah bakat-bakat baru ini setanding dengan yang telah pergi.. ia terus menjadi pemacu semangat pasukan berusaha dengan lebih kuat bagi tahun 2019.


Amsyar, Muhammad, Hafizuddin, Meor & Adam... Selamat Maju Jaya ditempat baru. Good Luck


Terima kasih Cikgu Nurul Izzatul Aida. Kenangan bersama sentiasa diingatan kami semua.








No comments:

Post a Comment