Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

28 May 2018

Amanah, Visi dan Misi Menggalas Cabaran Negeri Perak 2018

Kejutan masih dirasakan ketika berakhirnya FNSS Peringkat Negeri Perak yang lalu. Usai majlis penyampaian hadiah, rata-rata semua pasukan berkejaran balik ke sekolah kerana malam tersebut adalah hari pertama solat terawih. Kem SouFa masih kaget dan lirikan senyuman masih belum berhenti oleh kerana pencapaian dan persembahan di FNSS Peringkat Negeri berjalan dengan teratur seperti yang dirancang. Syukur yang tidak terhingga dalam susah payah perjalanan puluhan tahun... inilah kali pertama SouFa menjejakkan kaki ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan!!!! Kali ini akan berlangsung di Negeri Perlis Indera Kayangan. Alhamdulillah ala kulli hal....

Ramadhan berjalan dengan pantas, bermakna dan penuh komitmen untuk semua family SouFa. Masing2 bersilih ganti berkunjung ke sekolah membantu persiapan, latihan, menurunkan pelbagai tips dan petua dan macam2 lagi... alhamdulillah kejayaan ini dirasakan begitu bermakna buat semua warga alumni dan ahli SouFa.. Kegembiraan penuh erti, letih berpuasa sama sekali tidak terasa dengan latihan dan latihan sehingga merasakan masa yang suntuk sebelum cuti Aidil Fitri.. 

Alhamdulillah jasa dan komitmen guru2 SouFa juga banyak memberi momentum dalam mengatur strategi, jadual & lokasi latihan disusun atur dengan sangat efisien dan santai. Terima kasih Cikgu Nur Nazihah dan Cikgu Nurul Izzatul Aida. Jasa kalian sentiasa diingatan semua warga.

Terima kasih jurulatih2 negeri dari Sekolah Rendah dan Menengah seluruh Perak yang datang membantu persiapan kami dan banyak perkara dipermudahkan dan disokong sepenuhnya oleh mereka. Studio Little Mujahiddin SK Tambun serta guru2 LM yang osem sejak dari dulu lagi menjadi lokasi kami berlatih bersama dari latihan2 peringkat daerah dan negeri.Jazakumullahu khairan jaza.. 




























No comments:

Post a Comment