Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

02 June 2017

Misi ILMI 2017 Terlaksana


Alhamdulillah ala kulli hal...
Perancangan yang disusun berjalan dengan baik seperti mana latihan rutin. Soutul Faizin sekali lagi mempamerkan kebangkitan dan kelainan bagi persembahan yang ditampilkan. Ternyata peristiwa KDSS Peringkat Daerah Kinta Utara bukan penyebab untuk mereka tidak boleh menyerlah dengan lebih baik...alhamdulillah mereka mempamerkan kebangkitan dramatik.

Secara keseluruhan suasana pertandingan Nasyid ILMi Peringkat Negeri Perak kali ni jelas menampilkan pasukan-pasukan yang baik dan pola persembahan semasa pertandingan berlangsung secara keseluruhan menunjukkan peningkatan yang ketara, Tahniah diucapkan kepada semua pasukan nasyid dari SMAN dan SMTDR dan jurulatih-jurulatih pasukan yang menampilkan idea dan berjaya membawa kepada impak pertandingan yang pasti dinantikan oleh semua. Sudah pasti tahun berikutnya ia menjadi pilihan pemerhati untuk melihat suasana pertandingan.

Tahniah juga diucapkan kepada kumpulan Ainul Yaqin SERATA yang mempertahankan gelaran mereka dengan berkesan seterusnya membawa cabaran kontinjen Negeri Perak bersama Soutul Faizin bagi saingan Peringkat Kebangsaan 2017 yang dijangka berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2017 di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang insyaallah.

Berikut adalah keputusan Pertandingan Nasyid ILMi Peringkat Negeri Perak 2017

Nasyid Kategori Lelaki
Johan : Soutul Faizin Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah
Naib Johan : Soutul Imtiyaz Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah
Ketiga : Ansorullah Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Pulau Pangkor

Nasyid Kategori Perempuan
Johan : Ainul Yaqin Sekolah Raja Perempuan Taayah
Naib Johan : Adnee Voice Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian
Ketiga : Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang

Tahniah buat semua pasukan yang bertanding.. Doakan pasukan yang mewakili Negeri Perak tampil dengan cemerlang di Peringkat Kebangsaan nanti...


































No comments:

Post a Comment