Januari telah berlalu... Febuari bertandang untuk 2016. Tahun yang menjanjikan pelbagai cabaran untuk kita hadapinya dengan pelbagai warna.Saban tahun bayu bertiup membawa melodi rasa yang berbeza. Alhamdulillah tahun 2016 ini kami agak selesa tanpa khabar duka perpisahan. Semoga ianya menjadi sisipan terindah 2016 insyaallah..
Membuka tirai tahun ini Soutul Faizin akan memulakan aksi dengan persembahan khas sempena Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Amanjaya Convention Centre Casuarina Meru 16 hingga 20 Febuari 2016. Insyaallah SF akan cuba menghiburkan pendengar dengan seleksi lagu lama yang diberi nafas baru. Penampilan kali pertama tahun ini SF akan bergandingan bersama Nida Az Zakirin menghiburkan tetamu dan peserta yang bertanding. Semoga persembahan nanti sukses dan memberi impak positif.
Berikut adalah jadual persembahan menarik dari kumpulan-kumpulan pilihan dari Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah dan jabatan kerajaan yang akan menampilkan kelainan, keunikan dan insyaallah kepuasan kepada penonton.
16 Febuari 2016
9 malam
Persembahan Teater Islamik dari Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Perak
17 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
(Kumpulan Angklong yang mewakili Malaysia di Pertandingan Angklong Asia Tenggara dan Johan Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2015)
Sesi malam
Kumpulan Nasyid Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)
18 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
(Ketiga Pertandingan Nasyid PAQIS Peringkat Kebangsaan 2015)
Sesi malam
8.30 malam hingga 10.30 malam
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
(Johan Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2015, Johan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Perak 2015 dan Naib Johan Nasyid ILMI Peringkat Kebangsaan 2015)
Sesi malam
8.30 malam hingga 10.30 malam
(Johan Nasyid IPT Peringkat Kebangsaan 2015)
20 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
Kumpulan Nasyid Ar Ridzuan Jabatan Agama Islam Negeri Perak
Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
8.30 malam hingga 10.30 malam
Teater Islamik MENUNGGU KATA DARI TUHAN oleh Sabri Yunus dan Sani Kopratasa
Semoga majlis ini berlangsung dengan jayanya dan persembahan-persembahan yang dijayakan mampu memberikan impak yang baik kepada penonton.
show solo dari melathi xdek ke?
ReplyDelete