Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

22 January 2014

AGAM CITA 2014

Kini telah bertamu 2014 yang menjanjikan 1001 coretan baru untuk dilalui dan dilazimi. Adat pejuang dirintangi pelbagai kelok hidup yang tidak mampu diduga tetapi mampu diusaha untuk meneruskan survival perjuangan. Begitulah generasi Soutul Faizin 2014…telah dibentuk secara berdikit-dikit bagi mengimbangi antara kemahiran dan pengalaman.

Alhamdulillah Soutul Faizin 2014 secara amnya menampilkan ahli2 pelapis dari Nida AzZakirin 2013  yang dinaik taraf menjadi team utama. Walaupun majoriti mereka adalah menengah rendah, dengan pengalaman dan kemahiran yang digarap, mereka mampu untuk menampilkan sesuatu yang menarik insyaallah. Tirai 2014 dibuka dengan undangan khas Kerajaan Negeri Perak bagi menyerikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak. Alhamdulillah dengan kesempatan yang ada Soutul Faizin tampil secara rasmi dengan barisan pelantun muda yang komited terhadap peluang yang diberi menyajikan tetamu dengan 2 buah lagu Ya Hanana & Sollu Alaik yang disusun atur oleh 211minds memberikan nafas baru dari segi impak penyampaian dan ekspresi selawat secara santai.

Berbaki 4 hari untuk dipersiapkan… mereka berusaha dengan penuh semangat dan gigih dengan latihan bersama jurulatih… Berikut adalah klip2 latihan dan persembahan pembuka tirai 2014 kini ada dilaman youtube Soutul Faizin.



 Latihan 1


Latihan 2
                                          


Hari ke 4 Latihan

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Perak 2014 dan Perasmian Pembukaan Hotel bertempat di Dewan Konvensyen Hotel Casuarina Meru

 Tetamu telah memenuhi Dewan Konvensyen seawal pagi


    Bersama 3 orang kuat Soutul Faizin yang sentiasa memberi sokongan padu


    Keriangan dan kepuasan dengan persembahan yang telah ditampilkan… syabas


 3 orang percussionist lama dan seorang pendatang baru


  Soutul Faizin & Pasukan Koir Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah


Terimalah persembahan khas dari Soutul Faizin untuk semua…

1 comment:

  1. Kemana menghilang pasukan choral speaking???


    Dan kemana menghilang si gigi bersimpang siur@kerolina???

    ReplyDelete