Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 December 2008

GENERASI SOUTUL FAIZIN PERTAMA 1996

Berdiri dari kiri : Khairul Ezwan (Petronas Bintulu), Azwan (Oversea), Gadafi (Audit Negara Putrajaya), Mizam (Org Besar Proton), Firdaus (Pej Daerah Kuantan), Ridzuan (Mahkamah),


Duduk dari kiri: Habib (Bussinessman), Dashriman (Pendidikan Kinta), Azman Razak (INTIM Ipoh), Sharifuddin (ASP Bukit Aman), Hafizul Amin (Petronas KLCC) dan Azatul Ridzuan (JAKIM Sarawak)


Tiada dalam gambar : Mohd Fauzi ( di Jepun ), Mohd Azwan zainal Abidin (Org Besar Menara Rebung Telekom KL), Sahrim (Pegawai Trafik Udara Terminal 3 Subang)


Sebelum ni team nasyid Sek Izzuddin Shah dikenali dengan nama Soutul Syabab (ketika saya tingkatan 1 hingga 3 (1992-1994), kemudian di tingkatan 4 (1995) bertukar nama Soutul Solihin dan apabila tampuk kepimpinan berubah saya dan rakan2 menjenamakan semula team nasyid Sek Izzuddin Shah dengan nama SOUTUL FAIZIN (1996 hingga kini).
Penjenamaan semula ini berjaya mengangkat nama SF dikenali dan digeruni. Individu utama yang benar2 bertanggungjawab mengangkat status SF sejak penubuhannya adalah guru kesayangan kami Puan Hajjah Noor Aini bt Zainal Abidin... terima kasih atas usaha, idea, tenaga, sumbangsaran dan komitmen cikgu kepada kami. Alhamdulillah nama ini terus gah berkekalan dan menjadi satu produk nasyid yang mampu memberikan impak dan landasan kepada Sekolah Izzuddin Shah dikenali.

Apabila nama Soutul Faizin di angkat ia menjadi landasan ahlinya mengecap keseronokan dan kemeriahan bertetepatan dengan namanya...


Berikut adalah antara pencapaian awal SF 1996
Persembahan paling memukau dan bertenaga... 100% berkemampuan utk part suprano! Solo kami dinobatkan solo terbaik Negeri Perak 1996.. tak sia2 menjahit baju dan seluar bagai nak rak malam tu sblm nak bertanding. maklumlah tiada peruntukan utk pakaian. kami gunakan kreativiti jahitan asas yg diterajui K.e, Gadap dan Faiz Dolah.



1. Johan Nasyid Zon 1996

2. Johan Nasyid Daerah Kinta 1996

3. Naib Johan Nasyid Negeri Perak 1996 ( Jab Pen Ngri)

4. Johan Nasyid Program Remaja Bersama Masyarakat 1996 (Trolak Selatan in memory)

5. Johan Nasyid Sekolah Agama Negeri Perak 1996

6. Solo Nasyid Terbaik Negeri Perak 1996

Antara memori indah yang masih terpahat di ingatan:


JATIDIRI PELAJAR MUSLIM PENGGERAK WAWASAN
Lagu dan Lirik : 211 minds, Meor Saiful Nazli & Puan Hajjah Nor Aini
(1996)

Muslimin muslimat maralah ke hadapan
Jatidiri pelajar muslim penggerak wawasan
Tambahkan amalmu tingkatkanlah ilmu
Demi kedaulatan dinul Islami

Tenaga kita asas perjuangan ini
Iltizam kami
memastikan generasi perjuangan ini
melangkah maju tidak gentar

Para mujahid Islamiah
Bangunlah tanamlah semangat jihad di jiwamu
Marilah bersama bersatu hati
Menuju ke jalan Ilahi

Para pejuang berjuanglah
Marilah menuju ke medan jihad
Pandanglah lihatlah sebagai khalifah di dunia
Ia yang menjadikan Rasul sebagai tunggakan mu

Subhanallah
Ya Allah Maha Pemurah
Subhanallah
Ya Allah Maha pengasih

Ikhlas tunaikan perintah Allah
Ikhlas menyumbang fisabilillah
Ikhlas melembut hati yang keras
Ikhlas membasmi mazmumah yang meluas
Ikhlas mempertahankan Islam tidak gentar
Moga tercapai wawasan di cita

Lailahaillah
Tiada Tuhan melainkan Allah

Satu fikrah istiqamah
Berukhuwah dan bermujahadah
Wahai muslimin dan muslimat
Jatidiri penggerak wawasan

Sahutlah seruan tangani cabaran
Demi membina ummah yang cemerlang
Syakhsiah tingkatkan teguh keyakinan
Kukuhkan amalan tempuhi rintangan
Inilah pegangan era pembangunan
Dengan laungan Allahu Akbar

Tegakkan Islam dalam dirimu
Keluarga dan sahabat handai
Tegakkan Islam dalam jiwamu
Masyarakat di kampong halaman

Tegakkan Islam dalam negerimu
Negara dan alam sejagat
Tinggikan syiar dinul Islam
Julanglah ahkamallah…



(Pakar gaya dalam team SF 1996 adalah Mohd Gadafi Walat a.k.a memory chip SF)
berdiri 3 dari kiri

Semasa Sambutan Hari Q Negeri perak


Majlis Makan Malam di Hotel Casuarina


Bersama Guru Penasihat dan Orang Kuat di awal kemunculan Soutul Faizin : Puan Hajjah Noor Aini Bt Zainal Abidin


Gang Sf tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ustzh Sabariah guru idola Gadafi Walat



Catatan Memori

Tahun 1996 merupakan tahun terindah di awal penubuhan SF. Pencarian bakat bermula ketika pertandingan nasyid antara persatuan 1995 yang diadakan di sekolah saban tahun. ketika itu ELS (Persatuan Bahasa Inggeris) muncul juara diikuti oleh PRISMA (Persatuan Sains dan Matematik) dan Persatuan Bahasa Arab. Pn Hajjah Noor Aini mula mengesan bakat2 terpendam ini. ketika pencarian awal dilakukan kami diarahkan menyanyi sorang demi sorang kat bilik guru sambil disaksikan guru2 yang ada kat bilik guru nun... merah padam jugaklah muka masing2 menahan malu, tapi apakan daya dah arahan, buat je le... sesuatu saat yang indah bila dikenang semula.

Ust Mohd menjadi pengkritik utama saya... macam2 lagu disuruh menyanyi... ha ha ha ada gang yg lain lari dari audition azab ni... so asas pemilihan berdasarkan bakat, keberanian dan semangat untuk berjaya. maka tertubuhlah pasukan nasyid ini. bagi menengah rendah, saya mempunyai kuasa autoriti untuk memilihnya. maka dengan bidangkuasa yang ada disamping melihat potensi dari kalangan menengah rendah maka pemilihan Sharifuddin, Habib dan Hafizul Amin terlaksana setelah melihat keterampilan dan kebolehan mereka menjadi pakej lengkap ke arah penubuhan Soutul Faizin.

Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah

Jalan Sultan Azlan Shah

31400 Ipoh

Perak Darul Ridzuan

6 comments:

  1. kannnnn.....tetiba feel miss world 2008 Rusia....matila pendedahan...lariiiiiiiiii......

    ReplyDelete
  2. tgk zaman2 lama ni rasa bertuah sgt SF generasi baru...sponsor banyak, melancong sana sini.. kita dulu perkusi pun tak cukup.. tapi cukup tak cukup pun tetap gah... haha

    ReplyDelete
  3. generasi sf 1996 ni kalo xsilap aku mmg diminati ramai esp dari sekolah2 luar...

    abd duan yg best!

    ReplyDelete
  4. ni la soutul faizin plg best skali!!!!
    abg dwan... we all luv u
    mmmmuah

    ReplyDelete
  5. owhh....bagi alina, alina suka dgn grup nasyid zaman nih....dengar ceritanya hakeemawati masa tu suka sangat buat perhiasan2 busana pakaian nasyid nih..dari lilitan songkok, sampaila ke kasut tumit tingginya...ehh...sori noks, kasut tumit tinggi non ado....

    go on SF...go!! go!! go!!..(sambil pose pom pom gurl)

    -alin alina alinatasha lee-

    ReplyDelete
  6. bongo yg aku kepit tuh.. dari warna kulit cantik sampai la bertaik lalat akibat peluh yg meresap.. dgn trainingnye.. rehearsel bagai.. tonemen lagik.. mane la mende tuh tak belumut hahaha...

    rasanya tgh tahun 1996 baru dpt bongo baru...

    ReplyDelete