Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

18 February 2011

NASYID KONTEMPORARI HILANG ARAH?



Saya telah dijemput oleh Ketua Editor majalah Dewan Masyarakat untuk mengemukakan pandangan tentang hala tuju nasyid masa kini. Jemputan itu diterima sehari sebelum saya bertolak ke Ireland akhir tahun 2006 baru-baru ini. Ia merupakan tajuk yang sering hinggap di fikiran saya. Fikiran yang semakin caca merba setiap kali cuba mengintai perkembangan ‘cabang seni Islam’ di negara kita ini. Lebih tenang bagi saya untuk mengikuti perkembangan muzik Islam di Ireland dan England, berbanding sentuhan anak watan sendiri yang musykil lagi membingungkan.

Artikel telah pun disiapkan dan maklum balas awal yang saya terima, editor menyatakan bahawa idea saya kontra dengan kebanyakan orang lain, yang ditemuramah oleh Dewan Masyarakat, dan yang menyumbangkan artikel di bawah tajuk yang sama. Isu ini akan diterbitkan untuk majalah Dewan Masyarakat keluaran Februari 2007 akan datang.Sungguh jelek, apabila sebuah kumpulan nasyid “™sopan”™ semasa mengadakan konsert, telah menyeru kepada penonton agar tidak menggunakan “˜lighter”™, kerana takut terbakar. Beliau meminta supaya peminatnya menggunakan handphone. Mulanya sukar untuk difahami permintaan itu, kerana siarannya hanya dengan suara di radio Islam negara kita. Rupa-rupanya, beliau menyeru penonton agar mengangkat tangan sambil menghayun-hayunkan handphone sebagai tradisi konsert. Lupa seketika saya kepada definisi nasyid dan tujuannya wujud di alam ini.
Berikut adalah artikel saya yang disiarkan di dalam Majalah Dewan Masyarakat keluaran Februari 2007, namun di sini adalah versi tanpa edit.

NASYID KONTEMPORARI HILANG ARAH?

Sedekad sudah berlalu semenjak kemunculan album pertama kumpulan nasyid Raihan “Puji-pujian” pada tahun 1996. Ia menjadi fenomena kerana berjaya melakukan anjakan paradigma seluruh masyarakat terhadap identiti nasyid sebagai salah satu cabang seni persembahan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan bahkan mengatasi populariti bintang-bintang yang sedia ada, melalui penjualan album yang mencecah 650,000 unit dalam tempoh beberapa bulan, dan sehingga kini mencecah lebih 1 juta. Angka ini menjadikan album “Puji-pujian” sebagai album terbaik di sepanjang sejarah penghasilan album di negara kita dari segi penjualan rekod.

Semenjak kemunculan Raihan, pelbagai lagi kumpulan nasyid muncul. Hingga ke suatu ketika, genre nasyid menjadi teraju utama kepada arus muzik di negara kita. Ia sama sekali telah mengubah banyak aspek yang lazimnya dikaitkan dengan album nasyid sebelumnya. Jika dahulu, album nasyid hanya dijual di gerai-gerai ceramah agama, toko buku Islam dan pasar-pasar malam, kini nasyid sudah pun berjaya menempatkan diri di premis-premis penjualan album utama, di bawah kelolaan syarikat pemasaran bertaraf antarabangsa.
Perkembangan yang dialami oleh seni nasyid di Malaysia mengalami pasang surutnya. Bukan sahaja dari aspek penerimaan masyarakat kepada album nasyid melalui penjualan album, malah kepelbagaian bentuk nasyid juga semakin berwarna-warni hingga timbul pelbagai persoalan di sekitar hala tuju dan masa depan nasyid di negara kita.

Setengah dekad yang pertama semenjak kemunculan Raihan dan yang seangkatan dengannya, nasyid dilihat sebagai suatu bentuk ekspresi seni yang mempunyai identitinya yang tersendiri. Irama nasyid Malaysia menggabungkan elemen Timur Tengah dan Nusantara, menghasilkan kombinasi yang indah serta menepati bahasa jiwa dan perasaan pendengarnya. Sebagaimana lagu-lagu Islam di Turki, negara Arab, Pakistan dan Iran memakai pakaian budaya tempatan, begitu juga di Malaysia. Nasyid Malaysia mempunyai mempunyai identiti dan membentuk genre yang tersendiri.

Selepas menempuh perjalanan masa, unsur yang lebih asing mula menyerap masuk ke dalam pengungkapan irama nasyid Malaysia. Jika dahulu, kebanyakan nasyid menampilkan rentak, lirik dan persembahan yang dekat dengan kemelayuan persekitarannya, kini unsur-unsur yang lazimnya dikaitkan dengan budaya Barat mengambil alih hingga akhirnya menghasilkan “™nasyid kontemporari”™ yang bernada raggae, blues, hiphop dan rock.

MENCARI KELAINAN
Perubahan yang sedemikian sedemikian rupa, berlaku atas beberapa faktor. Antaranya adalah soal desakan untuk menghasilkan kelainan. Setiap album nasyid yang mahu dipertaruhkan di pasaran, perlu berhempas pulas memikirkan elemen baru dan unik, demi untuk menggarap perhatian pendengar dan seterusnya diterjemahkan dalam pencapaian penjualan album yang memberangsangkan. Unsur stereotaip pada irama nasyid, dikhuatiri akan menyulitkan persaingan. Kelainan dan unik, adalah kunci penting untuk survival mana-mana sahaja artis di dalam penghasilan setiap album baru mereka.

MEDIUM MESEJ ISLAM
Selain faktor desakan strategi pemasaran, nasyid tidak lari dari terus dianggap sebagai wadah untuk mesej Islam disampaikan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Perubahan selera masyarakat di dalam cita rasa seni mereka, diambil oleh kumpulan-kumpulan nasyid kontemporari sebagai faktor yang menuntut mereka agar turut berubah dan mengejar trend masyarakat. Dengan cara itu, nasyid boleh tampil dengan imej yang lebih dekat dengan remaja. Dalam erti kata yang lain, perubahan irama nasyid hari ini, dianggap sebagai justifikasi dakwah yang hikmah. Apa yang dimaksudkan dengan hikmah itu adalah mengungkapkan mesej Islam dalam bentuk yang menepati sasaran dakwah, iaitu pendengar nasyid. Nasyid kontemporari dengan genre hiphop dan rock ditujukan sebagai dakwah kepada generasi muda yang hiphop dan rock.
Akan tetapi, kepelbagaian irama nasyid kontemporari ini masih terus menimbulkan perbagai persoalan yang wajar diberi perhatian. Sekurang-kurangnya terdapat dua persoalan utama yang menuntut analisa secara mendalam iaitu:
1. Sejauh manakah nasyid di Malaysia hari ini terus relevan sebagai medium dakwah Islam kepada masyarakat?
2. Sejauh manakah nasyid di Malaysia ini boleh menjadi sebahagian daripada apa yang dinamakan sebagai seni bunyi dan muzik Islam?

NASYID SEBAGAI MEDIUM DAKWAH
Apabila nasyid diperkatakan sebagai medium dakwah, peranannya telah dimainkan dalam konteks itu seawal tahun 80″™an dengan kemunculan kumpulan nasyid seperti Nadamurni yang dahulunya bernaung di bawah pergerakan kumpulan al-Arqam. Walaupun sebahagian daripada lagu nasyid yang dihasilkan merupakan mesej dan kepercayaan yang dipegang di dalam perjuangan kumpulan al-Arqam itu sendiri, secara umumnya album-album Nadamurni diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada kesedaran dan kebangkitan Islam di tahun-tahun 80″™an dan 90″™an. Konsert-konsert nasyid Nadamurni sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat. Malah di era itu, Nadamurni berupaya untuk menembusi kelab-kelab malam dan berganding dengan penyanyi popular, membawa suara Islam ke suatu tempat yang hampir mustahil untuk ditembusi oleh pendakwah biasa. Peranan Nadamurni yang berdakwah menerusi nasyid, turut sama diperkayakan oleh kemunculan album-album nasyid lain seperti album Grup Aspirasi Seni dan nasyid-nasyid Abu Ratib yang diterbitkan semula oleh Pustaka Salam. Begitu juga dengan kemunculan kumpulan nasyid dari kalangan mahasiswa tanah air dan luar negara, khususnya kumpulan Sinaran Azhar. Begitu juga Usrah Al-Wadi yang bernaung di bawah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
Namun, skop pendengar dan peminat kepada nasyid di era ini terhad kepada pelajar-pelajar di sekolah agama, dan mereka yang terbabit secara langsung di dalam lapangan dakwah. Nasyid di era ini lebih berperanan sebagai hiburan alternatif bagi golongan “™agama”™ dan “™dakwah”™. Ia bukan untuk santapan massa.

Hanya dengan kemunculan album Raihan pada tahun 1996 sahajalah, dimensi ini mengalami perubahan dan nasyid buat pertama kalinya berpeluang muncul di media-media siar negara kita dan sampai kepada skop pendengar dan peminat muzik yang lebih luas tanpa sempadan. Lirik nasyid mula mengalami perubahan. Jika sebelumnya, kebanyakan nasyid memperkatakan tentang aspek-aspek perjuangan dan jihad, malah isu-isu semasa umat Islam seperti isu Palestin, Kashmir dan Bosnia, lirik nasyid pasca album “™Puji-pujian”™ mula terbuka kepada memperkatakan tentang subjek yang lebih umum dan boleh dihayati oleh “™orang awam”™.
Jika nasyid didefiniskan sebagai medium dakwah, maka ia sangat bergantung kepada faktor manusia yang membentuk nasyid itu sendiri. Rupa dan warna dakwah adalah intepretasi seorang Da”™ie terhadap apa yang beliau sendiri faham tentang mesej agamanya.Jika nasyid bermaksud dakwah, maka nilai dakwah itu bukan hanya pada lirik dan lagu, tetapi ia sangat terkesan oleh apa yang ditonjolkan melalui keperibadian penyampainya.

Sama ada nasyid tradisional mahu pun yang kontemporari dengan genre hiphop dan rock, latar belakang dan syakhsiah penasyid akan tetap menjadi sebahagian daripada penilaian masyarakat tentang sejauh mana relevannya dakwaan nasyid itu sebagai medium dakwah.Apabila nasyid menjinakkan dirinya kepada genre hip hop, rap pop malah rock, apakah perubahan itu hanya membabitkan perubahan genre lagu, atau genre kehidupan penasyid itu sendiri?Lagu Islam yang datang dari masyarakat hip hop, berbeza dengan lagu Islam yang datang dari masyarakat yang mengimitasi hip hop.

Penghasilan irama hip hop bagi penasyid dari kalangan kaum Muslimin Afro-Amerika di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain, tidak diragui bahawa mereka telah berjaya menepati maksud hikmah di dalam dakwah. Kejayaan ini adalah dengan mengambil kira hip hop sebagai budaya masyarakat setempat. Masyarakat Afro-Amerika berfikir dan berkomunikasi dengan genre hip hop, rap dan raggae. Oleh yang demikian, menyampaikan mesej dakwah melalui lagu hip hop, rap dan raggae adalah sangat menepati maksud hikmah di dalam dakwah.Maka, penasyid seperti Mustaqim Sahir di dalam albumnya “™Upright Song”™ telah berjaya mengungkapkan mesej Islam dengan begitu baik, menepati sasaran komuniti Afro-Amerika di Amerika Syarikat dan dunia umumnya. Tidak ketinggalan, nama-nama seperti Native Deen, Aashiq al-Rasul (AAR) dan Amän,

Hip hop dalam konteks ini, tidak berbeza dengan nasyid negara Arab. Penasyid Arab seperti Abu Ratib dan Imad Rami mengekalkan genre lagu tempatan bersesuaian dengan bahasa jiwa pendengar yang disasarkan.
Mereka ber”™cakap”™ di dalam nasyid dengan bahasa pendengar. Bukan hanya bahasa lisan, tetapi juga bahasa pemikiran.Hal yang sama lebih ketara apabila kita melihat kepada penyanyi genre Ilahi, iaitu istilah yang ditujukan kepada nasyid-nasyid Islam yang klasik di Turki. Lebih 1/3 daripada penduduk Turki merupakan golongan yang dekat dengan tradisi sufism, maka pengungkapan mesej Islam di dalam irama yang mengikut disiplin Ilahi, lebih memudahkan masyarakat untuk menjiwai mesej dakwah yang ingin disampaikan.

Nasyid yang terbit dengan genre budaya masyarakat setempat adalah lebih konsisten dan seterusnya efektif di dalam melaksanakan fungsinya sebagai medium dakwah.
Akan tetapi, apabila penasyid di Malaysia mengubah cita rasa nasyid tempatan kepada irama hip hop, R&B dan yang seumpama dengannya, sejauh manakah peralihan ini menepati maksud dakwah?
Jika ada yang mahu mendekati remaja dengan memperkenalkan nasyid hip hop, apakah genre hip hop di kalangan remaja kita, merupakan suatu budaya dan pemikiran, atau keseronokan dan selera sementara yang datang dan pergi?

Jika mereka memilih hip hop kerana minat, maka tidak mungkin mereka mahu kehidupan mereka diganggu oleh “™nasyid hip hop”™ yang mencelah.Remaja kita yang meminati hip hop, mereka tidak sampai kepada tahap berbudaya dan berfikir secara hip hop. Ia hanya sebuah trend.
Mungkin kerana ini, “™nasyid hip hop”™ Malaysia sukar menempatkan diri sama ada di dalam kategori nasyid, mahu pun di dalam kategori hiphop itu sendiri.

Di dalam dunia hip hop, nasyid hip hop dipersoalkan ketulennya. Apakah ia hip hop atau pseudo hip hop?
Kita mesti bezakan di antara penyanyi hip hop yang mendapat kesedaran Islam lantas menyatakan kesedaran itu melalui hip hopnya, berbanding dengan penyanyi nasyid yang konservatif, mendapat “™kesedaran hip hop”™ lantas meninggalkan imej penasyidnya dan menonjolkan perubahan dari nasyid kepada hip hop. Bukan hanya genre yang diubah, malah syakhsiah turut menimbulkan gelisah.
Manakala di kalangan peminat nasyid yang lebih “™konservatif”™, tentunya mereka sukar untuk menerima kehadiran nasyid sebegini. Mereka akan terus mencari nasyid sebenar!
Istilah “™nasyid sebenar”™, mengundang kita kepada persoalan kedua. Apakah maksud kepada istilah “™nasyid sebenar”™? Bagaimanakah ia didefinisikan?Soalan ini penting kerana jawapannya akan menentukan sama ada nasyid yang kita hasilkan di Malaysia boleh diklasifikasikan sebagai cabarang SENI atau tidak?

NASYID SEBAGAI CABANG SENI ISLAM
Apabila sesuatu hasil karya mahu diangkat sebagai cabang seni, ia mestilah terbit dari disiplin dan dasar yang tertentu. Jika suatu bentuk cara menulis diangkat sebagai seni, maka tulisan itu mestilah mematuhi garis panduan yang tertentu di dalam proses penulisan. Andai suatu bentuk rekaan binaan mahu diangkat sebagai seni, sudah pasti ia direka bina berpandukan kepada ilmu yang mendasari seni berkenaan.

Inilah yang menjadi dilema kepada nasyid di Malaysia. Apakah foundation kepada nasyid kita?
Umumnya nasyid di Malaysia berkembang tidak dalam bentuk suatu seni yang dipelajari. Malah kemunculan kumpulan nasyid di Malaysia banyak bergantung kepada minat dan bakat menyanyi yang ada. Akan tetapi, sejauh manakah penghasilan “™seni”™ mereka disandarkan kepada ilmu dan disiplin?
Paling tidak, berapa ramai penasyid, sama ada penyanyinya, atau yang lebih utama para pencipta lagu nasyid, mempunyai pengetahuan di dalam bidang muzik Islam. Mampukah mereka membaca nota lagu?

Seni, didefinisikan oleh Brittanica Online sebagai “penggunaan skil dan imaginasi dalam penghasilan objek, persekitaran dan pengalaman estetik (indah) yang boleh dikongsi bersama orang lain”. Dalam erti kata yang lain, seni menuntut kepada penghasilan mutu kerja yang indah berasaskan kepada kemahiran dan imaginasi.
Kemahiran terhadap seni muzik Islam, adalah disiplin yang telah sedia wujud di dalam tradisi Islam. A. Shiloah di dalam artikelnya bertajuk “The Dimension of Sound” (The World of Islam ““ diedit oleh Bernard Lewis) membayangkan bahawa disiplin seni Islam berasal usul daripada teknik melagukan bacaan ayat-ayat suci al-Quran, laungan azan dan tradisi fazzãziyyãt dan mawlid itu sendiri. Irama yang dialunkan mempunyai maqam yang tertentu dan keindahan irama yang bersistem ini, dioptimumkan pula oleh pengungkapan lirik yang indah, lazimnya menerusi syair-syair yang kaya dengan nilai estetika.

Kepatuhan terhadap disiplin seni inilah kunci kepada penghasilan seni muzik Islam yang bermutu tinggi. Seni muzik Islam bukan sahaja mampu berperanan sebagai medium dakwah yang berkesan, malah turut diterima sebagai sumbangan Islam kepada kesenian dan tamadun dunia.Malah, kehebatan seni muzik Islam diangkat lebih daripada sekadar hiburan dan santapan emosi. Ia telah dijadikan sebagai instrumen penting kepada teknik merawat pesakit psikiatri, khususnya di era Othmaniyyah Turki, malah seawal zaman Seljuk.

Selepas pembukaan kota Istanbul pada tahun 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah membuka pusat rawatan pesakit psikiatri yang dikenali sebagai Bimarhane-i-Ebulfeth Sultan Mehmed. Di Edirne, pusat rawatan pesakit psikiatri telah dibina sebagai sebahagian daripada kompleks Masjid Sultan Bayazid II dan terus digunakan sehingga tahun 1915. Pesakit dirawat dengan menggunakan teknik muzik Turki yang harmoni, di mana pemuzik akan memetik nota tertentu dan reaksi pesakit direkod. Nota-nota muzik yang menerima reaksi pesakit akan digunakan untuk mencipta lagu khas yang diperdengarkan kepada pesakit itu tadi dari semasa ke semasa.

Prof. Dr. Ayhan Songar yang mengkaji hal ini menegaskan bahawa, rawatan dengan menggunakan muzik Barat yang berteraskan kepada matematik yang jumud, tidak dapat menghasilkan kesan sebagaimana seni muzik Turki yang lebih fitrah. Ini menjadi bukti bagaimana, ada alunan muzik yang merawat emosi, dan ada juga yang mengundang penyakit jiwa!

Hal inilah yang sepatutnya menjadi fokus kepada penasyid yang serius mahu menyumbang kepada pembangunan seni muzik Islam. Penyanyi nasyid kontemporari seperti seperti Sami Yusuf, sangat memberikan penekanan kepada hal ini. Beliau mengungkapkan nasyid-nasyidnya dengan asas ilmu seni yang tinggi. Mungkin kerana tidak mahu dibayangi oleh imej kebanyakan nasyid semasa, beliau lebih suka dikenali sebagai “pemuzik yang berjiwa Islam dan menjadikan Islam sebagai sumber karyanya” dan bukannya sebagai penasyid.

Sebagaimana seorang pendakwah yang menulis perlu belajar selok belok teknik penulisan yang berkesan, atau pendakwah yang berpidato perlu belajar seni pidato yang baik, maka begitulah juga pendakwah yang berdakwah melalui nasyid, mestilah menempuh proses yang sama, menjadikan nasyid sebagai suatu bidang yang ada disiplin tertentu dan bukan hanya didendangkan sesedap rasa.

Jika di negara seperti Turki, seni muzik Islam menjadi subjek yang dipelajari oleh pelajar fakulti Teologi (Ilahiyat) secara teori dan praktikal. Maka, nasyid-nasyid mereka muncul dengan kualiti seni yang tinggi kerana penasyid-penasyid utamanya sendiri, adalah terdiri daripada ilmuan di dalam seni muzik Islam seperti Mehmed Emin Ay dan Mustafa Demirci. Penasyid dan peminat nasyid, masing-masing mengangkat kualiti nasyid berasaskan kepada tradisi seni muzik Islam yang tinggi dan “™evergreen”™.
Dari situlah, nasyid akan memperolehi definisi yang konsisten sehingga istilah “™nasyid sebenar”™ akan mendapat maksud yang lebih jelas dan tepat.

Berbalik kepada nasyid sebagai medium dakwah, maka ia bolehlah diumpamakan sebagai iklan bagi produk yang ingin dipasarkan. Nasyid adalah iklan yang mempromosikan Islam, Allah dan Rasul, agar dekat, dikenali dan diterima oleh masyarakat. Maka, elemen yang perlu ditonjolkan di dalam nasyid itu mestilah subjek dakwah yang mahu disampaikan. Sebuah iklan komersil boleh dianggap sebagai iklan yang berjaya, jika produk yang diiklankan berjaya terjual dengan baik. Namun, sebuah iklan tetap merupakan iklan yang gagal, jika persembahannya hanya mempopularkan pelakon iklan, tetapi produk yang diiklankan tidak terjual. Nasyid yang hanya tertumpu kepada penasyid dan lemah dalam pengungkapan dakwahnya, lantas gagal membentuk trend masyarakat untuk seterusnya menerima Allah, Rasul dan Islam dalam kehidupan, adalah nasyid yang gagal mencapai maksud.

Tegasnya, nasyid mestilah berupaya bertindak sebagai pencorak, dan bukannya tenggelam oleh trend masyarakat yang berubah-ubah dari semasa ke semasa. Lantas nasyid hip hop dan yang seumpama dengannya, mempunyai banyak ruang muhasabah yang perlu difikirkan bersama.
  
                                
ABU SAIF @ www.saifulislam.com

17 February 2011

Muka baru Soutul Faizin 2011





Tak kenal maka tak cinta.... Terimalah seadanya penampilan muka baru skuad SF 2011

16 February 2011

Nasyid, Muzik dan Pandangan....



Nasyid (Arab: أناشيد) merupakan nyanyian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah, dan yang seumpamanya.Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal نشيد , kata jamak أناشيد; juga disebut Nasyid di Malaysia dan Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam. Mengikut tradisinya, Nasyid dinyanyikan secara a cappella, yakni nyanyian mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh kebanyakan Ilmuan Muslim kerana mereka menafsirkan bahawa ajaran Islam adalah melarang penggunaan Instrumen alatan muzik kecuali untuk sesetengah Alatan Muzik Asas (Percussion). Kebanyakan masyarakat pula mengagumi ketulenan dan kesederhanaan dalam muzik.

Generasi terbaharu dalam arena muzik "Nasheed" yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal dalam seni mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan komuniti Islam kerana kebanyakan dari pihak Ilmuan Islam berpendapat pilihan ini adalah suatu kewujudan(Bidaah) keatas Muzik Dalam Islam. Nasheed moden juga turut dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik Nasheed seperti kumpulan Outlandish, Aman, dan artis nasheed solo seperti Dawud Wharnsby Ali, Sami Yusuf, Slave of Allah dan Idris Phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan pandangan banyak masyarakat Muslim serta, ia mampu menjadi pemimpn kepada persembahan artis di Festival Kebudayaan Islam, Konferensi, Konsert dan Pertunjukan (seperti ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artis-artis dan organisasi lain seperti Noor Media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik dlam penerbitan album Nasheednya.

Peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk Nasheed adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat menghasilkan media hiburan Nasheed dalam bentuk klip video dan trek lagu. Sebagai contoh Madinah Tun-Nabi oleh Aashiq al-Rasul Al Mu'allim, Meditation, Hasbi Rabbi (semuanya oleh Sami Yusuf), Du'a oleh Seven 8 Six, Mercy like the Rain oleh SHAAM & Our World oleh Zain Bhikha.

Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.

Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah dibenarkan.


Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia, menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut; Pemandangan yang indah menjadi kelazatan bagi mata; bauan yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebainya.Adakah perkara-perkara yang baik dan lazat ini haram bagi Islam?!

Daripada beberapa dalil Qur’an,setiap benda yang baik lazimnya halal; Oleh itu setiap yang baik dipandang oleh jiwa dengan baik; akal manusia yang sejahtera adalah halal sebagai kerahmatan kepada umat Islam ini dan juga kerana kesyumulan, kelengkapan, dan keberkekalan risalah Islam.

Firman Allah (maksud):
“Mereka bertanya kepadamu:Apakah yang dihalalkan bagi mereka?Bagi menjawabnya katakanlah:Dihalalkan bagi kamu yang lazat-lazat serta baik. “(Maaidah: 4)

Hak mutlak menghalal/mengharam sesuatu adalah milik Allah saja: (maksud):
“Katakanlah:’ Sudahkah kamu nampak baik buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfa’at kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanyaharam dan sebahagian lagi halal?Katakanlah lagi (kpd mereka):Adakah Allah mengizinkan kepada kamu hanya mengada-ngadakan secara dusta terhadap Allah?” (Yunus:59)

Firman Allah (maksud):
“Sesungguhnya merugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak berilmu (sedang Allah memberi rezki kepada sekelian makhluk); dan rugilah (mereka) yang mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka dan tiadalah mereka mendapat petunjuk.” (al An’am: 140)

Firman Allah (maksud):
“Dan kehidupan dunia ini hanyalah LAHWUN dan permainan belaka..” (Ankabut: 64)

RasuluLlah saw pernah menasihati Handzalah, Wahai Handzalah, bergurau ada masanya dan serius ada masanya. Saidina Ali ada menasihatkan:Rehatkan hatimu dr masa ke semasa kerana hati jika dipaksa akan menjadi buta. Juga dari Ali KW:Hati juga merasa jemu sepertimana juga badan merasa jemu; maka carilah perkara-perkara yang menarik untuk menghiburkannya. Telah berkata Abu Darda’:Aku menghiburkan diriku dengan sedikit al Lahwu untuk menguatkan diriku dalam melakukan perkara-perkara kebaikan.

KATA IMAM AL GHAZALI:

Apabila diajukan kepada Imam alGhazali apakah nyanyian termasuk al Lahwu? Beliau berkata:Ya begitulah sebenarnya. Sesungguhnya seluruh dunia adalah al lahwu dan permainan..dan semua guarauan bersama isteri adalah al lahwu melainkan jima’ yang bertujuan melahirkan zuriat. Begitu juga setiap gurauan yang tidak mengandungi kejahatan dan kemaksiatan, maka ia adalah halal. Sebab itulah ada waktu-waktunya makruh mengerjakan solat nawafil (sunat) untuk memberi kerihatan kepada orang yang sering melakukannya. Kerihatan sebenarnya menolong utk terus beramal. Sedikit dalam al lahwu dapat menolong seseorang dalam situasi tegang oleh kerana kita tidak akan mampu untuk sentiasa dalam keadaan serius dan kepahitan sepanjang masa kecuali jiwa para Anbiya’.

Maka al lahwu (berhibur seketika) adalah ubat juga bagi jiwa. Maka allahwu sudah semestinya Harus. Tapi al lahwu seperti mana ubat-ubatan yang lain ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

Jika al lahwu disertai dengan niat ibadah, ia menjadi ketaatan kepada Allah. Sesiapa yang mendengar nyanyian dan muzikal janganlah menganggapnya sebagai sifat terpuji! Tapi hanya sekadar mendapatkan kelazatan dan kerihatan semata-mata.
Manusia mempunyai tingkatan: perkara-perkara yang harus kepada golongan martabat ABRAR (golongan yang baik) adalah kejahatan kepada golongan muqarrabin ( mereka yang sangat hampir dengan Allah) dan seterusnya.
Oleh itu kita mesti mengambil hukum ‘am/pada kadar yang biasa. Bagi yang mengetahui selok belok cara untuk mengubat hati, cara untuk melembutkan hati dan mendorongnya kepada kebenaran, secara pasti dia juga akan tahu bahawa merihatkan hati dengan perkara-perkara begini (lahwun dan la’ibun) adalah ubat yang berguna yang mesti digunakan (al Ghazali).
Nyanyian adalah Harus (dibolehkan) tapi dalam Acuan Islam . Muzik adalah termasuk dalam perkara tabi’iy (asasi) di sisi fitrah manusia. Ia juga termasuk bab Urf (adat resam sesuatu bangsa); ada bangsa yang amat suka kepada muzik dan nyanyian; Islam tidak menghalang sesuatu yang selari dengan fitrah dan diterima oleh urf (adat) atau cara hidup budaya setempat. (Prof Qardhawi, halal ; haram , juga Fatwa Mu’asirat) Bermain gambus dan nyanyian oleh hamba sahaya sudah diamalkan sejak zaman Ali bin Talib dan tiada yang menegahnya..

Malangnya industri musik seperti juga bidang-bidang lain, ia diterajui oleh Barat yang mempunyai muslihat yang jahat terhadap Islam terutama remajanya. Apabila industri muzik; nyanyian itu diterajui oleh Barat, maka umat Islam perlulah berhati-hati, unsur-unsur yang diketengahkan oleh mereka adalah bertujuan melalaikan manusia, menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada manusia meninggalkan kehidupan beragama. Industri muzik Barat juga memperkenalkan pelbagai jenis muzik yang melampau seperti heavy metal, rap, rock, super dance dan lain-lain yang bertentangan dengan fitrah. Ini bertentangan dengan hiburan dalam Islam yang bertujuan memberi sedikit kerehatan kepada jiwa manusia.
Oleh itu rumusannya industri musik dan nyanyian yang harus ialah yang sesuai dengan fitrah manusia, menghibur dan memberi ketenangan kepada jiwa dan mematuhi adab-adab Islam ; ini menuntut kesedaran Islam yang tinggi dari pemuzik dan pencipta lagu Muslim supaya membentuk arahalir industri musik yang tersendiri dan terpisah drpd pengaruh jahat Barat. Sebarang percubaan Barat untuk menghanyutkan umat Islam kepada kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan, mestilah dihalang, menetapi kaedah Masoleh Mursalah (kepentingan awam), Sadd Adz Dhara’iy (menutup pintu-pintu kejahatan) dan Istiqra’ (pungutan suara rakyat) juga Urf (adat budaya tempatan).

PANDANGAN ULAMA” TERHADAP MUZIK

Ulamak yang paling berautoriti dalam hukum-hukum yang baru utk abad ini ialah al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33. siapakah yang berani mengharamkan perhiasan drpd Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan rezki yang baik-baik?….. hingga akhir.
Kesimpulannnya: secara ‘amnya muzik dibenarkan, jika ada larangan terhadapnya adalah kemalangan atau pengecualian disebabkan perlaku penyalahgunaan terhadap muzik itu sendiri.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan. ‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah. ‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan. ‘Ikhwan’: merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?
Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang diarang.

Menurut Prof Lamya’ alfaruqui hukum hudud Islam jika seseorang didapati mencuri alat muzik ini berbedza-bedza mengikut madzhab. Misalnya menurut Syaikh Ibn Abu Zaid al Qairawan, Bakhurah alSa’ad menjelaskan pencuri alat muzik tidak boleh dipotong tangannya. Imam Syafi’iy dalam al Umm menjelaskan seseorang yang didapati bersalah memecahkan peralatan muzik tidak boleh dihukum. Manakala menurut sebahagian ulamak sesiapa yang memecahkan seruling atau sebarang alat muzik, ia layak dkenakan hukuman kerana menjual peralatan muzik itu sah di sisi undang-undang Islam.
Kesimpulan dan tarjih:

1. Menurut Fatwa Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan dan maksiat

2. Menurut al Ghazali, tidak ada perincian syara’ tentang peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kpd zaman(masa), makan(tempat), dan ikhwan(aktiviti muzik); mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus, dan mana-mana alat muzik yang jelik dan dihubungkan dengan kumpulan manusia yang jahat akhlaknya adalah ditegah.

3. Hukum muzik, pemuzik dan peralatan muzik akan sentiasa berubah mengikut keadaan umat dan ulamak semasa.

wallahua'lam

NESB...

13 February 2011

NASYID TIDAK SALAH



JIKA dulu lagu nasyid hanya didengar golongan tua, sekarang ia menjadi kegemaran kanak-kanak, malah remaja dan belia turut terpikat dengannya. Reaksi positif masyarakat terhadap nasyid pasti melapangkan dada, terutama mereka yang menjadikan bidang itu sebagai saluran berdakwah.Tetapi bolehkah berdakwah melalui muzik itu? Bagaimana pula jika lagu itu digubah keterlaluan, sehingga hilang identitinya, apakah masih dikenali sebagai nasyid?

“Apabila bercakap mengenai nasyid, kita akan menyanyikan lagu yang menyedarkan, seperti memupuk keimanan,” kata bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey Johani.Ketika bercakap dalam satu siri ceramah di depan pelajar Kolej Islam Antarabangsa, Batu Muda, Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau menasihati mereka yang bergiat dalam nasyid menyanyikannya dengan baik dan berniat hendak memperjuangkan Islam.

Sekiranya sesiapa hendak menghasilkan bermacam-macam rentak muzik yang kadangkala bunyinya tidak menentu, lebih baik menghasilkan lagu lain, bukannya lagu nasyid.Menurutnya, ini sesuai dengan tujuan penggiat nasyid itu sendiri menjadikan bidang itu untuk mendidik manusia kerana Allah.

“Jika niat betul tidak mencari kepentingan, tidak salah mengguna muzik, hendak nyanyi tidak salah.”Tetapi, katanya, apabila terlebih ia menjadi satu kesalahan. Sama dengan ketawa, ia tidak salah, tetapi lebih-lebih menjadi salah. “Buatlah apa-apa pun muzik tapi jangan berlebihan,” katanya.

Nazrey menegaskan, nasyid satu medium mendidik manusia, kerana tidak semua manusia suka kepada ceramah. Selalunya, mana-mana pihak pun menghasilkan album, tujuan pertamanya hendak jual album terbabit, kemudian hendakkan kelainan, supaya ia dapat menarik perhatian pendengar sekali gus diterima pasaran.Mungkin sebab itulah timbul pelbagai rentak, ada semacam rap atau hip-hop.

“Saya tidak salahkan muzik, tidak ada. Ulama kata haram (muzik), sebab apa dulu kata haram, sebab ia dikaitkan dengan arak dan menjadi halal kerana cari dan dekatkan identiti,” katanya.Penampilan dan persembahan nasyid dalam Islam selalunya sederhana, daripada suara penyanyi yang tidak terpekik sehinggalah pakaian yang diperagakan tidak keterlaluan, sopan dan boleh dijadikan ikutan.

Meninjau hukum nyanyian dan muzik, tidak ada ketetapan yang jelas kepada pengharamannya, malah Al-Qaradawi berani menyatakan Islam membolehkan nyanyian selama ia tiada mengandungi kata-kata yang kotor, cabul dan yang menghasut kepada perbuatan dosa dan maksiat.

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my