Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

25 November 2018

Soutul Faizin di Motif Viral

Melalui rancangan Motif Viral di Astro Ria, ternyata ia memberi impak yang sangat besar kepada Soutul Faizin. Segalanya berubah dengan pantas terutama kesesakan di media sosial Soutul Faizin Official. Fenomena Anta Permana Dato Seri CTDK telah mengubah jadual anak-anak SouFa kepada lebih ketat dan memerlukan komitmen paling tinggi untuk pelajaran dan undangan persembahan pentas.

Persediaan rapi dilakukan sebelum bergerak ke Astro Ria Bukit Jalil dengan latihan rutin, cara berkomunikasi, keterampilan, penyampaian dan sebagainya oleh kerana debaran untuk sekali lagi muncul dikaca tv. Cikgu Nur Nazihah & Cikgu Nurul Izzatul Aida telah menyediakan keperluan dan kelengkapan sebelum bergerak ke Bukit Jalil. Terima kasih Cikgu kerana telah meluangkan masa dan banyak membantu Soutul Faizin sebelum iini dan sepanjang tahun 2018. 

Tahun 2018 sudah pasti menjadikan jentera Soutul Faizin bekerja keras dari wal tahun sehingga penghujungnya. Dengan tularnya Anta Permana, mereka dihujani pertanyaan, jemputan dan pelbagai lagi situasi-situasi yang akan terpahat sebagai kenangan bersama. Memori ini pasti menjadi batu loncatan untuk Soutul Faizin mempersiapkan pasukan dan mengatur langkah bagi tahun 2019.

Terima kasih kepada semua media sosial yang berkongsi kisah dan klip Soutul Faizin, terima kasih Tuan Pengetua dan Guru-Guru SiS, terima kasih ibu bapa anak-anak Soutul Faizin, terima kasih kepada alumni SouFa yang sentiasa bersama, Terima kasih yang tidak terhingga buat Tuan DSP Mohd Sharifuddin Bin Khairuddin (Solo Soutul Faizin 1998) yang telah menyediakan penginapan dan keperluan, terima kasih kepada semua yang menyokong dan mengikuti perjalanan SouFa dari dulu hingga kini dan terima kasih kepada pengurusan Soutul Faizin seluruhnya atas ikatan ukhuwah, kebersamaan dan kekeluargaan kita yang erat. Alhamdulillah...


























































































































































No comments:

Post a Comment