Tiada siapa antara kami yang menyangka cover lagu Dato Seri Siti Nurhaliza yang berjudul Anta Permana menjadi tular seluruh Malaysia dalam masa yang singkat. Bermula dari cadangan Guru Penasihat Cikgu Nurnazihah yang mencadangkan Anta Permana dinyanyikan semula dalam versi SouFa dan dijadikan lagu pemanas vokal sebelum latihan bermula. Menyahut cadangan Cikgu dan pada waktu yang sama di Instagram juga tular dengan Qasidah Challenge, SouFa seperti biasa berlatih dan latihan santai setiap hari sehinggalah Coach 211 merakamnya dan dimuatnaik ke Instagram & Twitter Soutul Faizin Official.
Kelam kabut & sesak dalam tempoh beberapa jam sahaja di media sosial SouFa ketika itu setelah Kak Rozie Abd Razak yang juga merupakan Pengurus dan kakak ipar kepada dato Seri Siti Nurhaliza berkongsi di laman Instagramnya dan Instagram Dato Seri CTDK. Dalam masa yang sama salah seorang dari pihak pengurusan Dato Seri Siti Nurhaliza telah mencadangkan agar lagu Anta Permana versi nasyid / qasidah ini dirakam semula dalam durasi yang penuh.
Sehari selepas itu, Soutul Faizin telah merakamkan lagu Anta Permana ini dalam durasi yang penuh dan fenomena Anta Permana versi nasyid bermula... sehari ke sehari ia semakin tular di semua media sosial yang ada. Alhamdulillah dari sinilah Soutul Faizin semakin dikenali setelah berjaya di Festival Nasyid Sekolah Sekolah Peringkat Kebangsaan sebelum ini.
Selang seminggu, Coach telah menerima panggilan dari produksi Motif Viral yang mahukan Soutul Faizin menerima pelawaan produksi hadir ke Astro Ria untuk menjalani rakaman Motif Viral. Atas persetujuan AF Tuan Pengetua dan ibu bapa anak-anak Soutul Faizin, maka perlawaan diterima dan bermulalah episod "Anta Permana Boys" bak kata pepatah lama Tuah ayam nampak dikaki Tuah manusia siapa yang tahu dan itulah yang berlaku kepada Soutul Faizin ketika itu... Alhamdulillah ala kulli hal... haza min Fadhli Rabbi... syukur...
No comments:
Post a Comment