Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi
Showing posts with label #astro. Show all posts
Showing posts with label #astro. Show all posts

19 March 2019

Festival Nasyid Sekolah Sekolah Kinta Utara 2019 Bermula


Bermula misi dan visi mempertahankan kejuaraan... Sesuatu yang sangat berat dan penuh komitmen untuk diperjuangkan. Pesan Coach 2019 SouFa mesti keluar dari zon selesa dan mencipta kelainan dan tarikan paling ampuh. Persediaan kedua-dua lagu yang sangat teliti menampakkan betapa pengurusan SouFa komited untuk mempersembahkan sesuatu yang menjadi ingatan dan kenangan.

Ahli-ahli SouFa juga tidak lari dari tekanan dan halangan, namun kemahuan mereka membuktikan usaha mereka kali ini perlu ketahap yang dibanggakan dan alhamdulillah mereka mempamerkan alunan dan persembahan yang pasti jadi ingatan... Segala yang diatur berjalan baik dan keutamaan menjaga kesihatan sentiasa diperingatkan supaya tidak menjejaskan persembahan... 


Soutul Faizin berjaya dengan misi mempertahankan kejuaraan dan hampir membolot semua kategori yang dipertandingkan. Mereka datang dengan keazaman dan keterampilan..seawal sampai ke lokasi pertandingan mereka mula menjadi perhatian dan perbualan...pemerhati dari daerah-daerah lain juga hadir untuk melihat dan membuat penilaian.... angkara Anta Permana di Motif Viral mereka diayan seperti artis jemputan... ha ha Apapun terima kasih buat semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat untuk SouFa menggapai impian. Terima kasih sekali lagi buat semua alumni SouFa yang hadir memberi sokongan dan rakan-rakan.


Tahniah buat semua pemenang dan peserta yang bertanding dan mempamerkan peningkatan mutu dan kualiti nasyid Daerah Kinta Utara semakin konsisten dan menjadi tarikan. Tahniah Ainul Yaqin & Soutul Ummah serta rakan-rakan munsyid Daerah Kinta Utara.



















































Klik untuk video Pertandingan Akhir Peringkat daerah Kinta Utara 

👇

Lagu 1

Al Quran Pembawa Rahmat Untuk Umat


Lagu 2

Sumayyah

13 March 2019

Soutul Faizin & Kajian Ilmiah Pencinta Seni


Alhamdulillah... syukur atas segala nikmat dan kurnianya... puluhan tahun Soutul Faizin berjuang secara sendirian... kini usaha, komitmen, penambahbaikan dan pembangunan nasyid peringkat sekolah menengah mula dilihat oleh orang-orang luar dan pencinta seni nasyid sendiri.

Saban tahun Soutul Faizin akan dikunjungi oleh pelbagai siswa siswi dari Institut Pengajian Tinggi, jurulatih-jurulatih dari negeri-negeri, guru-guru pembimbing nasyid dan kunjungan hormat munsyid-munsyid yang ingin melihat perjalanan, kajian seni dan perkembangan SouFa dan ada yang sehingga ke peringkat Master membuat kajian lapangan dan pelbagai. Terima kasih kepada semua kerana melihat usaha-usaha kecil kami ini dan menjadikan perkongsian sejarah dan perjuangan Soutul Faizin sebagai agenda, contoh dan benchmark kepada setiap yang dimahukan. 

Syukur... pihak sekolah, ibu-bapa, guru-guru penasihat, jurulatih-jurulatih, alumni SouFa masing-masing berperanan membantu SouFa terus maju kehadapan. Tiada apa yang kami mahukan... cukuplah sekadar doa dan dokongan kalian untuk SouFa berkembang dan mencipta kejayaan...