Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi
Showing posts with label #nasyid. Show all posts
Showing posts with label #nasyid. Show all posts

29 March 2019

Friendly SouFa & Munsyid Perak


Hubungan SouFa tidak setakat di pentas nyanyian sahaja, tetapi ianya lebih daripada itu. Selain masing-masing mempersiapkan pasukan masing-masing untuk saingan seterusnya, cuti sekolah adalah masa yang tepat untuk mengumpulkan gang nasyid Perak berkumpul, beriadhah dan berukhuwah.

Satu aktiviti alternatif yang sangat baik untuk semua munsyid berkumpul. Bukan sahaja melihat kehebatan mereka menyanyi tetapi waktu cuti sekolah memperlihatkan kemahiran masing-masing menggelecek bola dan bertarung secara sihat. Tahniah IM Azri Naim yang memulakan langkah mengumpulkan anak-anak nasyid Perak dalam satu dimensi yang sangat menarik untuk diperkatakan.

Masing-masing memberi sokongan dan dokongan antara satu dengan yang lain. Masing-masing boleh berkongsi idea dan minat. Masing-masing dapat memperlihatkan bakat dan kelebihan. Atas nama Negeri Perak mereka bersatu dan saling membantu untuk menaikkan kualiti dan martabat nasyid sekolah Negeri Perak. Tidak kira mana-mana kumpulan yang akan mewakili Perak nanti, sokongan padu pasti diberikan...









14 March 2019

Latihan Intensif Percussionist bersama Tetamu Khas SouFa

Memandangkan pasukan 2019 dibarisi oleh semua percussionist junior dan baru, pengurusan mengambil inisiatif dan penglibatan yang ditunggu-tunggu setiap tahun oleh Soutul Faizin selain dibarisi jurulatih percussionist yang sedia ada. Selamat Datang Kak Nabihah Faiz & Kak Sharifah Naweerah ke Sekolah Izzuddin Shah. 

Dari jauh mereka bertandang,
Dari Melaka ke Negeri Perak,
Hajat kami nak manfaatkan peluang,
Ilmu dan Kemahiran dari mahaguru Cik kak.....

Sambil-sambil mereka mempersiapkan pasukan Zahratun Nida SMTDR Batang Padang, sememangnya Coach tidak mahu melepaskan peluang untuk membawa 2 figura ini melihat persiapan... Alhamdulillah mereka bersetuju dan datang dengan pakaian seragam😍😍

Terima kasih yang tidak terhingga dari kami untuk kakak kesayangan ini.. kerjasama yang bukan baru tapi telah terjalin sejak sekian lama....













13 March 2019

Soutul Faizin & Kajian Ilmiah Pencinta Seni


Alhamdulillah... syukur atas segala nikmat dan kurnianya... puluhan tahun Soutul Faizin berjuang secara sendirian... kini usaha, komitmen, penambahbaikan dan pembangunan nasyid peringkat sekolah menengah mula dilihat oleh orang-orang luar dan pencinta seni nasyid sendiri.

Saban tahun Soutul Faizin akan dikunjungi oleh pelbagai siswa siswi dari Institut Pengajian Tinggi, jurulatih-jurulatih dari negeri-negeri, guru-guru pembimbing nasyid dan kunjungan hormat munsyid-munsyid yang ingin melihat perjalanan, kajian seni dan perkembangan SouFa dan ada yang sehingga ke peringkat Master membuat kajian lapangan dan pelbagai. Terima kasih kepada semua kerana melihat usaha-usaha kecil kami ini dan menjadikan perkongsian sejarah dan perjuangan Soutul Faizin sebagai agenda, contoh dan benchmark kepada setiap yang dimahukan. 

Syukur... pihak sekolah, ibu-bapa, guru-guru penasihat, jurulatih-jurulatih, alumni SouFa masing-masing berperanan membantu SouFa terus maju kehadapan. Tiada apa yang kami mahukan... cukuplah sekadar doa dan dokongan kalian untuk SouFa berkembang dan mencipta kejayaan...


























05 March 2019

Soutul Faizin Di Universiti Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim


Alhamdulillah satu demi satu undangan dapat dipenuhi oleh Soutul Faizin. Kali ini menjayakan persembahan khas di sini pula. Pendedahan dan pengalaman sememangnya sangat-sangat diperlukan oleh ahli-ahli SouFa membiasakan diri dengan penonton, interaksi dan suasana setiap majlis yang berbeza. Sekiranya tarikh progam bertembung dengan program sekolah, Soutul Faizin akan memberi keutamaan kepada sekolah dahulu. Paling penting undangan ketika hujung minggu insyaallah mampu dijayakan. Terima kasih kepada pihak sekolah yang sentiasa memberi peluang kepada SouFa dan sokongan untuk kumpulan ini lebih berjaya seterusnya.

Semoga persembahan yang dijayakan dapat memuaskan hati semua yang mendengar dan penganjur berpuashati dengan ekspektasi yang dimahukan dari SouFa... Terima kasih sekali lagi atas undangan dan kepercayaan kepada SouFa untuk bersama-sama menjayakannya. Layanan urusetia terbaik dan tip top👍👍👍