Alhamdulillah... syukur atas segala nikmat dan kurnianya... puluhan tahun Soutul Faizin berjuang secara sendirian... kini usaha, komitmen, penambahbaikan dan pembangunan nasyid peringkat sekolah menengah mula dilihat oleh orang-orang luar dan pencinta seni nasyid sendiri.
13 March 2019
Soutul Faizin & Kajian Ilmiah Pencinta Seni
Alhamdulillah... syukur atas segala nikmat dan kurnianya... puluhan tahun Soutul Faizin berjuang secara sendirian... kini usaha, komitmen, penambahbaikan dan pembangunan nasyid peringkat sekolah menengah mula dilihat oleh orang-orang luar dan pencinta seni nasyid sendiri.
26 January 2019
Karya FNSS 2019
Setelah tempoh bertenang melalui fasanya.. tanggungjawab terbesar 2019 adalah misi mempertahankan kejuaraan FNSS Daerah Kinta Utara, Negeri Perak dan merealisasikan cita-cita menggenggam kejuaraan FNSS Peringkat Kebangsaan. Misi besar yang memerlukan 1001 komitmen dan penambahbaikan agar Soutul Faizin 2019 lebih realistik dan segar dengan idea dan sentuhannya.
Coach 211 mengambil tanggungjawab merekayasa lagu Masri 2019 manakala Coach Arif Azfar didambakan sentuhan kontemporarinya. Irama Masri ditetapkan berbentuk masri asli yang segar luar dari kebiasaan dengan menampilkan pelbagai sisi teknik dan taktik lagu. Irama kontemporari pula setelah persetujuan dicapai, SouFa mencuba sisi baru bertemakan sejarah dan nasyid kontemporari moden yang memenuhi kehendak terkini dan menepati tagline Soutul Faizin dari dulu iaitu " Irama Kontemporari Menggugah Misi" sebagai momentum untuk pendengar membiasakan diri mendengar dan memberi perhatian kepada karya-karya SouFa.
Alhamdulillah kedua2 lagu siap mengikut jadualnya. Dipersembahkan kepada pakar-pakar lagu untuk diperdengarkan satu persatu dan ditambahbaik. Bermulalah transformasi penciptaan karya FNSS 2019 dari A hingga Z... Terima kasih kepada pakar-pakar, alumni dan rakan-rakan terdekat yang banyak memberikan komentar, bantuan, sisipan, cubaan dan komitmen menambahbaik karya Soutul Faizin.
Barisan alumni juga turun padang membantu ketika waktu lapang tau cuti semester. Mereka sedar tahun 2019 barisan percussionist SouFa adalah semua dari muka baru.
Pemandangan rutin setiap kali selesai sesi latihan SouFa. Tempat menghilang haus, berdiskusi, dan masing-masing memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan pasukan... Alhamdulillah syukur punyai mereka...
Latihan bermula dari gazebo, kelas, dewan, astaka dan tepi padang bersilih ganti bagi memberi kelainan suasana dan mood latihan.
Menu wajib berjemaah menghabiskannya bagi mereka-mereka yang kekenyangan... Ringan-ringan istilah manjanya...
Catatan lirik dari Coach satu persatu sehingga selesai lagu...
Seperti biasa setiap kali lagu baru, pasti kerutan dan pemahaman secara intensif diwajibkan kerana setiap kali latihan, perbezaan demi perbezaan sentiasa berlaku dan mengejutkan...
Apapbila sesi latihan selesai, coach akan memberikan komen dan cadangan untuk diberi perhatian.
Latihan menghafal lirik dan menceritakan sinopsis lirik bagi melihat pemahaman ahli-ahli terhadap lagu dan sentiasa dipantau.
Gambar yang punyai 1001 rasa... sebab apa mereka bergambar seperti itu.. ha ha ha
sesi tamat latihan berakhir dalam situasi seperti ini mengikut menu...
Nampak mudaj tapi payah untuk mengenalpasti hasrat dan kemahuan coach terhadap sesebuah lagu. Namun atas komitmen dan mereka rajin belajar dan menerima, segalanya melalui proses pembelajaran yang penuh makna... Alhamdulillah...
Dari rumah ke mamak, mengopi pula di MCD .... sambung sampai 2-3 pagi berganti hari...IM Azri Naim antara individu penting yang membantu menyiapkan lagu Masri SF. Sikap profesional yang wajar menjadi contoh kerana beliau juga sebenarnya merupakan pencipta lagu dan lirik untuk kumpulan kesayangannya AzZahidin. Namun beliau tidak pernah lokek dan berkira berkongsi idea dan rasa kepada Soutul Faizin dari dulu lagi. Walau beliau bukan alumni SouFa, hubungan rapat dengan alumni SouFa dan semua mengenalinya menjadikannya sebahagian dari #soufafamily ...
Masa yang agak lama dan untuk membiasakan diri dengan lagu dan idea serta cubaan demi cubaan dilakukan sebelum coach melihat hasil garapan pasukan dan memberikan cadangannya pula.
19 January 2019
Kerja Keras Bagi Permulaan Tahun 2019
Percaturan dan Perancangan mula rancak di awal tahun 2019. Beberapa strategi yang telah diaturkan oleh Coach perlu dilaksanakan bagi mengimbangi potensi dan bakat anak-anak Soutul Faizin supaya ianya terus gemerlap dan mampu menjadi inspirasi kepada pasukan lain walaupun sedikit. Coach telah mensasarkan lonjakan dan kejutan perlu dibuat bagi meneruskan agenda 2019.
2 percaturan yang perlukan penyusunan banyak perkara bagi menghadapi Festival Nasyid Sekolah-Sekolah merupakan sasaran uatama oleh kerana tanggungjawab Soutul Faizin mempertahankan gelaran dan Ihtifal Ilmi Sekolah Sekolah Agama Negeri Perak ILMI menjadi buruan oleh kerana telah ada pasukan pilihan iaitu penyandang Juara 2018.
Strategi kejutan dari Coach adalah meletakkan Zahrul sebagai percussionist di FNSS dan vokal di ILMI. Ramai yang terkejut dan berteka teki tentang percaturan tersebut. Setelah penerangan diberi dan taktikal Coach difahami barulah pasukan mula nampak apakah strategi dan apakah itu konsistensi. Alhamdulillah Zahrul Afiq menyahut seruan Coach dengan belajar semula basic percussion sehingga berjaya dengan silih berganti Coach percussionist datang mengajar . Terima kasih Nazrif Nordin, Ust Shamsul, Nabihah Faiz, Darwisy Mirza dan Ihsan NR yang sudi membantu dan berkongsi ilmu dan kemahiran masing-masing.
Selain Zahrul 3 orang percussionist cilik diserapkan untuk menimba pengalaman tersebut dan Alhamdulillah masing-masing punyai kecekapan dan sikap ingin belajar yang tinggi. Tahniah gang percussionist & krew... memberi keyakinan bahawa sesuatu yang istimewa akan dibawakan oleh SouFa bagi tahun 2019 insyaallah... Januari-Mac merupakan latihan intensif pasukan dalam menggilap potensi vokalis SouFa. Pelbagai pendedahan dan perkongsian terus menerus diberikan untuk membina keyakinan dan konsistensi pasukan. Alhamdulillah bahagian vokalis tidak mempunyai sebarang masalah oelh kerana rata-ratanya mempunyai pengalaman dari tahun 2018 yang lepas.
25 August 2018
Warkah Ukhuwah
Lirik : Shuhaidah Hassan, Sharifah Naweerah & 211minds
Pelantun : Soutul Faizin 2018
...........
CAHAYA ATAS CAHAYA
RASULULLAH PERNAH BERSABDA
DICEMBURUI ANBIYA & SYUHADA
BERUKHUWWAH HANYA KERANANYA
HANYA DEMI CINTA DAN REDHA
.............
MENTARI BERBISIK
REDUP BAYU MENGALUN ASYIK
CAMAR GEMERSIK
SARWA BUANA SENYUM MERISIK
GORESAN ALAM YANG MAHA RAFI’ ...
HMM...
.............
TERPALIT DI BUMI
LUMPUR HASAD TIDAK BERTEPI
BEDA DISERGAH
KEEGOAN MEMBUAI RASA
KETAMAKAN CINTA DUNIA...
AAA...
.............
ANGKUHMU MELUNTUR WARNA KEIMANAN
MEMBUNCAH KALBU LEMAS DIHANYUT KEPURAAN
SANGGA HIDUP GOYAH DEK ALPA YANG MENGGUGAH
ANDAI TERSUNGKUR MANA KAN KAU REBAH
.............
MANIS FIRMANNYA MENGUTUS CITRA
SEMUA INSAN BERSAUDARA
AMPUH BANGSA SEIA SEKATA
UMMAH BERHARGA NUSA MERDEKA
.............
BERGANDINGAN MEMACU PRAKARSA
YANG KERUH DIJERNIHKAN SEMULA
GENERASI PERKASA TERBELA
BERBIAS REDHANYA
.............
JALINKAN IKATAN
SILATURAHIM MAKMURKAN
RAI PERBEZAAN
REALISASI PERSEFAHAMAN
SANTUNI MAKNA PERSAUDARAAN
.............
UMPAMA SERAWAN JALA
BENANG DIRAJUT SEMPURNA
HIKMAT SANG NELAYAN KALA MERENTASI SAMUDERA
UKHUWAH BAWA BAHAGIA
TELUS MENENUN MAWADDAH DI SUKMA
LERAI DUKA NESTAPA
DIPAYUNGI RAHMAT ESA
.............
KALAM DINUKIL SETULUS HATI
WADAH NUBARI TANDA PEDULI
BERLAPANG DADA SALING MAAFI
BURAM DI JIWA BERSINAR KEMBALI
.............
CARILAH HIKMAH DALAM UKHUWWAH
BERSAUDARALAH KERANA ALLAH
CINTA SYURGA TAUTAN MAHABBAH
JALINAN AKIDAH
10 August 2018
Sirna Taqwa





















































