Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 January 2019

Karya FNSS 2019


Setelah tempoh bertenang melalui fasanya.. tanggungjawab terbesar 2019 adalah misi mempertahankan kejuaraan FNSS Daerah Kinta Utara,  Negeri Perak dan merealisasikan cita-cita menggenggam kejuaraan FNSS Peringkat Kebangsaan. Misi besar yang memerlukan 1001 komitmen dan penambahbaikan agar Soutul Faizin 2019 lebih realistik dan segar dengan idea dan sentuhannya.


Coach 211 mengambil tanggungjawab merekayasa lagu Masri 2019 manakala Coach Arif Azfar didambakan sentuhan kontemporarinya. Irama Masri ditetapkan berbentuk masri asli yang segar luar dari kebiasaan dengan menampilkan pelbagai sisi teknik dan taktik lagu. Irama kontemporari pula setelah persetujuan dicapai, SouFa mencuba sisi baru bertemakan sejarah dan  nasyid kontemporari moden yang memenuhi kehendak terkini dan menepati tagline Soutul Faizin dari dulu iaitu " Irama Kontemporari Menggugah Misi" sebagai momentum untuk pendengar membiasakan diri mendengar dan memberi perhatian kepada karya-karya SouFa. 


Alhamdulillah kedua2 lagu siap mengikut jadualnya. Dipersembahkan kepada pakar-pakar lagu untuk diperdengarkan satu persatu dan ditambahbaik. Bermulalah transformasi penciptaan karya FNSS 2019 dari A hingga Z... Terima kasih kepada  pakar-pakar, alumni dan rakan-rakan terdekat yang banyak memberikan komentar, bantuan, sisipan, cubaan dan komitmen menambahbaik karya Soutul Faizin.


Barisan alumni juga turun padang membantu ketika waktu lapang tau cuti semester. Mereka sedar tahun 2019 barisan percussionist SouFa adalah semua dari muka baru.


Pemandangan rutin setiap kali selesai sesi latihan SouFa. Tempat menghilang haus, berdiskusi, dan masing-masing memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan pasukan... Alhamdulillah syukur punyai mereka...


Latihan bermula dari gazebo, kelas, dewan, astaka dan tepi padang bersilih ganti bagi memberi kelainan suasana dan mood latihan.


Menu wajib berjemaah menghabiskannya bagi mereka-mereka yang kekenyangan... Ringan-ringan istilah manjanya...


Catatan lirik dari Coach satu persatu sehingga selesai lagu... 


Seperti biasa setiap kali lagu baru, pasti kerutan dan pemahaman secara intensif diwajibkan kerana setiap kali latihan, perbezaan demi perbezaan sentiasa berlaku dan mengejutkan...


Apapbila sesi latihan selesai, coach akan memberikan komen dan cadangan untuk diberi perhatian.



Latihan menghafal lirik dan menceritakan sinopsis lirik bagi melihat pemahaman ahli-ahli terhadap lagu dan sentiasa dipantau.


Gambar yang punyai 1001 rasa... sebab apa mereka bergambar seperti itu.. ha ha ha


sesi tamat latihan berakhir dalam situasi seperti ini mengikut menu...


Nampak mudaj tapi payah untuk mengenalpasti hasrat dan kemahuan coach terhadap sesebuah lagu. Namun atas komitmen dan mereka rajin belajar  dan menerima, segalanya melalui proses pembelajaran yang penuh makna... Alhamdulillah...


Dari rumah ke mamak, mengopi pula di MCD .... sambung sampai 2-3 pagi berganti hari...IM Azri Naim antara individu penting yang membantu menyiapkan lagu Masri SF. Sikap profesional yang wajar menjadi contoh kerana beliau juga sebenarnya merupakan pencipta lagu dan lirik untuk kumpulan kesayangannya AzZahidin. Namun beliau tidak pernah lokek dan berkira berkongsi idea dan rasa kepada Soutul Faizin dari dulu lagi. Walau beliau bukan alumni SouFa, hubungan rapat dengan alumni SouFa dan semua mengenalinya menjadikannya sebahagian dari #soufafamily ... 


Masa yang agak lama dan untuk membiasakan diri dengan lagu dan idea serta cubaan demi cubaan dilakukan sebelum coach melihat hasil garapan pasukan dan memberikan cadangannya pula.



Lokasi berhadapan koperasi SiS merupakan lokasi paling favourite bagi sesi latihan SouFa dari dulu hingga kini. Dan untuk pengetahuan semua rakan-rakan SouFa tidak mempunyai bilik latihan mahupun segala kelengkapan seperti tanggapan sesetengah rakan-rakan. Itulah SouFa dari dulu hingga kini. Bersyukur dengan apa yang ada dan mendapat sokongan guru-guru pun sudah memedai untuk SouFa rasa dihargai...



Gandingan yang menjadi... dua-dua pakar Bahasa Inggeris. pakar buat lagu, pakar menguruskan isu dan pakar dalam bab2 mendengar kesumbangan untuk dibetulkan.


No comments:

Post a Comment