Dari sinilah ia disusun dan dirancang mengikut bulan dan jadual kemungkinan terutama bagi ahli-ahli SouFa yang telibat dengan kelas peperiksaan. Family day juga bukan sekadar bercuti semata tetapi ianya diisi dengan perkongsian ilmu, percambahan pendapat, latihan santai, riadhah dan slot motivasi. Terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus sepanjang tahun, penyumbang-penyumbang dana, penaja percutian dan lain-lain lagi.. Alhamdulillah syukur atas nikmat dan kurniaNya...
Pulau Pangkor menjadi destinasi pilihan family day kali ini. Lokasi yang agak dekat, berbaloi, selesa dan mudah untuk berurusan. Segalanya dipermudahkan alhamdulillah... Berkumpul di rumah Coach sehari sebelum perjalanan, menyinggah di Sitiawan Bowl untuk aktiviti pertama... perlawanan boling, bergerak ke lokasi dan kami memilih Teluk Nipah sebagai lokasi berprogram.
3 hari 2 malam penuh dengan aktiviti dan santai memberi peluang kepada semua ahli-ahli berehat dan bergembira sepuasnya memandangkan ianya masih dalam tempoh cuti persekolah an. Alhamdulillah masa yang berkualiti untuk kami bersama sepanjang program berjalan...
No comments:
Post a Comment