Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

06 September 2018

Soutul Faizin dan Khidmat Masyarakat

Alhamdulillah... selain dari nasyid dan persembahan semata-mata, Soutul Faizin juga tidak ketinggalan bersama-sama menjejakkan kaki dalam bidang kemasyarakatan. Dana dari persembahan sedikit sebanyak dikumpul dan dikongsikan. Alhamdulillah walau sedikit, sekurang-kurangnya dapat membantu rakan-rakan SiS yang menyambung pengajian, dalam musibah, tajaan program-program tertentu, melunaskan kesulitan yang dihadapi ahli, alumni dan masyarakat. Terima kasih khasnya buat Cikgu Nurul Izzatul Aida, Cikgu Nurnazihah dan YB MMC Syed Ammar yang menyusun atur program, mencari ruang dan peluang serta memberi pendidikan dan pengalaman kepada ahli-ahli Soutul Faizin belajar, menimba pengalaman dan turun padang secara praktikalnya.. Terima kasih 


Bagi tahun 2018, selain dari program-program yang dinyatakan, pasukan telah sebulat suara memilih Rumah Warga Tua Seri Kenangan Ulu Kinta untuk bersama-sama menyantuni mereka dan menghiburkan warga disana. Alhamdulillah pihak pengurusan dan pentadbiran Seri Kenangan berbesar hati menerima kunjungan dan program yang diatur secara bersama dapat dijayakan oleh anak-anak Soutul Faizin. Selain berprogram, menyantuni warga seri kenangan dengan pelbagai aktiviti, SouFa telah dijemput untuk menghiburkan penghuni Seri Kenangan secara santai melalui nyanyian. Penerimaan mereka sangat mengujakan oleh kerana mereka sangat mesra dan tergambar diwajah mereka rindukan keluarga dan keletah anak-anak. Kita doakan agar mereka diberikan kesihatan dan kebahagiaan dalam bentuk yang lain bagi mengubat kisah bagaimana mereka ditempatkan disana. Nasib kita belum tahu lagi bagaimana pengakhirannya. 


Begitulah penangan program yang diatur ini mudah2an menjadi asbab untuk anak-anak SouFa berjiwa besar, saling menghormati, dan punyai rasa dan tanggungjawab tehadap apa yang berlaku disekeliling. Nilai kekeluargaan da kebersamaan semestinya menjadi fokus utama sebelum mereka membentuk Soutul Faizin. Insyaallah... doakan kejayaan mereka di dunia dan akhirat, cemerlang sahsiah dan akademik serta berbakti kepada keluarga dan masyarakat. Amiin..
















































25 August 2018

Warkah Ukhuwah

Lagu : Shuhaidah Hassan & Sharifah Naweerah

Lirik : Shuhaidah Hassan, Sharifah Naweerah & 211minds 

Pelantun : Soutul Faizin 2018


...........


CAHAYA ATAS CAHAYA

RASULULLAH PERNAH BERSABDA 

DICEMBURUI ANBIYA & SYUHADA 

BERUKHUWWAH HANYA KERANANYA 

HANYA DEMI CINTA DAN REDHA


.............


MENTARI BERBISIK

REDUP BAYU MENGALUN ASYIK

CAMAR GEMERSIK

SARWA BUANA SENYUM MERISIK

GORESAN ALAM YANG MAHA RAFI’ ... 

HMM...


.............


TERPALIT DI BUMI

LUMPUR HASAD TIDAK BERTEPI 

BEDA DISERGAH

KEEGOAN MEMBUAI RASA 

KETAMAKAN CINTA DUNIA... 

AAA...


.............


ANGKUHMU MELUNTUR WARNA KEIMANAN 

MEMBUNCAH KALBU LEMAS DIHANYUT KEPURAAN 

SANGGA HIDUP GOYAH DEK ALPA YANG MENGGUGAH 

ANDAI TERSUNGKUR MANA KAN KAU REBAH


.............


MANIS FIRMANNYA MENGUTUS CITRA 

SEMUA INSAN BERSAUDARA

AMPUH BANGSA SEIA SEKATA 

UMMAH BERHARGA NUSA MERDEKA


.............


BERGANDINGAN MEMACU PRAKARSA 

YANG KERUH DIJERNIHKAN SEMULA 

GENERASI PERKASA TERBELA 

BERBIAS REDHANYA


.............


JALINKAN IKATAN 

SILATURAHIM MAKMURKAN 

RAI PERBEZAAN 

REALISASI PERSEFAHAMAN 

SANTUNI MAKNA PERSAUDARAAN


.............


UMPAMA SERAWAN JALA

BENANG DIRAJUT SEMPURNA

HIKMAT SANG NELAYAN KALA MERENTASI SAMUDERA 

UKHUWAH BAWA BAHAGIA

TELUS MENENUN MAWADDAH DI SUKMA

LERAI DUKA NESTAPA

DIPAYUNGI RAHMAT ESA


.............


KALAM DINUKIL SETULUS HATI 

WADAH NUBARI TANDA PEDULI 

BERLAPANG DADA SALING MAAFI 

BURAM DI JIWA BERSINAR KEMBALI


.............


CARILAH HIKMAH DALAM UKHUWWAH 

BERSAUDARALAH KERANA ALLAH 

CINTA SYURGA TAUTAN MAHABBAH 

JALINAN AKIDAH










24 August 2018

Soutul Faizin Juara Festival Nasyid Gema Kontemporari Peringkat Negeri Perak 2018

Warkah Ukhuwah datangnya dari Selatan Tanahair.. Dicipta oleh Sharifah Naweerah & Shuhaidah Hassan yang datangnya dari Bandaraya Bersejarah. Kebiasaan kolaborasi dengan ikon munsyid Melaka ni dengan Soutul Faizin setakat lirik dan pandangan dari kacamata seorang pendengar wanita. Namun bagi saingan Gema Kontemporari 2018, Coach telah membawa satu lagi dimensi kolaborasi dengan mempertaruhkan Warkah Ukhuwah hasil dari air tangan mereka dan digabungjalin dengan idea coach & anak-anak SouFa.

Alhamdulillah... apabila kali pertama lagu diperdengarkan, keterujaan itu bermula seawal rangkap pertama, masing-masing membayangkan sesuatu akan menggegar di pentas saingan nanti. Latihan demi latihan, perbincangan bersilih ganti dan komiten anak-anak SouFa yang tidak berbelah bagi walaupun perlu membahagikan masa dengan pelajaran dan persediaan peperiksaan akhir tahun. Segala perancangan dan percaturan berjalan dengan amat baik, kesihatan juga ditahap terbaik dan mood persaingan bertambah memuncak oleh kerana "vibes" FNSS masih lagi berlegar dikalangan ahli-ahli SouFa yang mula mencuba banyak dimensi baru untuk kelainan dalam persembahan.

Terima kasih buat jentera alumni yang datang bersilih ganti memberi sokongan, bantuan dan sentiasa mengikuti perkembangan sehinggalah ke hari pertandingan. Alhamdulillah nikmat ukhuwah ini yang sebenarnya dirasakan. Senior dan junior bersatu demi melihat kelangsungan Soutul Faizin terus relevan hingga kini. Natijah dari usaha dan komitmen semua Soutul Faizin berjaya mempertahankan kejuaraan Gema Kontemporari 2018 musim ke 2.. Alhamdulillah ala kulli hal... Terima kasih semua atas sokongan dan pengalaman yang ditimba.....