Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 May 2018

Festival Nasyid Sekolah Sekolah Peringkat Negeri Perak 2018

Harapan dan keinginan selama ini menyertainya kini telah berada digenggaman. Usaha yang berterusan dan komitmen luar biasa menjadi taruhan. Jika mahu melakar sejarah pertandingan, inilah masanya membuktikan kemampuan. Menjelang pertandingan apa yang lebih menjadi keutamaan adalah menjaga kesihatan dan menyusun 1001 alternatif dan menggempur halangan. Peluang yang datang sudah semestinya menjadi idaman zaman berzaman dan kesempatan yang diberikan, Soutul Faizin perlu tunjukkan segala keistimewaan. Memikat juri dengan karya menjadi sandaran, memukau hadirin dengan kemerduan merupakan keutamaan dan mempersiapkan mental dan fizikal semapuhnya kerana saingan bukan calang-calang jagoan. 

Hari yang dinantikan detiknya telah menjelang sehari sebelum Ramadhan dan bersamaan Sambutan Hari Guru diraikan seluruh negara. Sesi pagi selesai dengan saingan Sekolah Rendah, sesi petang memulakan aksinya dengan penampilan Az Zahidin dari SMKA Kerian. Semua pasukan mempamerkan kehebatan dan kehandalan, tiba giliran Soutul Faizin tampil membuktikan harapan.

Alhamdulillah segalanya dipermudahan, perancangan yang diatur berjalan tanpa kecacatan, anak-anak SouFa tampil menawan dengan semangat berjuang habis habisan. Segala yang dipertaruhkan telah disampaikan dan diterjemahkan.

Soutul Faizin mencipta sejarah sulung dalam penampilan di FNSS Peringkat Negeri Perak dengan 1001 kesyukuran dan kepuasan. Ia adalah hadiah sempena Hari Guru dan sambutan Ramadhan buat semua warga Alumni SouFa & warga Sekolah Izzuddin Shah khasnya. Terima kasih atas bantuan, sokongan dan mendoakan kejayaan.. Allahu.. ia sejarah... ia rekod dan ia pencapaian sulung FNSS bagi Soutul Faizin

Membawa pulang gelaran Johan, diikuti Lagu Terbaik Kontemporari, Lirik Terbaik Masri, Persembahan Terbaik dan Solo Terbaik Peringkat Negeri. Bekalan ini menjadi azimat untuk perjalanan ke Peringkat Kebangsaan selepas Aidil Fitri diraikan. Masa ada sebulan lebih untuk perbaiki dan tambahbaik segalanya untuk dipersempbahkan di Peringkat Kebangsaan nanti. 

Terima kasih buat semua Jurulatih Utama, jurulatih2 Daerah Kinta Utara dan jurulatih2 Peringkat Negeri. Budi dan jasa kalian sentiasa diingatan...

























































































No comments:

Post a Comment