Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

24 October 2017

Memori ILMI Peringkat Kebangsaan 2017

Bertemu semula.... agak lama admin tidak berkongsi info dengan kalian semua... Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang oleh yang Esa untuk kita berinteraksi semula... Harap dapat dimaafkan oleh kerana kekangan masa yang tidak mengizinkan dan kesibukan tugasan hakiki yang lain. Syukur yang tidak dapat dihitung atas nikmat dan peluang yang terhidang kepada Soutul Faizin sekali lagi untuk membawa cabaran Negeri Perak 2017.


Segalanya berjalan mengikut perancangan, namun perancangan Tuhan lebih dari segalanya... misi ILMI tahun ni sedikit muram apabila SF gagal menempatkan diri diantara 3 yang terbaik kali ini. Saingan semakin sengit dan cabaran semakin berliku namun apa yang membanggakan, persembahan yang ditampilkan SF kemas teratur dan mengikut perancangan. Mungkin SF gagal memikat juri kali ini  atas faktor-faktor tertentu yang sudah pasti kami akan perbaikinya dari masa ke semasa.


Sekadar pandangan peribadi admin untuk saingan ILMI kali ini, syarat dan setiap aspek penjurian mestilah diperkemaskan agar tidak berlaku kontroversi atau menimbulkan tanda tanya penonton dan pendengar. Penganjuran kali yang ke 4 ini sudah pasti menjadi titik tolak kepada urusetia JAKIM  peringkat kebangsaan menilai semula aspek2 penting terutama syarat dan justifikasi pemarkahan. Pada pandangan peribadi admin, setiap pertandingan yang telah dilangsungkan diputuskan atas penilaian juri hari pertandingan dan bukan atas syor syarat pertandingan.


Contoh mudah yang mungkin boleh dibahaskan oleh urusetia, jurulatih-jurulatih dan juri itu sendiri kita tengok aspek syarat. Antara syarat yang menjadi kekaburan bagi semua jurulatih mahupun juri yang menghakimi, adalah lagu mestilah berUNSUR Masri.. Secara mudahnya jika admin menjadi juri, kita akan pegang apa-apa juga lagu yang mempunyai "air lagu" berbentuk masri boleh diadili sebagai unsur masri. Namun apa yang menjadi kekaburan bilamana juri yg dilantik menjadi Hakim pada hari pertandingan baru memaklumkan menetapkan pemilihan pemenang berdasarkan lagu MASRI asli. Maka akan timbul sedikit atau banyak ketidakpuasan hati bagi kumpulan yang telah mempersembahkan dengan jayanya lagu Johan Negeri yang diangkat sebagai Johan Masri mewakili negeri masing-masing. 


Sepatutnya tidak timbul lagi isu lagu masri atau tidak masri di peringkat Kebangsaan jika SYARAT sangat jelas dan tepat kerana Juri Peringkat Negeri juga hebat dan mempunyai kepakaran belaka. Adalah tidak wajar juri Peringkat Kebangsaan melabelkan ada lagu-lagu negeri yang tidak masri. Berbalik kepada lontaran isu utama yang admin nyatakan tadi SYARAT mestilah jelas antara unsur masri atau masri asli yg ditetapkan. Masih berkait dengan syarat berUNSUR masri lagi... pandangan juri mengangkat masri asli sebagai pemenang utama perlu diperhalusi lebih lagi kerana sekiranya pembawaan lagu tersebut dihiasi dengan pelbagai kepincangan terutama dari sudut teknikal vokal dan kekurangan pada banyak aspek dibandingkan dengan kumpulan yang membawa lagu berUNSUR masri namun dipersembahkan dalam keadaan sempurna serba serbinya terkeluar carta hanya kerana pendapat juri dihari pertandingan.

 

Kedengaran juga juri mempertikaikan kebanyakan kumpulan liriknya tidak menepati tema. Ini juga mengundang persoalan yang sentiasa berlegar oleh kerana temanya juga adalah umum iaitu tema Maal Hijrah tahun semasa. Bila tema ditetapkan sebegitu adalah menjadi kreativiti setiap kumpulan untuk mengetengahkan idea lirik dikupas dari pelbagai aspek secara umum mahupun berfokus asal tidak lari dari mengikut tema. Kebiasaannya tema yang tidak tepat contohnya pertandingan bertema perpaduan dan lirik berkisar anti dadah (sekadar contoh👅☺).. Pertandingan ini telah 4 tahun berlangsung di Peringkat Kebangsaan...sepatutnya tidak timbul isu2 major kerana wakil dari setiap Negeri telah disaring oleh juri yang telah memilih, dan sudah pasti kriteria yg ditetapkan telah dipenuhi. Pandangan peribadi admin di Peringkat Kebangsaan ini sudah pasti juri memilih bedasarkan kelebihan aspek teknikal, kelebihan karya, wow factor dan kesempurnaan persembahan untuk dinilai.


Begitu juga dari segi penjurian, admin tidak bermaksud mempertikaikan Juri yang bertugas tetapi cara lantikan juri itu sendiri diserah bulat-bulat oleh urusetia induk kepada negeri yang menjadi tuan rumah. Secara amnya standard penghakiman setiap tahun pasti bertukar-tukar mengikut citarasa juri yang dilantik hari pertandingan berlangsung dan mengadilinya. Antara cadangan admin untuk penganjuran akan datang biarlah juri dilantik oleh urusetia induk dan sudah pasti penjurian standard dapat direalisasikan. Sudah pastinya kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dibuat bagi mengesyorkan juri-juri terbaik dan pakar diketengahkan. Mesyuarat Hakim juga perlu dibuat oleh urusetia untuk memberikan input kepada Hakim yang bertugas, berkenaan latar belakang pertandingan, visi dan misi urusetia untuk mengangkat Juara Kebangsaan.


Hanya perkara ini sahaja yang admin terasa  nak sentuh dari banyak perkara sebenarnya.. bukan tidak berpuashati namun ia mungkinlah pandangan luar mengenai cadangan bagi mengelakkan pertandingan yang ditunggu-tunggu setiap tahun dipalit kontroversi, pertikaian dan menimbulkan suasana tidak harmoni sedangkan tujuan utama pertandingan adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat pelajar, kebolehan pencipta lagu dan lirik mempamer kemahiran, kebijaksanan guru-guru pembimbing mengurus, berukhuwwah dan paling penting menjadikan  nasyid itu sendiri sebagai penanda aras terbaik untuk menangkap jiwa pendengar sesuai dengan keadaan, mempunyai impak, kebolehan, kekuatan dan kelebihan yang ditonjolkan.



Rumusan yang perlu admin tambah khususnya persediaan di peringkat Negeri Perak, Bahagian Pendidikan JAIPk seharusnya menghantar individu yang benar-benar kompeten menghadiri mesyuarat perngkat yang lebih besar dan mahir dalam semua agenda ILMI/MIISMAM. Kadangkala bila pertandingan kemuncak peringkat negeri mahupun persediaan pasukan ke Peringkat Kebangsaan banyak isu yang tidak dapat dijawab oleh urusetia negeri dan penjelasan yang diberi kabur. Apalah guna kita bersiap siaga andai syarat utama pun urusetia masih teragak2 memberi jawapannya. Sekadar pandangan untuk persiapan dimasa akan datang.


Ok...Berbalik kepada perjalanan SF ke Pulau Pinang tempohari sudah pastinya banyak kenangan, ibrah dan sesuatu yang baru ditimba. Bukan sekadar bertanding, berjalan dan berseronok namun kita pelajari sesuatu yang sentiasa kita ambil untuk perjalanan akan datang. Secara amnya persembahan SF adalah baik dan mengikut rencananya. Namun belum rezeki kita untuk karya diangkat menjadi contoh terbaik lagi. Insyaallah kita perbaiki dan terus berjuang. Namun kita juga tumpang berbangga dengan Ainul Yaqin SERATA mewakili Negeri Perak bagi kategori perempuan yang muncul sebagai Naib Juara 2017. Tahniah dan syabas... insyaallah ada rezeki dan peluang kedua-dua team dari Perak akan muncul lagi dengan agenda ddan strategi yang lain pula... 


Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang pelbagai kategori di MIISMAM Peringkat Kebangsaan Pulau Pinang tempohari. Semoga kejayaan anda menjadi motivasi untuk kami bangkit dan memberikan saingan lebih berkualiti akan datang. Apa yang pasti setiap yang berlaku punyai hikmah, ibrah dan natijahnya yg tersendiri. Panjang umur murah rezeki diberi peluang lagi untuk beraksi.... kita jumpa di Negeri Sembilan MIISMAM 2018 nanti.

#miismam

#teamperak

#soutulfaizin


Berikut adalah cebisan memori SF di Pulau Pinang buat kenangan....









Soutul Faizin on stage...

























































No comments:

Post a Comment