Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

13 April 2017

Persiapan ILMi Peringkat Negeri Bermula

Episod Festival Nasyid Daerah Kinta Utara 2017 telah disimpan sebagai memori suam dan diistilahkan sebagai tutup buku. Tarik nafas, renung kembali, mencari kesilapan yang berlaku, ambil pengajaran dan kita mulakan episod baru.

Festival Nasyid ILMi kembali lagi.. persiapan perlu dimulakan dan ianya perlukan 110% komitmen oleh kerana kita kembali bermula dari basic. Persaingan ILMi agak berbeza dari pertandingan-pertandingan nasyid yang lain oleh kerana pertandingan ini mengangkat irama masri sebagai tunjang lagu untuk dihakimi.

Soutul Faizin semestinya perlukan latihan yang cukup dan konsisten oleh kerana SF dan irama kontemporari adalah sinonim namun SF dan masri ia satu perkara yang perlukan usaha yang lebih untuk menguasai irama tersebut.

Alhamdulillah sekali lagi lagu mendapat sentuhan IM Azri Naim jurulatih AZ Zahidin yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada SF dari dulu dan liriknya diilhamkan oleh Ustazah Aliyah...Ustazah yang sentiasa memberikan komitmennya kepada SF tanpa jemu... beliau juga merupakan Guru Penasihat SF suatu ketika dulu ketika Soutul Faizin 2009 muncul Naib Johan Kebangsaan di Sungai Petani Kedah Darul Aman. Terima kasih Imam Muda Naim dan Ustazah Aliyah.

Ciptaan Lagu dan lirik bagi lagu kedua sepenuhnya dilakarkan oleh komposer dan jurulatih SF sendiri iaitu 211minds.. semoga kombinasi belakang tabir dan SF 2017 ini memberikan impak yang baik pada saingan kali ini. Pertambahan 3 orang ahli baru yang diserap masuk untuk saingan kali ini menambah warna penampilan SF 2017...Selamat datang kepada Luqman Suhairi, Mohd Shahir pelajar Tingkatan 3 dan Meor Abdul Aziz dari Tingkatan 1. Welcome to our family guys... enjoy da moment...













No comments:

Post a Comment