Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 October 2015

Al Quran Menjana Wasatiyyah Ummah

Al Quran Menjana Wasatiyyah Ummah
Lagu & Lirik : 211minds & Mohd Habib B Abdullah
Nida Az Zakirin Pelapis Soutul Faizin 2013

Allah… Allah…Allah…Allah…. 2x
Hidup sederhana berhikmah dan berimbang
Khaira ummah dijana modal insane cemerlang dan terbilang
Keadilan ditempatkan kebaikan dijulang
Aaaa…. Aaaa

Al Quran panduan sunnah junjungan
Jangan diturutkan segala amalan syaitan
Bersamalah kita realisasikan wawasan
Duniawi dan ukhrawi seimbang pencapaian

Ingatlah wahai insane wasatiyyah amalan
Matlamat kebenaran menyusur kehidupan
Elak dari kemunduran dibelenggu kejumudan
Aaaa…. Aaaa

Al Quran menitipkan hinder dari ketaksuban
Beriman denganNya tegakkanlah kebenaran
Akidah ,Syariah dan akhlak Islamiah
Terkandung isinya tangani pelbagai mehnah

Allah…2x Subhanallah
Wasatiyyah fitrah manusia
Istiqamahlah setiap masa
Suluh syariat kesatuan kita
Amalkan sebaiknya
Ayuhlah bersama bina Negara bangsa

Allah2x Subhanallah
Aqidah yang kukuh sakhsiah terpuji
Keimanan teguh akhlak yang berhemah tinggi
Syariat yang utuh unggulkan peribadi
Hidupkandirestu amalankan diberkati

Allah2x Subhanallah
Musnahkan segera
Hapuskan bersama
Segala sikap tamak haloba
Dari dirimu
Dan jua jiwamu
Agar dirimu akan direstu dan mendapat keberkatan dari Allah

Allah… Allah…Allah…Allah…. 2x

Al Quran menjana wasatiyyah ummah







No comments:

Post a Comment