Nida AzZakirin
Tahun
2013 telah berlalu namun admin baru berkesempatan menyingkap rentetan
perjalanan Soutul Faizin dan adiknya Nida AzZakirin. Selain dari itu percubaan
berani bagi menggabungkan SF dan Nida membentuk satu lagi team yang cemerlang.
Nida Al Faizin gabungan dari 2 team Sekolah Izzuddin Shah membentuk paduan
indah pelantunnya yang bervariasi.
Alhamdulillah
walaupun tiada pencapaian gemilang di Peringkat Kebangsaan, Soutul Faizin tetap
cemerlang di Peringkat Negeri baik dari segi pertandingan dan persembahan
pentas. Kejayaan paling bermakna adalah pelancaran Mini Album ACROBALENO 2013.
Bukan mengidamkan album yang gah dan berbajet besar, tetapi isi dan teknik
vokal yang dipersembahkan menjadi taruhan Soutul Faizin.
Kekangan
waktu diantara kerjaya dan kejurulatihan alhamdulillah bukanlah satu halangan
untuk kami bersama-sama mengembeling tenaga dan melengkapi antara satu sama
lain. Syukur yang tidak terhingga atas sokongan kuat isteri Nor Hasmida dan 2
sayap kanan dan kiri admin iaitu Ust Azwani Alias dan Syed Ammar serta jentera
terbaik Cikgu Nur Nazihah dan sokongan penuh Sekolah Menengah Agama Izzuddin
Shah yang sama2 membantu menatarias laluan 2013 Soutul Faizin.
PEMILIHAN AHLI BARU
Awal
tahun 2013 memberi sinar baru kepada kami oleh kerana pra audition dan audition
berjaya menyukarkan admin untuk memilih yang terbaik oleh kerana mereka yang
hadir mempunyai pakej suara dan menarik untuk diketengahkan. Pra audition
dijalankan oleh ahli-ahli SF sendiri yang mana 25 orang terbaik dipilih untuk audition bersama 211minds…
Audition pertama dijalankan secara saringan yang mana 15 yang terbaik akan
bersaing di peringkat akhir audition. Pemilihan akhir bagi team baru dan
pelapis dihadiri oleh 211minds serta penasihat tetap vokal Ust Azwani Alias.
Bagi
finalis yang telah terpilih, ujian pertama yang dibuat adalah Battle of the Voice.. Soutul Faizin senior
menentang team baru dengan masing2
mempersembahkan lagu Adakah Kau Lupa
mengikut kreativiti. Persaingan yang ditunjukkan adalah sengit dan mencabar
sehingga memaksa SF dan team baru audition semula suara untuk membentuk Soutul
Faizin dan Nida AzZakirin 2013. Adat pemilihan dan cabaran… yang berprestasi
konsisten kekal bersama SF dan muka baru juga berjaya menyaingi ahli-ahli SF
yang lama untuk menempatkan diri. Alhamdulillah terbentuklah Soutul Faizin 2013
dan pelapisnya Nida AzZakirin.
BERITA GEMBIRA AWAL TAHUN
Terima
kasih yang tidak terhingga kepada individu dan syarikat persendirian yang sudi
menaja pakaian Soutul Faizin dan Nida AzZakirin. Atas kepercayaan dan keyakinan
yang ditunjukkan mereka dengan rela hati menaja pakaian ini tanpa diminta.
Syukur Alhamdulillah… rezeki datang tanpa diduga.
FESTIVAL NASYID KPM
Sudah
terang lagi bersuluh… memang tiada ruang untuk Sekolah Izzuddin Shah beraksi
diperingkat yang lebih tinggi dengan segala pertandingan dibawah kendalian KPM
ataupun Jabatan Pelajaran Negeri. Namun peluang itu digunakan sepenuhnya untuk
menimba pengalaman dan membiasakan diri beraksi dihadapan penonton. Nida
AzZakirin diketengahkan oleh Sekolah Izzuddin Shah membawa cabaran bersainga
dengan juara yang telah ditetapkan mestilah sekolah dibawah KPM. Tiada sebarang
harapan disasarkan kepada team baru ini memandangkan baru ditubuhkan dan masih
dalam proses menyesuaikan diri dan latihan asas.
Kejutan
dilakukan oleh Nida AzZakirin apabila muncul juara peringkat Zon menewaskan
puluhan sekolah sekitar serta yang paling mengembirakan Nida muncul pemenang
ketiga Peringkat Daerah Kinta Utara. Agak mengejutkan kerana sasaran ke Final
sudah memadai tanpa sebarang harapan untuk merebut posisi top 3. Alhamdulillah
mereka cepat belajar dan semestinya bayangan 2014 211minds telah nampak potensi
yang lebih jauh untuk team ini menggantikan Soutul Faizin. Kedua2 lagu yang
dibawakan adalah ciptaan sepenuhnya 211minds.
KARNIVAL NASYID PPDA KINTA UTARA
Kali
terakhir Soutul Faizin beraksi di pertandingan ini adalah pada tahun 2009 yang
mana Soutul Faizin telah memperagakan segala teknik, latihan dan keserasian
untuk muncul Naib Johan Nasyid PPDA Peringkat Kebangsaan. Kemudian pertandingan
ini terus lenyap dari arena persaingan.
Tahun
2013 pertandingan ini telah kembali dan ia seakan memberi nafas baru kepada SF
kerana pertandingan ini merupakan satu-satunya pertandingan yang mempunyai
syarat terbuka tanpa mengira status sekolah. Kesempatan ini digunakan
sepenuhnya oleh Soutul Faizin untuk muncul
sekali lagi sebagai Johan Daerah Kinta Utara 2013. Agak malang
pertandingan ini hanya setakat didaerah sahaja… namun Soutul Faizin tetap puas
kerana masih bersemangat waja mendominasi pertandingan ini sejak dari tahun
2005 lagi. Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga…
BINTANG NASYID MUKMIN
PERINGKAT NEGERI PERAK
Syukur sekali lagi peluang yang diberikan kepada Soutul
Faizin untuk bersaing secara kompetetif.
Situasi yang sama tanpa sasaran oleh kerana ini adalah pengalaman
pertama menyertai pertandingan ini, SF muncul bersahaja sebagai pemenang ketiga
Peringkat Negeri Perak menewaskan juara-juara Daerah yang telah beraksi di
Festival Nasyid KPM Peringkat Negeri Perak 2 minggu sebelum pertandingan ini.
Kepuasan yang memang dirasai apabila SF
mampu bersaing dengan juara-juara nasyid daerah lain. Juara milik NurRahman
dari SMKA Kerian yang menunjukkan pencapaian terpuji dan konsisten sepanjang
2013. Tahniah di ucapkan.. Insyaallah jika diberikan kesempatan dan ruang untuk
tahun berikutnya kami akan memberikan saingan sihat untuk semua kumpulan yang
bertanding.
FESTIVAL NASYID
KUISAS PERINGKAT NEGERI PERAK
Tindakan
berani 211minds menggabungkan 2 team menjadi satu membuahkan hasil apabila
kumpulan yang diberi nama Nida Al Faizin smuncul pemenang Ketiga sekali lagi di
Peringkat Negeri Perak. Persembahan terpuji kumpulan ini sangat membanggakan
lebih dari nilai kemenangan tersebut. Apa yang penting penonton dan pendengar
puas dengan persembahan dan lagu-lagu yang didendangkan oleh Nida Al Faizin
ini.
Firus
Atma ciptaan sepenuhnya 211minds versi asal ditampilkan semula oleh
penggubahnya yang mana sebelum ini ianya telah dipertandingkan di Pertandingan
Nasyid Sekolah2 Agama Peringkat Negeri Perak 2009 dan muncul sebagai Juara.
Kemudian Lagu Firus Atma diberi nafas baru (Hakikat Ramadhan) untuk disesuaikan
dengan vokalis cilik dari Shoutun Naajihin SK Seri Setiawan yang mewakili
Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan 2012. Lagu ini digubah semula secara
bersama dengan Ust Shamsul komposer hebat Negeri Perak dan telah dipersembahkan
dengan cemerlang oleh Shoutun Naajihin di Festival Nasyid Kategori Sekolah
Rendah Peringkat Kebangsaan di Negeri Kelantan. Alhamdulillah karya ini dapat
berkembang walaupun bukan bersama Soutul Faizin. Terima kasih atas kepercayaan
yang diberikan oleh Ust Shamsul kepada 211minds.
JEMPUTAN PERSEMBAHAN
Syukur
juga atas rahmat dan hikmah yang tidak diduga. SF lebih banyak terlibat dengan
persembahan2 jemputan di Majlis2 Rasmi Kerajaan dan swasta. Tidak kesemua
jemputan yang dapat dipenuhi oleh SF oleh kerana kekangan masa dan pertindihan
jadual pembelajaran yang menjadi keutamaan berbanding jemputan persembahan…
Alhamdulillah respon dari penonton sangat menggalakkan dan menjadi penebat jiwa
untuk SF teruskan perjuangan ini. Berikut adalah Beberapa jemputan persembahan
yang terlintas di ingatan:
Malam Kesenian SBPI Gopeng
Konsert Aman Palestin SERATA
Majlis Berbuka Puasa Sime Darby
Majlis Berbuka Puasa Perdana Mydin Mall
Meru
Perasmian Pembukaan MH Hotel Sg Siput
Malam Cinta Rasul RTC Gopeng
Festival Nasyid Piala Hijjaz
Hari Anugerah Kokurikulum SiS
Hari Anugerah Kecemerlangan SiS
https://www.facebook.com/photo.php?v=627560533932624&set=o.123934400956723&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?v=627560533932624&set=o.123934400956723&type=3&theater
Dan lain-lain…
Untuk mengetahui lebih lanjut aktiviti terkini… insyaallah temui Soutul Faizin di facebook… https://www.facebook.com/groups/soutulfaizin/ Selain itu juga SF anda juga dialu2kan ke laman Soundcloud Soutul Faizin https://soundcloud.com/twoanwan-minds…
Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 Soutul Faizin dulu kini da selamanya… terutama bagi kalian tyang masih setia mengikuti perkembangan terkini kami… Syukran
No comments:
Post a Comment