Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

20 March 2018

FNSS 2018 & SOUTUL FAIZIN

Selama bertapak lebih 20 tahun, Soutul Faizin sentiasa mengimpikan untuk bersaing dengan Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun syarat pertandingan itu menjadi penghalang untuk Soutul Faizin bersama-sama memeriahkan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah. Syarat penyertaan FNSS hanya membenarkan Sekolah-Sekolah KPM sahaja yang menyertainya.
Kebiasaan setiap tahun SouFa akan menyertainya bagi membolehkan ahli-ahli SF menimba pengalaman dan mengumpul sijil kokurikulum. SouFa hanya beraksi setakat final Daerah Kinta Utara dengan berkeputusan Naib Johan sepanjang zaman 😆

Alhamdulillah lembaran 2018 memberi petanda awal bahawa mungkin SouFa boleh mencuba nasib dengan langkahan lebih kehadapan. Syukur apabila syarat yang menghantui SouFa selama bertahun-tahun telah berubah!!!! Penyertaan terbuka untuk semua sekolah💖💖💖 Alhamdulillah...

Beberapa strategi telah disusun oeh Coach... belajar, mengkaji, mendampingi, melihat potensi dan menyusun beberapa keperluan bagi memantapkan pasukan. Coach didokongi oleh barisan alumni SouFa yang sama-sama berganding bahu bagi merealisasikan peluang terbaik ini untuk melakukan kejutan. Segala yang dirancang dan disusun telah mula menampakkan hasil dan memberi impak yang menarik.

Lagu-lagu ciptaan telah diperdengarkan dan diimprovisasi dari masa ke semasa dan hasilnya alhamdulillah gabungan alumni dan bantuan jurulatih2 khas membuahkan hasil. Buat sekian kalinya Soutul Faizin Johan FNSS Daerah Kinta Utara 2018... Alhamdulillah ala kulli hal... banyak lagi perkara yang perlu dibuat untuk menggapai bintang.



























14 January 2018

Permulaan Penuh Gaya Soutul Faizin 2018


Pasukan 2017 meninggalkan kesan yang agak mendalam oleh kerana majoriti menyertai Soutul Faizin bermula seawal menengah rendah. Tamat sesi persekolahan 2017 ianya meninggalkan tandatanya calon-calon wajah baru pasukan 2018 untuk meneruskan perjuangan. Alhamdulillah sesi uji bakat terus menerus dilakukan.. saringan demi saringan dijalankan sehinggalah pasukan kejurulatihan sepakat menamakan 10 ahli Soutul Faizin sesi 2018.


Tahun 2018 sudah pasti memerlukan usaha dan komitmen yang padu untuk membentuk pasukan baru. Berbangga dengan komitmen muka baru dan barisan jurulatih yang tidak jemu dan terus membangunkan Soutul Faizin 2018. Sedikit demi sedikit mereka kian serasi dan terus berkembang menonjolkan potensi diri... Alhamdulillah itulah yang diharapkan.


Jurulatih memulakan langkah dan strategi untuk cuba mengikis bayang-bayang team sebelumnya membentuk pasukan wajah baru dan cara baru. Asuhan vokal, keperluan fizikal dan pembelajaran demi pembelajaran dipraktikkan sehinggalah mereka mula menunjukkan keyakinan dan potensi untuk menangani cabaran 2018... Alhamdulillah ianya sangat mengembirakan dan mengujakan...