Terima kasih yang tidak terhingga buat semua penaja dan penyumbang dana SF.... komitmen kalian hanya Allah yang dapat membalasnya. Melihat tawa riang anak-anak SF mencuba pakaian baru dari atas sehingga kebawah adalah satu memori indah kepada mereka... Pelbagai ragam dan kerenah, gelak tawa dan lagak spontan mencuba kelengkapan yang ditawarkan... Alhamdulillah..
Ianya berlaku sehari sebelum kami berangkat ke Temerloh... mendapat perkhabaran gembira daripada Pengurus SF dulu kini dan insyaallah selamanya iaitu Mmc Syed yang membuka dialog... terima kasih kerana terus setia dan sentiasa memberikan yang terbaik bersama SF...
Sekali lagi terima kasih buat semua penaja SF, busana, kasut, songkok, tshirt, makan minum, penginapan dan lain lain lagi... Semoga kalian diberikan kebahagian didunia dan akhirat serta membantu yang memerlukan...
inilah kisah kami....
Memilih yang sesuai...
Songkok tinggi katanya
Sabo la Afif ye... cepat skit beso senang nak cari saiz
Tahun ini agak mencabar bagi SF oleh kerana separuh ahli-ahlinya terlibat dengan peperiksaan. Pengurusan tiada sebarang halangan bagi memberi peluang dan ruang ahli-ahli membuat keputusan dan memilih untuk menganggotai skuad ILMi Kebangsaan 2016 atau sebaliknya. Maka berlakulah kisah keluar masuk ahli lama dan baru, setelah pasukan hampir sempurna kem SF dikejutkan pula dengan berlangsungnya Pertandingan Bola Sepak bagi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan 2016 di Pulau Pinang pada tarikh yang bersebelahan dengan tarikh ILMi Kebangsaan di Temerloh, Pahang.Sekali lagi ahli-ahli yang terlibat terpaksa membuat pilihan....
Selamat datang Luqman & Afif... Good luck untuk Engku, Mohammad & Syazmin...
Akhirnya 2 minggu sebelum pertandingan kebangsaan bermula, lengkaplah team utama Soutul Faizin ILMi yang akan membawa cabaran Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan. Terima kasih kepada yang setia dan selamat maju jaya buat ahli2 SF yang terlibat dengan peperiksaan utama dan KESUMA. Semoga kita sama-sama beroleh pencapaian yang cemerlang insyaallah...Berikut adalah sedikit paparan persediaan Soutul Faizin mempersiapkan pasukan untuk bertandang ke negeri tok gajah pada 6 hingga 8 Ogos 2016 dan akan memperagakan mungkin dimensi baru nasyid tradisi di Sekolah Menengah Agama Al Wusto, Temerloh, Pahang....
Soutul Faizin ILMI 2016
Menyahut cabaran
Amirul Adli dari Identity
Kredit kepada percussionist SF...walaupun mereka terlibat dengan kelas peperiksaan, mereka setia bersama SF...
Ramadhan berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Pemergiannya dirasai walau ia berlangsung 30 hari dari setahun.. Bulan yang menjadi penanda aras ketaqwaan dan keimanan kita kepada Pencipta. Adakah amalan kita diterima, sia-sia atau tiada beza dari sebelumnya. Semoga ibadah Ramadhan ini memberikan kepada kita walau sekelumit kesan namun ianya mampu menambahbaik dari apa yang pernah kita laksanakan.Antara amalan dan tindakan kita, moga ianya menjadi nilai tambah yang berterusan sebagai saham kita disana nanti.
Syawal menerbitkan syukur kita kepada yang Esa... dalam kita menjalani ibadah Ramadhan kehadiran Syawal menjadi kesinambungan rasa kehambaan kita untuk membuat perubahan yang positif, mengembalikan kita kepada fitrah sebagai hamba Tuhan yang sentiasa perlukan sarana bimbingan dan peringatan kerana secara fitrahnya juga manusia itu serbaserbinya kekurangan. Laungan takbir juga adalah satu ibadah dan syi‘ar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.
Ketepikan segala perselisihan, buang semua pertelingkahan dan tolak apa-apa juga permusuhan. Kita gantikan dengan keikhlasan hati, ketulusan budi dan kejernihan jiwa untuk saling bermaaf-maafan, kasih mengasihi dan saling kunjung mengunjungi sempena Aidilfitri.
“Di kesempatan ini juga, kami ingin ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada salah dan silap selama ini. Semoga ukhuwwah diantara kita diperkukuhkan dan saling melengkapi untuk kita sama-sama mencapai redha Allah....
Sekejap sahaja masa berputar, kini Ramadhan menjengah lagi menawarkan bonus dan saham dunia akhirat untuk kita rebut. Marilah bersama kita mengambil peluang dan manfaat dari kelebihan bulan yang sentiasa dirindui ini. Kita top up amalan-amalan yang positif agar menjadi nilai tambah dan pelengkap ibadah kita sepanjang Ramadhan dan insyaallah berterusan untuk bulan seterusnya.
Ramadhan merupakan bulan tarbiah dan post mortem bagi diri kita koreksi diri, menambahbaik, memperbaiki, mengimarahkan ibadah-ibadah fardhu dan sunat dari masa ke semasa. Semoga ibadah kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
Mengimbau sejarah...didalam khutbah terakhir bulan Sya'ban untuk persediaan menghadapi bulan Ramadhan, Rasulullah saw telah memberi nasihat kepada ummat Islam supaya menyempurnakan amal ibadah sepanjang bulan ramadhan, antaranya ialah:
Solat sunat Tarawih
Solat-solat sunat yang lain
Bantu membantu sesama umat islam seperti bersedekah dan seumpamanya
Memberikan hidangan berbuka puasa
Banyakkan membaca tahlil
Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah swt
Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
Banyakkan bersabar, kerana bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran, kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Nabi s.a.w. juga menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;
a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan
Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, yaitu; Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya. Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam. Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”. (Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)
d) Malam al-Qadar
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Selain dari itu kita juga dapat melihat beberapa kelebihan lain yang menjadi inspirasi untuk kita memperbaiki diri dan amalan antaranya...
Sifat ikhlas
Mujadalah dan kekentalan jiwa
Sabar
Memelihara fizikal
Prihatin dan belas kasihan
Membuka hijab antara diri dengan Allah
Mengenali erti kejayaan sebenar
Rasa belas dan lemah lembut
Memperkukuhkan kesatuan ummah
Merapatkan hubungan dengan alam
Disiplin dan menjaga masa
Kesihatan tubuh badan
Oleh itu marilah sama-sama kita berpuasa dengan seikhlas-ikhlasnya. Jangan kita hanya berpuasa, kerana ikut orang lain berpuasa atau kerana bapa kita puasa, maka kita juga kena puasa.Kerana kawan-kawan kita berpuasa kita juga berpuasa. Hayatilah kelebihan-kelebihan berpuasa, agar kita sempurna di dunia dan di akhirat.
Hampir sebulan SF berehat bagi memberi peluang ahli-ahli fokus terhadap peperiksaan dan bercuti bersama family. Insyaallah selepas itu mempersiapkan jiwa bagi menghadapi Ramadhan yang dinantikan. Pastinya selepas Eidulfitri nanti SF kembali memulakan rutin latihan seperti biasa.
Beberapa perkara asas akan diberi tumpuan selepas ini. Semoga perancangan dipermudahkan dan ahli-ahli dapat memanfaatkan masa dan peluang yang ada insyaallah.
Jadi posting kali nih mengimbau kembali beberapa persembahan SF sepanjang 2016....
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Perak 2016
Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Peringkat Daerah Kinta Utara 2016
Persembahan Khas Majlis Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016
(A'la Baladi)
Persembahan Khas Majlis Hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan 2016
Hujung minggu ni telah selesai fasa 1 sesi ujibakat pelapis Soutul Faizin. Selepas itu Insyaallah akan berlangsung pula sesi finalis untuk Nida Az Zakirin beraksi selepas ini. Bagi sesi hari ini 9 peserta diuji kredibiliti vokal dan abiliti masing-masing bagi memilih keunikan yang ada. Prinsipnya 211minds jarang memilih yang sedap sebagai keutamaan tetapi keunikan vokal adalah pencarian utama.
2 sesi lagi akan menentukan team utama NAZ. Selepas ini akan berlangsung pula sesi pemilihan percussionist NAZ dan sama-sama kita saksikan pukulan bijak akan mendapatkan posisinya.
Soutul Faizin akan berehat seketika untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan dan persiapan IlMi Kebangsaan. Segala undangan persembahan akan diambil alih oleh pasukan Nida sebagai pendedahan dan pengalaman. Berikut adalah beberapa peserta yang telah diuji kemampuan vokalnya.. mampukah mereka menambat hati 211minds dan penasihat vokalnya Ust Azwani... nantikannn...