Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

03 February 2016

Ahlan wasahlan 2016... mendepani cabaran



Januari telah berlalu... Febuari bertandang untuk 2016. Tahun yang menjanjikan pelbagai cabaran untuk kita hadapinya dengan pelbagai warna.Saban tahun bayu bertiup membawa melodi rasa yang berbeza. Alhamdulillah tahun 2016 ini kami agak selesa tanpa khabar duka perpisahan. Semoga ianya menjadi sisipan terindah 2016 insyaallah..

Membuka tirai tahun ini Soutul Faizin akan memulakan aksi dengan persembahan khas sempena Majlis Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Amanjaya Convention Centre Casuarina Meru 16 hingga 20 Febuari 2016. Insyaallah SF akan cuba menghiburkan pendengar dengan seleksi lagu lama yang diberi nafas baru. Penampilan kali pertama tahun ini SF akan bergandingan bersama Nida Az Zakirin menghiburkan tetamu dan peserta yang bertanding. Semoga persembahan nanti sukses dan memberi impak positif.

Berikut adalah jadual persembahan menarik dari kumpulan-kumpulan pilihan dari Institusi Pengajian Tinggi, Sekolah dan jabatan kerajaan yang akan menampilkan kelainan, keunikan dan insyaallah kepuasan kepada penonton.



16 Febuari 2016
9 malam
Persembahan Kompang Selawat dari Sekolah Kebangsaan Sg Rapat
(Johan Kompang Selawat Peringkat Kebangsaan 2015)

Persembahan Teater Islamik dari  Jabatan Kebudayaan Negara Negeri Perak

17 Febuari 2016
Sesi pagi 
9 pagi hingga 12.30 tengahari
Kumpulan Bayu & Ainul Yaqin Sekolah Raja Perempuan Taayah

(Kumpulan Angklong yang mewakili Malaysia di Pertandingan Angklong Asia Tenggara dan Johan Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2015)

Sesi malam
8.30 malam hingga 10.30 malam

Kumpulan Nasyid Kolej Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)

18 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
Kumpulan Nasyid Soutul Imtiyaz Sekolah Menengah Agama Raja Dr Nazrin Shah (SARJANA)

(Ketiga Pertandingan Nasyid PAQIS Peringkat Kebangsaan 2015)

Sesi malam
8.30 malam hingga 10.30 malam
Kumpulan Anwarul Hafizin Maahad Tahfiz Negeri Perak

19 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
Kumpulan Soutul Faizin Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah
(Johan Nasyid ILMI Peringkat Negeri Perak 2015, Johan Bintang Nasyid Mukmin Peringkat Negeri Perak 2015 dan Naib Johan Nasyid ILMI Peringkat Kebangsaan 2015)

Sesi malam
8.30 malam hingga 10.30 malam
Kumpulan Muhandis Universiti Teknologi Petronas
(Johan Nasyid IPT Peringkat Kebangsaan 2015)

20 Febuari 2016
Sesi pagi
9 pagi hingga 12.30 tengahari
Kumpulan Nasyid Ar Ridzuan Jabatan Agama Islam Negeri Perak

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
8.30 malam hingga 10.30 malam
Teater Islamik MENUNGGU KATA DARI TUHAN oleh Sabri Yunus dan Sani Kopratasa

Semoga majlis ini berlangsung dengan jayanya dan persembahan-persembahan yang dijayakan mampu memberikan impak yang baik kepada penonton.



05 January 2016

Terima kasih PIBG SiS, Encik Ezwan MK, MSF Global, SMAN Artwork, Nujahid Printing, The Pilot Pomade, Terajutama & Penaja-penaja SF

Pakaian juga salah satu keutamaan didalam penampilan sesebuah kumpulan Nasyid, tidak terkecuali juga dengan Soutul Faizin... Alhamdulillah kami sangat bersyukur dengan bantuan dan sokongan yang sentiasa ada untuk SF terutamanya penampilan peringkat tertinggi. Bagi penampilan BNM7 Peringkat Kebangsaan pakaian SF ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru SiS, Encik Khairul Ezwan Mohd Khuzi (penaja paling konsisten...), MSF Global Greentown yang menjadi tukang jahit rasmi beberapa tahun kebelakangan ini.Selain itu jutaan terima kasih kepada SMAN Artwork yang menaja pakaian sampingan SF bagi 2014 dan 2015. Nujahid Printing juga tidak ketinggalan berkolaborasi bersama SF dan paling mengejutkan The Pilot Pomade tampil menaja tatarias SF. Syukran yang tidak terhingga buat semua.

Konsep pakaian kebiasaannya adalah idea 211minds, wife & Ust Azwani mengikut genre nasyid yang akan dipersembahkan.. Bagi penampilan kali pertama di Peringkat Kebangsaan untuk BNM7 ditampilkan konsep moderate contemporary. Simple, kemas dan bergaya. Terima kasih kepada semua..





















03 January 2016

Editing by Jstudio... syukran

Video klip yang berkonsepkan keamanan sejagat dengan idea memperkenalkan ahli-ahli SF dengan dimensi baru. Semoga pengalaman ini menjadikan Soutul Faizin terus bersemangat waja walaupun dihimpit pelbagai halangan tanpa sedar.. Man jadda wa jada...


 Adha aka Ade

 Hanif aka Ate

 Engku

 Muiz

 Muhammad aka Mad

 Raja

 Syakir

 Ammar

 Hafizuddin aka DeenLi

 Ismail aka Mael

Trio Percussionist SF

Untuk melihat video tersebut klik tajuk dibawah ini:


VIDEO KLIP #BNM7 SOUTUL FAIZIN PERINGKAT KEBANGSAAN

Shooting untuk Peringkat Kebangsaan

Terima kasih yang tidak terhingga kepada JStudio yang menaja video klip Soutul Faizin.Saudara Amin Jailani yang juga merupakan exSF 2003 hingga 2006... tidak dilupakan Saudara MMC Syed yang banyak membantu dari awal untuk video penyertaan sehinggalah penghasilan video untuk Peringkat Kebangsaan. Jasa kalian amat diharga. Untuk tatapan semua...