Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

07 October 2015

Lagu الوحدة قوة Soutul Faizin ILMI Peringkat Kebangsaan 2015


لاكو : محمد ازري نعيم بن محمد كمال & محمد رضوان بن حاج يوسف
ليريك : استاذة عالية

وسطية الاءمة ابذل الروح
بدوستررنا العظيم هو اكرم المبين
ويضيء الدرب قران وتتاريخ مجيد 
كن لنا يارب اغلى الاءمة 

نادينا نادينا الى....الحق
نادينا نادينا الى.... العدل

حب الرسول حب الودود
رجاءنا العلا وحدة الاءمة
فشفاء لنا هداية لنا
فنور لنا نور المحبة

هيا بنا ياشبابنا الكرام لاءمالنا المبين
ونقيم العدل اننا جند لديار الامنين

يا اءمتي..... يا اءمتي
لااله الاالله محمد رسول الله

في الاءرض من حيارى
صاروا للشهوات اءسارى
سجدوا للطاغوت جهارا
عبدوه من دون الله

لااله الاالله محمد رسول الله

وسطية الاءمة ابذل الروح
بدوستررنا العظيم هو اكرم المبين
ويضيء الدرب قران وتتاريخ مجيد 
كن لنا يارب اغلى الاءمة

هيا جيل المستقبل نسعى ونجد ونعمل
نرقى دوما للاءفضل دون العليا لا تقبل
هيا جيل المستقبل نبغى وجه الله العلا

هدانا رب الاءجل  نجاة في الدارين منى









Perpaduan Nadi Transformasi Ummah

Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Lagu : Mohammad Azri Naim Bin Mohd Kamal  
Lirik : Mohammad Azri Naim Bin Mohd Kamal & Mohd Ridzuan Bin Yusof
Pelantun : Soutul Faizin

Pacu transformasi semai perpaduan
Kukuh jatidiri mantap kesatuan
Nyalakan obor hakiki
Mencapai cita yang suci
Cemerlang budaya sentosa
Gemilang dipersada nusa

Mewarnai alam dengan keindahan
Cahaya teladan di akhir zaman
Sumbu kekuatan sinar peradaban
Tuntutan zaman berzaman
Perpaduan....

Ummah Berjaya didambakan
Nilai yang murni jadi teladan
Hindar segala kebejatan
Negara sejahtera tuju wawasan

الله يا عظيم يا عظيم انت العظيم
اتحاد احوال العظيم
ايهاالاءنسان فكروا لحظة
توحدوا معا جزاء كبيرا


Wahdah khaira ummah capaian peradaban
Menuju wawasan lahirnya modal insan
Gerak transformasi selaras peredaran
Teras perpaduan jadi keutamaan

Transformasi wacana bersama
Redah kepesatan acuan kehidupan
Kehendak zaman tuntut perubahan
Hapus kebatilan melebur kejahilan
Semarak kehidupan landasan kejayaan

Perpaduan jadi nadi transformasi ummah
Dalam merencana pembangunan masadepan

Sebarkan panduan  Islam kedalam ketamadunan
Amalan dan keimanan jadi tiang kehambaan
Selami diri paksi Al quran menjulang visi tuju impian
Lazimi wahyu sebaran Tuhan hidupkan aman penuh ketenangan














Klik pautan dibawah untuk lagu ini...

Lirik Lagu Kontemporari Festival Nasyid Daerah 2015

I B R A H   K E M B A R A
Lagu : Mohd Khusyairi Akhir     
Lirik : Mohd Khusyairi Akhir & 211minds
Ulum Syariah : Ibadah : Haji & Umrah

Seperti putihnya ihramku
Putihkanlah juga hatiku
Di saat ini, ku mohon padaMu
Terimalah umrah dan hajiku

Ibadah haji rukun Islam yg ke lima
Wajib dilaksana bagi yang berupaya
Islam baligh berakal merdeka
Keatas dirinya sendiri berupaya

Tiga jenis Haji dan Umrah, ifrad tamattuq qiran
Umrah dilakukan bersama, sebelum atau berasingan
Enam rukun haji yang wajib dilaksanakan
Niat, Ihram dan Wukuf Arafah dilapangan

Tawaf keliling Kaabah
Sai safa dan marwah
bercukurlah jiwa yang tabah
tertib sebahagian tarbiah

Perkara wajib Haji menuju Allah
Berniat ihram di miqat muhasabah
Kedua bermalam di muzdalifah
Ketiga melontar jamratul aqabah
di hari ke sepuluh Zulhijjah

Di Mina bermalam mujahadah
Berusaha  melontar 3 jamrah
jamratul ula, jamratul wusto, jamratul aqabah
Tasyriq yaumiah
Terakhir, menjauhkan diri, dari perkara perkara mazmumah
semasa ibadah..
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك


Ibrah haji dan umrah
Tarbiah dan akidah
Jalur cahaya direlung hikmah
pakaian taqwa ubudiah.








Klik pautan di bawah untuk lagu ini

Lirik Bintang Nasyid Mukmin 7 Soutul Faizin

PRAKARSA CINTA
LAGU & LIRIK : 211minds
PELANTUN : Soutul Faizin

Dedahan cinta pada Negara
Leraikan sengketa persada luka lara

Ayuh kau bela anak merdeka

Di dada satria membalut angkara

Membenteng sejuta pagar nusa bangsa



Bersatu langkah sederap rentak

Bangunkan jiwa jelmakan impak

Akrab sesama jangan kau tebak

Langit dijunjung bumi dipijak



Agungnya Al Quran luar fikiran

Sempadan taqwa itulah ukuran

Tidak akan goyah kita dipatah dugaan

Aman sejagat akar kesetiaan

Ranting perpaduan dan persefahaman

Nurani ampuh daulatkan watan




Allah 5x

Berpaksi cita keamanan

Berdiri cinta kemanusiaan

Berpasak jiwa kedamaian

Tersisip garapan perpaduan



Terpahat iktibar tafsiran peradaban

Tantangan ditunjang dengan kerukunan

Semangat waja menggugah cabaran

Peribadi bangsa semarak wawasan

Mahmudah jayakan mazmumah leraikan...


Amanjaya

Aman nusa

Aman bangsa

Aman sejahtera









Klik pautan dibawah untuk lagu ini...

Kembara Taqwa

K E M B A R A   T A Q W A
L a g u  &  L i r i k  :  211minds
S i r a h  B a b  3 . 4  I s r a ’  d a n  M i k r a j

P e l a n t u n  s u a r a  :  A n   N a u f a l  SK Taman Seri Rampai Kuala Lumpur


Allah 5x
Dihening malam tiada kedengaran
Gemuruh memanggil Rasul dibangunkan
Dibersih jiwa dipasak iman
Memimpin Junjungan bermula perjalanan
Membuka lembaran kebesaran Tuhan

                   Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
                   Langit ke 7 diangkat Baginda
                   DiMikrajkan pula ke Sidratul Muntaha
                   Hadziratul Quds Baginda dibawa

Agungnya kembara luar fikiran
Sempadan taqwa itulah ukuran
Diperlihatkan pula pelbagai gambaran
Tamsil ibarat tingkahnya insan
Tiap perlakuan punyai ganjaran
Terukir manis bagi yang beriman
                   
                   Allah 5x
                   Allah wajibkan atas Junjungan
                   Solat pembeza ummah beriman
                   Amal bil makruf jadi sandaran
                   Terukir sisipan rahsia Tuhan

Terpahat iktibar kisah teladan
Rentetan sejarah dan kefardhuan
Wajib beriman taati aturan
Kembara taqwa menggugah amalan
Mahmudah jayakan mazmumah leraikan.






12 August 2015

Prakarsa Cita 2015

Apa yang saya lakukan, rasanya seperti sudah sangat ketinggalan, tetapi imbuhannya  memberi nilai sentimental lebih lagi hal-hal yang saya usahakan menjadi ritual dari tahun ke tahun dan ianya mengimbau masa lampau dengan corat coret yang pelbagai. 

Bukan kemenangan yang dikejar tetapi kepuasan malahan menjaga nilai perjuangan yang dibawakan sejak dahulu lagi secara tidak langsung pencapaian ini merupakan penghargaan yang tidak ternilai atas dedikasi semua yang terlibat selama ini. "Pencapaian dan Penghargaan dari  Soutul Faizin sejak mula, adalah lukisan terindah dalam kehidupan kami. Soutul Faizin bukan sebuah kumpulan tetapi lebih kepada akrabnya hubungan laksana hubungan kekeluargaan pelbagai generasi. 

Tuhan  memilih kita untuk melewati segala tantangan  yang perlu ditempuhi dan ditangani setiap hari. Mungkin kita sudah lelah dan sampai bertatih, tetapi kita tidak mudah menyerah karena kita juga merasa bahawa kita pasti mampu melewatinya dan  percaya,  Tuhan tidak akan pernah membiarkan kita sendirian menaggung bebanan.

Setiap kejayaan adalah titik mula untuk kita memperoleh kejayaan lebih cemerlang di hari-hari mendatang. Hari semalam, hari ini dan hari mendatang, pengalaman masih menjadi keramat mengatur dan mengukur langkah menentu haluan..teringat kata2 guru tercinta ketika zaman bergelar pelajar...jangan jadikan kekurangan sebagai satu alasan… tetapi tukarkan ia menjadi satu kelebihan! Inilah kita... Soutul Faizin yang mandiri dan berperwatakan wiraswasta...  

Terima kasih Soutul Faizin 2015...
Terima kasih orang-orang kuat dibelakang tabir...
Terima kasih ibu bapa yang sentiasa mendoakan perjalanan dan perjuangan kami 
Terima kasih guru-guru yang sentiasa menghargai bakat untuk diketengahkan
Terima kasih generasi yang berdiri atas satu nama Izzuddin kami
Terima kasih Ya Allah kerana melimpahkan kurnia dan rezeki...

Semoga kita semua berjaya dalam lapangan yang diceburi dan berjaya dalam apa jua perkara yang menjadi nilai tambah untuk kita terus mendaki.... Ilal Ghayatul Quswa matlamat kami

“Success comes to those who plan their work and then work their plan!” 

 Soutul Faizin 2015 Festival Nasyid Ilmi Peringkat Kebangsaan 2015 bersama Guru SF Cikgu Nur Nazihah dan Cikgu Nurul Izzatul Aida yg happening


 Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam Selangor


 Afif.... muka baru 2015


 Muiz.... Pelapis Nida Al Faizin 2014


 Muhammad muka baru 2015 ( Solo Nida Al Faizin )


 Hafizuddin... muka baru 2015


 Syakir.... Nidal Al Faizin 2014


 Raja... Nida Al Faizin 2014


 Engku... Senior SF 2013


 Ammar ( Solo ) Senior SF 2013


 Adha... Senior SF 2012


 Ismail... muka baru 2015


 Selesai melaksankan tugasan....


Wakil generasi  Ex SF 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 & 2014 hadir memberi sokongan... tqvm guys


 Bersama penasihat tetap vokal .... Ustaz Azwani Alias


 Warga ExSiS & SF dari KISAS turut hadir memberikan sokongan.... syukran


 Ketiga : Ad Deen Voice Penang, Kedua : Soutul Faizin Perak dan Juara Soul Al Ghamidi Selangor


 SF SiS  feat SM KisaS


 Wargakerja, krew & Soutul Faizin


 Tahniah Buat Sang Juara.... Soutul Faizin akan meneruskan aksinya nanti insyaallah...