Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

15 December 2008

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2004


BERSAMA MENGHAYATI KEINDAHAN ISLAM
Lagu dan Lirik : 211 minds
(2004)

Umat Islam mari kita berusaha
Bersatu setia pemangkin di jiwa
Jangan Persia wawasan Negara
Mendukung cita-cita peribadi bangsa

Marilah kita sama-sama jalinkan
Kasih sesama insan semoga berpanjangan
Buang yang keruh perbaiki kesilapan
Ukhuwah yang utuh itulah impian

Pengalaman sering mendewasakan
Sebagai bekalan menghadapi cabaran
Mari bersama renung dan fikirkan
Yakinkan diri teguh pendirian

Ayuh bersatu mendukung wadah
Arah perjuangan semua ummah

Kembalikan tamadun sejarah silam
Bersama menghayati keindahan Islam

Hayatilah nilai murni islami
Mantap aqidah membentuk jatidiri
Iman dan taqwa untukMU Ilahi
Teras pembangunan insan berkualiti.





10 December 2008

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2005


Pelajar Mulia Negara Maju
LAGU DAN LIRIK : 211Minds

Masa mudamu hanya sekali,
Tuntutlah ilmu bersulam budi,
Selagi hayat buatlah bakti,
Taburlah jasa sebelum mati

Jatidiri iltizam ummah,
Hiasi diri akhlak karimah,
Berpegang teguh Quran & Sunnah ,
Tercapai cita baldatun toyyibah

Sayangi diri gemilang ummah

Sematkan minda kelas pertama,
Persiap diri ilmu di dada,
Luhurkan hati tekad wijaya,
Pertahan bangsa budaya merdeka

Pelajar cemerlang berinformasi
Hijrah membentuk peribadi terpuji
Kuat semangat bersatu hati
Hidup diredha dunia ukhrawi

Pelajar cemerlang negara terbilang,
Terus berjuang reputasi dijulang,
Penjajah minda haruslah ditentang,
Terampil ummah takkan terhalang

Maya ilusi kaburi diri,
Zaman teknologi subur di sanubari,
Iman di hati subur bersemi,
Agungkan Islam dinnul ilahi




GENERASI SOUTUL FAIZIN 2006


JOHAN NASYID PPDA NEGERI PERAK 2006 &
JOHAN NASYID HARI BELIA NEGERI PERAK 2007
(Ke 4 Kebangsaan 2006)

Hidup Cemerlang Tanpa Dadah
LAGU DAN LIRIK : 211minds

Ayuh bangkit segera
Dari lena dunia
Renung dan buka minda
Tentang musuh negara

Sedarlah wahai teman
Dadah membinasakan
Membawa kemusnahan
Generasi harapan

Al Quran dan Sunnah jadikan sebagai panduan
Tingkat keimanan menjadi teras wawasan
Bersatu mengejar impian menyahut cabaran
Tinggalkan segala perkara yang merosakkan

Dadah membelenggu negara dengan pembaziran
Tenaga remaja sia sia tanpa kewajaran
Menyakiti jiwa dan minda jejas kesihatan
Runtuhlah ummah berwibawa yang diimpikan
Perangi Dadah Habis – Habisan

Dadah
Dadah durjana
Jangan
Kau dekatinya

Hidupmu cemerlang tanpa dadah
Musuh yang paling hina tiada faedah
Bersatu gagah bercerai rebah
Ayuh tingkatkan taqwa dan bermuhasabah

Jiwa yang kosong jadi gersang
Dihimpit silau bayang bayang
Terhiris bisa conteng arang
Hidupmu terbuang

Nikmatnya hanya sementara
Menempah jalan duka nestapa
Penghulu durja dadah bahaya
Fitnah dunia

Jangan biarkan diri ternoda
Melayan segala hasutan sengketa
Meracun wibawa hati yang lara
Ingatlah waspada
Dadah musuh utama

Johan Nasyid Belia Negeri Perak 2007
Berdiri dari kiri : Zulfahmi, Faisal, Anuar, Mursyid, Alif, Farizal, Fairul, Huzairi & Fadzli
Duduk dari kiri : Asrul, Md Alif, Hafiz, Amin, Farhi, Syafiq & Ust Zul


Johan Nasyid Antidadah Daerah Kinta 2006


Tampil garang dengan semangat jitu.. tetap memukau penonton

Memohon keberkatan sebelum tampil sebagai peserta giliran ke 2

Menggayakan wajah baru selepas di touch up semasa pert peringkat Kebangsaan 2006

Berbekalkan 3 hari latihan, Sf 2006 tetap unggul sebagai JUARA

Sempena Pert Nasyid Belia Peringkat Kebangsaan Di Stadium Putra Bukit Jalil

Persembahan menarik tapi sayang kerana giliran ke 2 akhir mungkin menyebabkan juri hilang fokus... penganjur agak gagal mengatur jadual pertandingan kerana nasyid diselangselikan dengan pert pidato belia. maka ketika persembahan Sf jam telah melebihi 12 mlm...

Gang perkusi SF segak laksana pahlawan Melayu

Tempat ke 4 Pertandingan Nasyid Anti Dadah Peringkat Kebangsaan 2006 di Kuantan, Pahang

Sebelum pulang ke Perak, Gang Sf sempat bersukaria di Genting Highland... Memori indah 2006

09 December 2008

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2007

Johan Festival Nasyid Maal Hijrah
Negeri Perak 2008


Remaja Bestari Bebas Dadah
Lagu dan Lirik : 211minds


Kesempatan yang diberi
Sayangi dan hargai diri
Gapailah cita murni
Kejayaan redhaMU Ilahi

Ayuh bersama kita perangi
Bahana dadah yang meracuni
Agar kita tiada rugi
Dalam memilih kehidupan ini

Perangilah najis dadah habis habisan
Dengan azam bersulamkan kesungguhan
Jangan kau siakan masa hadapan
Kaulah pewaris jayakan wawasan

Jangan mudah berputus asa
Hadapi segala pancaroba
Jadilah ummah yang beretika
Belia jaya cinta negara

Pandanglah ke hadapan
Bersatu dan bergandingan
Genggamlah jadi kenyataan
Pandulah arah kekuatan

Bahagia yang kau impikan
Pasti terjelma jadi kenyataan
Gapai agama jadi pedoman
Sejahtera kehidupan

Cemerlang hidup tanpa dadah
Gemilang bangsa jadi wadah
Terbilang diri padu ummah
Negara ampuh tidakkan goyah

Jangan biarkan hidupmu tidak bererti
Terumbang ambing mencari haluan sendiri
Anjakan minda berteras budi pekerti
Pengetahuan kemahiran pastikan selari dengan nilai murni

Jangan lengah lengah lagi
Ayuh persiapkan diri
Bina hidup berkualiti
Realisasi masyarakat madani

Ilmu sentiasa dicari
Semangat pasti memayungi
Iltizam bekalan di hati
Mahmudah pesona bersemi

Jagalah agama
Itulah terasnya
Sayangi keluarga
Tunjangnya bahagia

Ingatlah dadah merbahaya
Perosak jiwa dan bangsa
Menambah bebanan Negara
Hindari dadah hidup sejahtera.

Jangan biarkan diri ternoda
Melayan segala kusutan di jiwa
Meracun wibawa hati yang lara
Ingatlah… Waspada

Jangan lengah-lengah lagi
Ayuh persiapkan diri
Bina hidup berkualiti
Realisasi masyarakat madani

Ilmu sentiasa dicari
Semangat pasti memayungi
Iltizam bekalan di hati
Mahmudah pesona bersemi

Lestarikan Sekolah Bebas Dadah
Jangan kita dipandang rendah
Pandangan teguh dan muhasabah
Hidup akan cemerlang tanpa dadah.

Pandanglah

GENERASI SOUTUL FAIZIN 2007


Hidup Cemerlang Tanpa Dadah
(Johan Kebangsaan 2007)

Lagu dan Lirik : 2 1 1 minds


Ayuhlah temanku renung renung kita fikirkan

Hidup perjalanan yang indah
Sinar pelangi bak langit yang cerah
Jangan kau siakan maruah
Jadi ummah terbilang tanpa dadah

Jiwa yang memandu manusia
Jati diri berteras agama
Hidup ini sementara cuma
Perkasa wibawa generasi bertaqwa

Duhai temanku hindari dadah
Bisanya pasti terpalit maruah
Lahir kebejatan dengan masalah
Ayuh bersama kita tegah

Walau harus bersimbah darah
Azamku ini tidakkan goyah
Bangunlah ummah sebelum parah
Hidup cemerlang tanpa dadah

Tanamkan rasa bersama
Satu matlamat pelbagai cara
Hadapi onak bisa durinya

Pelita naluri gemerlap kembali
Sabar menangani ujian Illahi
Iman yang sejati amalan yang murni
Ilmu menunjangi ummah madani

Jalan di hadapan
Dua persimpangan
Pilihan insan
Satu penentuan

Minda kelas pertama
Nilai tambah Negara
Budi pekerti mulia

Dadah musuh durjana
Perangai ia sehabisnya
Harmoni Negara

Hijrahlah membawa perubahan
Sirami dengan nilai peradaban
Bangkitlah bangsa warga harapan
Membina hidup penuh berwawasan

Kerana dadah kita terleka
Layari hidup tanpa nakhoda
Digulung ombak gelombang melanda
Tunduk tersadai dihempas gelora

Tanamkan rasa bersama
Satu matlamat pelbagai cara
Hadapi onak bisa durinya

Waspadalah pergaulan
Hindarilah kejahilan
Tingkatkanlah kemahiran
Pelihara keterampilan















GENERASI SOUTUL FAIZIN


MAHRAJAN 2008

Damba Sinar
Lagu dan Lirik : 211minds

Landasan adab ditetapkan
Dengan semangat persahabatan
Teguh jalinan jadi ikatan
Ikhlas di hati jadi tautan

Berhijrah kita ke destinasi
Mengatur langkah visi dan misi
Hindarilah nista hati
Persaudaraan menjadi bukti
Menghala cita membawa dimensi

Hubungkanlah silaturrahmi
Cemerlang wadah insani
Gemilang ummah madani
Terbilang Dinul Islami

Jernihkan hati dari buruk sangka
Gelar menggelar sifat yang tercela
Waspadalah segalanya
Kerana lidah punca bersengketa
Bermaafanlah sesama kita

Perkasakan agamamu
Menjaga jiwa mindamu
Manfaat harta bendamu
Martabat ahli warismu

Bersahabatlah tanpa ragu
Cemburu pada yang perlu
Bersihkan mata hatimu
Berserah pada Yang Satu

Sejarah membuktikan segala
Modal insan senjata utama
Akhlak mulia masyarakat jaya
Bersatu seia dan sekata

Iman dihati amal terpuji
Menjana insan berbudi
Hindarkan nista dan sangsi
Mendamba sinar pertiwi.










GENERASI SOUTUL FAIZIN 2008



(MASYARAKAT MADANI TANPA DADAH)
LAGU DAN LIRIK : 211minds


Hidup cemerlang tanpa dadah
Sekolah gemilang bebas dadah
Insan terbilang bermaruah

Satu matlamat semua
Terus terpahat dijiwa
Ayuhlah masyarakat jaya
Perangi dadah sehabisnya

Angkasakan pemikiran
Hindarilah kejahilan
Tanpa haluan pedoman
Persimpangan membinasakan

Jangan terhantuk baru terngadah
Cegahlah ia sebelum parah oooooo
Implikasinya cetus masalah
Bangkit bersama kita tegah
Hati-hati dan waspadalah
bermuhasabah

Kata 4x
Katakan TIDAK
Hindar 4x
Hindari dadah
Musuh negara perosak bangsa di dunia

Nilai keluarga tunjang utama
Ajaran agama mesti dicerna
Tegur menegur dan beretika
Realisasi lafaz kata di kota.
Tiada lagi retorika
Kini tindakan yang nyata
Tanggungjawab kita bersama
Perangi dadah sehabisnya

Ilmu, amal, iman, taqwa
Jadi bentengnya
Azam, tekad, sabar, usaha
Tanpa leka
Ummah berjaya cinta Negara

Dadah jadi ancaman merbahaya
Sempadan pergaulan antara punca
Pengaruh sekitar tiada dibela
Hembusan iktibar tiada nilainya

Perhalusi tindakan dan pendidikan
Kealpaan cara hidup menyatakan
Percaturan mazmumah membimbangkan
Boneka amarah kita singkirkan

Sematkan minda kelas pertama
Jatidiri tamadun bangsa
Menghambat wawasan cita mulia
Secalit alpa terpalit lara

Perjuangan tiada noktahnya
Harungi hingga akar umbinya
Tindakan hikmah seribu makna
Melentur buluh dari rebungnya

Sanjungi kurniaan Ilahi
Iltizam insafi diri
Duniawi wajib syukuri
Ukhrawi di sanubari

Gigih dan ikhlas berkorban
Hiasi dengan amalan
Jiwa suci dipagar iman
Nafsu dibenteng ketaqwaan

Bersatu gagah bercerai rebah
Tanggungjawab sebagai khalifah
Wira agama tamadun ummah
Jiwa madani tanpa dadah.




Berbincang dan bermuafakat asas kekuatan satu pasukan. Perbincangan menyatukan, muafakat menggerakkan visi dan misi kami...


Sebelum naik ke pentas, penerangan perlu diberikan dan yang paling penting semangat menyampaikan dakwah melalui seni suara... kekalkan imej SF sebagai pasukan yang beridentiti.


Soutul faizin juga sentiasa melahirkan ahli2 yang aktif dalam kurikulum dan ko kurikulum. Kelas peperiksaan bukan halangan untuk mencapai keputusan yang cemerlang.


Satu lagi keunikan Sf adalah setiap tahun mesti ada Ketua Umum SIS dan ketua2 umum ni plak mesti suara base... mmg seswai jd Ketua... dgr sore je bdk2 boleh kecut perut atau teruja dengan suara ketua umum. Saudara Muazzam adalah K.U 2008 ...merangkap base suprano yang jarang2 dimiliki Sf terdahulu


Biar apapun keputusannya yang paling penting Sf kekal dgn identitinya untuk memeriahkan nasyid Ngri Perak dan menghiburkan penonton serta mesej yg disampaikan.


Alhamdulillah... walaupun berat diterima kami bersyukur dgn apa yang kami perolehi... pasti ada kekurangan yang perlu diperbaiki. yang paling penting penonton puas dengan apa yang kami sampaikan... laman youtube menjadi bukti betapa SF mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Menang di hati penonton adalah keutamaan.


Semoga Kejayaan menjadi milik mereka selamanya dunia dan akhirat. Tahniah buat Fadhli, Khusyairi, Izmul dan wafi atas kejayaan cemerlang dalam PMR2008... pasti kejayaan menanti dalam SPM dan STPM 2008 insyaallah...



Sekolahku tercinta... jasamu kan ku kenang sampai bila2...