Irama Kontemporari Menggugah Misi

Menyuap sesudu pengalaman, Menakwil hala impian, Memacu liku-liku perjalanan, Memahat rentetan suka duka coretan, Melahirkan bingkisan seribu harapan buat semua yang berkesempatan.... Irama Kontemporari Menggugah Misi

26 July 2016

Latihan ILMI Kebangsaan Bermula....

Tahun ini agak mencabar bagi SF oleh kerana separuh ahli-ahlinya terlibat dengan peperiksaan. Pengurusan tiada sebarang halangan bagi memberi peluang dan ruang ahli-ahli membuat keputusan dan memilih untuk menganggotai skuad ILMi Kebangsaan 2016 atau sebaliknya. Maka berlakulah kisah keluar masuk ahli lama dan baru, setelah pasukan hampir sempurna kem SF dikejutkan pula dengan berlangsungnya Pertandingan Bola Sepak bagi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Agama Peringkat Kebangsaan 2016 di Pulau Pinang pada tarikh yang bersebelahan dengan tarikh ILMi Kebangsaan di Temerloh, Pahang.Sekali lagi ahli-ahli yang terlibat terpaksa membuat pilihan....

Selamat datang Luqman & Afif... Good luck untuk Engku, Mohammad & Syazmin...

Akhirnya 2 minggu sebelum pertandingan kebangsaan bermula, lengkaplah team utama Soutul Faizin ILMi yang akan membawa cabaran Negeri Perak ke Peringkat Kebangsaan. Terima kasih kepada yang setia dan selamat maju jaya buat ahli2 SF yang terlibat dengan peperiksaan utama dan KESUMA. Semoga kita sama-sama beroleh pencapaian yang cemerlang insyaallah...Berikut adalah sedikit paparan persediaan Soutul Faizin mempersiapkan pasukan untuk bertandang ke negeri tok gajah pada 6 hingga 8 Ogos 2016 dan akan memperagakan mungkin dimensi baru nasyid tradisi di Sekolah Menengah Agama Al Wusto, Temerloh, Pahang....

Soutul Faizin ILMI 2016

Menyahut cabaran

Amirul Adli dari Identity

Kredit kepada percussionist SF...walaupun mereka terlibat dengan kelas peperiksaan, mereka setia bersama SF...

Arif Azfar dari CG Fannan UNI Malaya

Aura dari tenaga luar....

Melepaskan tekanan....

Semoga berjaya!!!

17 July 2016

Salam Eidul Fitri Buat Semua



Ramadhan berlalu dengan pantas meninggalkan kita. Pemergiannya dirasai walau ia berlangsung 30 hari dari setahun.. Bulan yang menjadi penanda aras ketaqwaan dan keimanan kita kepada Pencipta. Adakah amalan kita diterima, sia-sia atau tiada beza dari sebelumnya. Semoga ibadah Ramadhan ini memberikan kepada kita walau sekelumit kesan namun ianya mampu menambahbaik dari apa yang pernah kita laksanakan.Antara amalan dan tindakan kita, moga ianya menjadi nilai tambah yang berterusan sebagai saham kita disana nanti. 

Syawal menerbitkan syukur kita kepada yang Esa... dalam kita menjalani ibadah Ramadhan kehadiran Syawal menjadi kesinambungan rasa kehambaan kita untuk membuat perubahan yang positif, mengembalikan kita kepada fitrah sebagai hamba Tuhan yang sentiasa perlukan sarana bimbingan dan peringatan kerana secara fitrahnya juga manusia itu serbaserbinya kekurangan. Laungan takbir  juga adalah satu ibadah dan syi‘ar bagi kita sebagai melahirkan rasa syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.  

Ketepikan segala perselisihan, buang semua pertelingkahan dan tolak apa-apa juga permusuhan. Kita gantikan dengan keikhlasan hati, ketulusan budi dan kejernihan jiwa untuk saling bermaaf-maafan, kasih mengasihi dan saling kunjung mengunjungi sempena Aidilfitri.
“Di kesempatan ini juga, kami ingin ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pihak sekiranya ada salah dan silap selama ini. Semoga ukhuwwah diantara kita diperkukuhkan dan saling melengkapi untuk kita sama-sama mencapai redha Allah....
Selamat Menyambut Eidul Fitri...
Soutul Faizin 2016